pharmnight (malam farmasi) merupakan majlis makan malam tahunan yang dikelolakan oleh persatuan sains farmasi USM yang antara lainnya bertujuan meraikan pelajar final year yang akan bergraduasi.

kronologi

masa aku first year, aku tak pergi pharmnight. sebabnya, masa tu aku dimomok-momokkan oleh geng usrah senior farmasi aku yang majlis ni hanyalah maksiat semata. hehehe... lebih kurang macam tu la. 

masa aku second year, aku terpaksa pergi sebab aku salah seorang exco Persatuan Sains Farmasi masa tu. so, aku pun pergi je la. bukan sahaja aku kena pergi, tapi aku siap dijemput untuk memimpin bacaan doa. untuk keterangan lanjut, lihat ENTRI INI 

pharmnight 2011
dari kiri: arief, pha is, dan shahir.

masa aku third year, aku kena pi jugak, sebab aku AJK pharmnight. aku exco bahagan teknikel dan fizikal, masa tu, aku sangat-sangat sibuk sebab aku incharge bahagian pentas. keluar masuk pentas, tirai tutup-buka,  pencahayaan, antara kerja aku malam tu. so, memang sangat-sangat meletihkan. nak bergambar pun tak sempat. untuk keterangan lanjut, lihat ENTRI INI.

pharmnight 2012
dari kiri : shahir, azman, dan pha is.

kali ni, masa ku fourth year, aku pergi, saja seronok-seronok. sepatutnya, ini pharmnight aku yang terakhir, sepertimana member-member aku yang lain. tapi, well, kemungkinan besar tahun depan, aku masih lagi belum grad. so, hmm...

pharmnight 2013
atas dari kiri : zul, wan, husni, pha is, arief, dan ce
bawah dari kiri: firdaus dan baq

anyway,

kira enjoy la jugak pharmnight kali ni jika nak dibandingkan yang tahun lepas. ada jugak secebis kenangan yang boleh aku simpan. 

aku si tukang bawa lilin

lilin tu sebenarnya untuk persembahan dari pelajar tahun akhir. kami nyanyi lagu "kau ilhamku" yang dipopularkan oleh mambai, khas buat para lecturer kami.  

syafiq si photo boom 

aku dan Ze Chien. baju kami hampir sama, cuma aku tak pakai bow tie je...

sebagai selingan, member aku si Aqmar ada buat video kenangan sepanjang 4 tahun kami di usm. video biasa-biasa. tak tengok pun x pe. hehe..



lagi cerita mengenai pharmnight 2013 : 



maa'ssalamah,
Pha is