4.10.13

sementara dapat kerja

sekarang ni, member-member aku yang dah grad tengah tunggu surat tawaran kerja. so, jadi penganggur terhormat kat rumah buat sementara waktu la.

sementara tunggu dapat kerja, macam-macam yang diorang buat. kat bawah ni antara  aktiviti-aktiviti yang diorang buat masa jadi penganggur. bagi sesiapa yang senasib macam member-member aku ni, korang boleh ikut jejak langkah diorang.

1. kahwin

yup, lepas je grad, terus kahwin. so far dah 4 orang dah.. aiman, fajrina, atiqah, dan farahana. ada lagi sorang insyaAllah pertengahan bulan ni, si liyana husna.


2. belajar memasak

bila sebut belajar memasak, mesti orang ingat budak perempuan. tapi kali ni bukan member perempuan aku je yang belajar memasak. lelaki pun ada yang mengisi masa lapang diorang kat rumah dengan belajar masak.

ha...!


kalau perempuan belajar masak tu, normal la kan. contoh member perempuan aku yang sedang belajar masak, boleh tengok kat sini : Tomato

bak kata orang,

"perempuan ni belajar tinggi-tinggi macam mana sekali pun, akhirnya ke dapur jugak. tapi pelajaran tu menentukan besar mana dapur dia nanti."  

3. ambil lesen lori

okay. yang ketiga, ada member aku sorang ni masa duk kat rumah, dia ambil lesen lori! mulanya dia berhajat nak ambil lesen bas, tapi oleh kerana syarat nak ambil lesen bas kena ada lesen lori, jadi dia ambil lesen lori dulu.


ambil lesen lori nak buat cari makan katanya. rare nih.. sekarang mana nak cari bakal pegawai farmasi yang ada lesen lori..? hahahaha...


maa'ssalamah,
Pha is

36 comments:

  1. Tudiaa.. pasni ambik lesen kapal terbang lak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bleh gak.. asyik main flight simulator je...

      Delete
  2. siap amik lesen lori tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. macam-macam boleh buat kan.. hehe.. ambil lesen lori tu paling menarik.. kawan akak dulu ambil lesen bas.. sekarang ni akibat tak dapat kerja lain yang guna ijazah, dia jadi driver bas rapid KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. at least bleh gak cari makan kalau ada lesen lori bas semua ni...

      Delete
  4. No 1 & 2 tu biasa dengar, tapi no 3 tu err. Susah nak jumpa Pegawai farmasi yg ada lesen Lori, at least boleh jadi toke bwk ubat dgn Lori tu ye. Haha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. try la perempuan ambik lesen lori.. masu gempak.. hehe

      Delete
  6. mak aiii, ambik lesen loriii tuuu..hehe..x ksh la bt apa pn kn..asalkn bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. kalau dah ada lesen lori, kalau x dpt keje, bleh gak cari mkn jadi drebar lori..

      Delete
  7. best ada lesen lori, lepas tue ambik lesen bas. nak bawak family reramai boleh sewa bas jer, driver dah ada.. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kalau ada kenduri, boleh bawak rombongan 1 kampung...

      Delete
  8. emm,lepas nie kalau boleh ja buat part time bawak lori kalau tak ada keja dekat farmasi...hahahahaha

    ReplyDelete
  9. baguih abg tu. betul, buat cari makan. org ramai nak sewa lori. nk pindah umah, nak angkat bata, nak beli tilam, haha gud idea :D

    ReplyDelete
  10. good idea gak ambek lesen lori.. then ambek lesen bas.
    thanks for the info.. ambek lesen lori dulu then lesen bas

    ReplyDelete
  11. asalkan semua yg dibuat berfaedah, tak ada masalah, bagus jugak, kan?

    ReplyDelete
  12. hoho... masa itu emas bila da dapat kerja nanti tak sempat nak buat semua tu... gambar no 3 tu bikin gelak besar!

    ReplyDelete
  13. hana sokong. yang belajar masak tu alahai bukan la pro sangat. tp tengah usaha. nt kena uji dengan mak mertua nyaya je nanti. haha

    ReplyDelete
  14. ha3..terbaik la diorang ni =) aktiviti yg berfaedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. pha is duk kat rumah goyang kaki ja,,,

      Delete
  15. Bagus..isi masa dengan aktiviti berfaedah..maca-macam sebenarnya yang boleh kita buat kan..;D

    ReplyDelete
  16. mcm tak boleh relate je lesen lori tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la... nnti bleh angkut ubat guna lori kalau x de orang yg nk angkut..

      Delete
  17. amik lesen kapal terbang.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu sampai nk kena masuk kos baru plak.. hehe

      Delete