23.10.13

Laksana Hudud Sendiri?


tahniah diucapkan buat Sultan dan Rakyat negara Brunei kerana berjaya merealisasikan perlaksanaan hukum hudud di negara tersebut. sebut pasal hudud, tadi ternampak satu post di facebook yang telah di-share oleh member aku berkenaan hudud ni.

so, aku pun share je kat sini :

Laksana Hudud Sendiri?



Pagi tadi saya berceramah tentang Perlembagaan Persekutuan di hadapan mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Soalan favorite yg telah saya jangka akan di tanya oleh mahasiswa adalah begini "Mengapakah kerajaan tidak melaksanakan Undang2 Hudud kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan mengikut perkara 3 Perlembagaan?"

JAWAPAN SAYA:

Sebenarnya, Kerajaan BN dan Kerajaan PR kedua-duanya tidak boleh di harap untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Oleh itu camnilah saudara. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda jika Fatimah yg mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya. Dan berdasarkan firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka, maka saya mencadangkan agar saudara dan sesiapa sahaja pejuang dan pencinta hudud di Malaysia ni, buatlah hukuman hudud sendiri di rumah, di kalangan ahli keluarga kita sahaja.

Jika anak kita mencuri di sekolah, maka kita sebagai bapa potonglah tangan anak kita tersebut demi melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulnya. Jika ada anak kita yang berzina, maka sebat dan rejamlah mereka dengan batu sehingga mati.

Ya, mungkin polis akan menangkap kita kerana membuat undang2 sendiri yg bertentangan dengan undang2 sekular negara ini, maka biarkan polis menangkap dan mendakwa kita, biarlah kita di penjarakan di dunia kerana kesalahan memotong tangan anak sendiri yg mencuri atau kita di hukum gantung sampai mati sekalipun kerana menyebabkan kematian anak kita yang kita rejam dengan batu sampai mati, tak mengapa,

saya percaya mati kita itu mati syahid kerana niat nak menegakkan hukum Allah di muka bumi. Kita biarkan pemimpin kerajaan menjawab sendiri di yaumul-mahsyar nanti mengapa mereka tidak melaksanakan hudud. Sedangkan kita sebagai Pemimpin keluarga pasti tersenyum gembira di syurga Allah kerana kita telah melaksanakan perintah Allah.

SELEPAS SAYA JAWAB BEGITU, SATU DEWAN TERMENUNG DAN TERMANGGU.

SALAH KE JAWAPAN SAYA BERKENAAN??????

sumber : 
Buzze Azam (facebook page). retrieved from https://www.facebook.com/buzze.azam/posts/663766996988236

*  *  *    *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 

hmm... apa pendapat korang..?


maa'ssalamah,
Pha is

54 comments:

  1. memang kewajipan, tapi paling elemen saksi dan qarinah (bukti) sangat2 di titikberatkan untuk menunjukkan hudud ini terbaik dan adil
    Sila lawat entri terbaru blog:KTM Duke 390 bakal popular

    ReplyDelete
  2. ada terbaca pasal benda ni, member share kat FB

    ReplyDelete
  3. hehe fae from brunei. fae tau pasal the implementation of hudud thingy ne semalam. haha.

    ReplyDelete
  4. syabas & tahniah... done nuffnang yer

    ReplyDelete
  5. Salute dan tahniah! Jawapan yang cukup bernas...ianya membuka minda yg selama ini tertutup!
    Tahniah juga kpd kerajaan Brunei kerana berani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... statement yg embuatkan kita terfikir..

      Delete
  6. kenyataan itu perlu direnungi ...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tapi bolehkah kalau nk amalkan buat mcm tu..? nk kena tanya ustaz usul fikh ni...

      Delete
  8. Hmmm ... nak rejam nak potong semua pun, kena kaji selidik cukup syarat semua, bukan main potong jer. So, sama2 la mendalami ilmu baik yg tua mahu pun muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep ... setuju. tak boleh main potong. siasat sampai akar umbi. takut nanti salah potong, diri sendiri juga merana.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. btol.. hukum hudu ni susah nk dijatuhkan hukumam sbb perlukan kepastian yg benar..

      Delete
  9. Hmmm....yg ptg jgn salahkan org laen, klu kita sndiri xmampu nak laksanakan dalam keluarga kecil kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm. itu betul, tapi kalau kita nk laksanakan sekalipun dalam keluarga sendiri, persoalannya boleh ke dari segi syara'.?

      Delete
  10. kita yg kena berubah
    suruh org berubah tapi rupe itu jgk sama
    xmau jugak

    ReplyDelete
  11. hukum yang patut kita laksanakan yang telah tertulis dalam al quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi itu kepada pemerintah. persoalannya bolehkan dilakukan oleh hanya ketua keluarga..?
      :)

      Delete
  12. mengikut syariah tu yg terbaik ...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... ada jugak terbaca dalam fb..
    melawat sini sambel menabung.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. dah menabung balik dah di blog munirah..

      Delete
  14. Assalam.. singgah sini balas kunjungan. :)

    ReplyDelete
  15. Indahnya hidup bersyariat ;)

    ReplyDelete
  16. bagus tu kan
    salam perkenalan dari ida jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com'dah follow blog ni no 1536

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga..
      dah follow balik dah...

      Delete
  17. Brunei boleh jadi contoh kepada negara yang nak jadi negara Islam selepas ini.

    ReplyDelete
  18. Tak silap mesti ada 4 saksi yg adil baru boleh menghukum. Jadi kena siasat btoi btoi jgn nak potong je.hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu.. saksi pun x bleh sebarangan, mesti yg "adil." ciri2 adil tu pulak ada banyak.. ada yg tak layak jadi saksi. so, sistemnya mmg betol2 ketat..

      Delete
  19. bagus betol jawapan tu. agree. tapi nak menghukum bukan main ikut suka je. buat nya tersalah info? kita yang dapat dosa free. kena ada dalil nakli. brunei dah amalkan sistem hudud. malaysia? kalau negara tak nak amalkan tak apa. betol kata pha is. buat sendiri di rumah. janji kita jalankan ikut perintah ALLAH. jadi penentu yang terakhir adalah ALLAH. tak gitu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya, pha is masih keliru.. bolehkah sekiranya kita nk buat hukum hudud dengan ahli keluarga? sbb kalau x silap, hukum hudud utk pemerintah sesebuah negara. sbb kenapa nabi kata baginda akan potong tangan fatimah sekiranya fatimah mencuri, rasanya sbb masa tu nabi pemerintah madinah.

      Delete
  20. "Selepas saya jawab begitu, satu dewan senyap dan termangu"
    Saya yg baca ni pun tersentap. Inilah Undang-undang Allah yang Maha Adil.

    ReplyDelete
  21. andai saksi itu saksi palsu, maka tidak adil pada tertuduh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. sbb tu x semua org bleh jadi saksi..

      Delete