bila aku check statistik visitor menjelang hari raya aidilfitri 2013, sama ada dari histat ataupun nuffnang, aku terperasan satu polar yang sangat menarik. cuba tengok kat bawah ni :



nampak tak persamaannya disitu. bilangan visitor blog aku menurun secara berkala dari 5 ogos sampai 8 ogos. lepas 8 ogos, baru naik balik, walaupaun aku dah autopublishkan 1 entri setiap hari pada 7 hari tersebut.

hypothesis yang dapat aku fikirkan, mungkin bermula dari 5 ogos, bilangan orang yang online berkurangan sebab masing-masing sibuk untuk persiapan raya. see..!!! hari kemuncak visitor paling rendah adalah pada 8 ogos, hari raya pertama!

lepas hari raya pertama, orang ramai mula memeriahkan kembali laman blog. sebab tu mula ada peningkatan sikit. aku agak la..

cuba tengok korang punya statistik pulak, kot-kot sama.