gambar hiasan

tadi aku berkesempatan berbuka puasa secara beramai-ramai dengan member di masjid USM. Alhamdulillah, sempat merasa "nasi arab" free tahun ni. dalam perjalanan pulang, aku bertembung dengan Ryuki, member aku yang masih lagi di usm sebab sambung ambik master. (bukan 1 kos dengan aku).


ryuki : hang ada hal apa kat sini?

aku : KSCP (kursus semasa cuti panjang - a.k.a short sem). biasala, aku tiap-tiap tahun ambik.

ryuki : tadi aku nampak juan. dia pun ada paper tak lepas ke?

aku : ha ah. tapi dia satu paper je. kalau lulus, lepas ni dia dah boleh grad dah. aku je yang tak boleh grad lagi. hmm..

ryuki : owh.. tu la hang, tara tak ada awek pun, belajar sangkut. kalau ada awek, tak tau la jadi lagu mana.

aku : amboi.! yer la, aku tak macam hang. kat usm saja awek dah ada 2-3 orang.

ryuki : agaknya sebab tak ada awek, hang kurang motivasi kot. tak dak sumber inspirasi.!

aku : ceh..

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

eh, tapi aku ada la sumber inspirasi. aku pun kalau boleh tak nak entend. nak cepat kerja. nak cepat angkat Yamaha XJ6. kan?

wait for me my love..!!!


maa'ssalamah,
Pha is