tetiba terasa nak buat "mini segmen". dah nama pun mini kan, so senang je, tak perlu nak buat entri pun. bukan nak cari publisiti (ewwah). cuma saja nak mengembalikan zaman kegemilangan kad raya masa aku kecik-kecik dulu (tetiba terasa tua). orang muda zaman sekarang dah banyak lupakan kad raya. maklumlah, zaman dah canggih. tak main dah pos2 kad raya ni.

jadi, sapa yang teringin nak rasa feel masa nak nak buka sampul kad raya selepas dihantar abang posmen dengan moto ex-5 merah beliau sepertimana yang aku rasa masa kecik2 dulu, boleh la join segmen ni. cara-cara dan syarat penyertaan : 

1. hantarkan nama dan alamat rumah anda di inbox facebook page "Hikayat Budak Pening" di https://www.facebook.com/HikayatBudakPening


2. kalau belum like page tu, dah alang-alang tu, like la dulu. hehehe...
3. tarikh tutup hari ahad, 21 Julai 2013 jam 11.59 malam.
4. kalau nak bertukar kad raya pun boleh gak. yang ni tak de paksaan. suka sama suka je. kalau nak, nanti mintak alamat kat pha is masa nak send alamat kat inbox tu. 

okay. mudah je. 

salam ramadhan,
Pha is