21.8.13

Kaunter Pertanyaan


Kadang-kadang, aku selalu jadi tempat rujukan pada satu hal yang bukan bidang kepakaran aku. Bidang yang kadang-kadang aku tak tahu-menahu langsung. Tapi, bila orang dah berharap dan berhajatkan pandangan atau pertolongan aku, aku pun buat-buat pandai cuba sedaya upaya untuk membantu kawan-kawan aku mana yang termampu.

Antaranya, bidang seni suara. Kadang-kadang, ada beberapa kawan aku selalu mintak pendapat aku berkenaan seni suara, vocal, dan sebagainya. Mungkin kerana dimata mereka, aku ni pernah join team nasyid (matrikulasi dan university).

Padahal, aku masuk nasyid main perkusi (alat muzik) je pon. Aku tak pernah bernyanyi dalam mana-mana pertandingan nasyid. So, Bab-bab harmoni suara ni, aku bukannya tahu sangat.

Yang kedua, dulu kat sekolah ada beberapa orang kawan yang minta pandangan aku berkenaan dilemma kisah cinta mereka. Sampai kat U ni pun still ada. Padahal, aku couple pun tak pernah. (hampeh!)

Kadang-kadang juga, aku jadi tempat rujukan hal-hal agama. Padahal aku belajar agama tak tinggi pun, sekadar SPM je. Tak de pun sambung pengajian islam dengan lebih khusus. Pastu belajar ‘ilmu dunia’, belajar ilmu syirik.

Termasuk juga la bahagian farmasi. Sudah ada beberapa orang Tanya aku pasal ubat. Walaupun aku ni student farmasi, tapi aku ni fail je memanjang.

ada jugak yang tanya aku pasal moto, walaupun aku ni bukannya seorang mekanik, bukannya seorang yang otai, dan bukannya mat rempit.

so, korang pernah jadi kaunter pertanyaan tak?


maa'ssalamah,
Pha is

27 comments:

  1. Itulah namanya sahabat...tempat meluahkan pertanyaan dan perasaan. Itu tandanya anda seorang sahabat yg dipercayai. Mendengar sahaja sudah cukup buat mereka, tapi kalau mampu memberikan pandangan...itu lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. ada jugalah...tapi takpelah..selain berkongsi ilmu..
    jemput join segmen nie ye
    http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/08/segmen-1st-segmen-singgah-blog-saya-2013.html

    ReplyDelete
  3. Kaunter pertanyaan. Selalu sangat. Tu yang kadang2 ada je entri2 yang bertulis FAQ di blog saya. Sebab kadang2 tu soalan yang sama ditanya oleh beberapa orang yang berbeza. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sama la.. ada je orang yg tanya kat blog.. boleh jugak buat modal entry kan? hehe

      Delete
  4. HEHE , saya selalu jadi kaunter pertanyaan dengan soalan-soalan macam ni , 'Boleh pinjam report ?' 'Assignment dah siap? Nak copy?" "Ada nota ? Nak fotostat." HAHA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA... soalan tu pha is yg selalu tanya org..

      Delete
  5. saya pernah. psl medik usim. psl novel ramlee awang mursyid. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. banyak jgak org tnya pha is pasal kos farmasi.
      eh, minat RAM jugak ke..? hehhee

      Delete
  6. Kawan kawan tnya kita, itu tandanya, dorg percayakan kita....kita cuba larr tolong sekadar yg mampu...bukan nk tunjuk pndai ataw memandai mandai....

    Psss....rietta biasa jd kaunter luahan perasaan....ekekkee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... luahan perasaan? tu lagi dahsyat.. hehe

      Delete
  7. Student pharmacy ke, same laa...

    ReplyDelete
  8. setakat ni tak pernah lagi rasanya.. selalunya kalau orang tanya kita bermakna dia dah percayakan kita.. tahniah pha is..

    ReplyDelete
  9. pernah, dorang tanya mana beli tudung, mana beli tu, mana beli ni. haha ayoyoyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpak sangat kuat beli barang nih.. heheheh

      Delete
  10. hahaa...anggap je kita org penting sbb tu ramai org tanya mcm2...:)

    ReplyDelete
  11. kalau akak pulak, asyik tanya kat en. suami.. sampaikan dia kata 'dah macam polis pencen' awak ni.. kihkihkih.. ;)

    ReplyDelete
  12. heheheh...keje saya memang kat kaunter pertanyaan pon..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusly..? like, literally keje kat kaunter?

      Delete
  13. hehehe... pha is orang penting! semua orang caari pha is

    ReplyDelete