21.7.13

kejutan cuti sem

Cuti semester ni penuh dengan kejutan dan khabar gembira. Pertamanya, rakan sekuliah aku dah nak kahwin. Jadi, beliau bergraduasi dengan title isteri orang. Tahniah untuk beliau dan tahniah juga untuk bakal suami beliau (bukan orang lain pun, senior kami jugak) – Nampak tak permainannya disitu.


Keduanya, juga member sekuliah aku yang sudahpun berkahwin tahun lepas (semasa belajar) telahpun menimang cahaya mata waktu cuti ni. Yang ni lagi advance. Jadi, bulan September ni beliau akan bergraduasi sebagai seorang bapa. Tahniah juga buat beliau dan isteri.

Yang ketiga, baru-baru ni aku baru dapat tahu yang member sekelas aku masa sekolah menengah dulu dah nak bertunang. Dulu, beliau terkenal dalam kalangan kami sebagai seorang yang mempunyai “baby face”. Sekarang, dah nak bertunang dah pun. Tahniah buat beliau.

Yang keempat dan yang terbaru, tetiba dapat mesej jemputan kenduri kahwin dari seorang member sekuliah.  sebelum ni diam-diam je diorang ni, tetiba terus dapat jemputan kahwin. Anyway, tahniah juga buat korang.



Apa yang aku nak sampaikan, nampak tak permainan diorang disitu..?

24 comments:

  1. Replies
    1. entahla... nk kena tunggu grad dulu, pastu tunggu dapat keje dulu, pastu tunggu stabil kewangan dulu.. laki ni payah sikit. nk kena sediakan banyak bnda.. hehhe

      Delete
  2. semua dah bertunang dan kahwin ya.. pha is bila lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla.. macam x de harapan je nk dicepatkan.. hehe

      Delete
  3. Hahaha ye ye nampak da permainan disitu..jadi apa ditunggu lagi hahhahahahaah

    ReplyDelete
  4. Itu bukannya permainan...itu adalah ketentuan Allah.
    Tahniah buat semua rakan2 anda! Pha is, jangan hanya melihat...kesian aku tengok, lap skit air liur yg meleleh tu... hehe

    ReplyDelete
  5. nampak tak permainan di situ..?
    macam hint untuk Pha is je..
    apa-apapun moga mereka semua kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  6. hihi tuan yg tulis entri ni bila lagi :D

    ReplyDelete
  7. Pha Is,

    Hang dah Super Senior,

    Dan lagi nak tackle junior! :)

    ReplyDelete
  8. awk bila lg? da ramai yg potong line tu.. haha

    ReplyDelete
  9. tahniah kt kengkawan awk n awk akn dtg.haha

    ReplyDelete
  10. Turn pha is plak bila lagi maknanya tu huhuhu.... salam singgah sini

    ReplyDelete