10.12.12

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

kata orang, tak sah kalau datang kelantan kalau tak singgah shopping di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, di negeri kelantan ni. (okay, aku tipu. bukan orang yang kata, tapi aku pandai-pandai je kata sendiri). tapi aku rasa, memang betul pon statement tu.

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
gambar credit to : izzah syahmina
kalau di kawasan utara, tempat yang hampir sama dengan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni selalunya di Padang Besar atau wang kelian di Perlis. kawasan yang kononnya murah dengan barangan-barangan siam. maklumlah, area sempadan.

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang terletak di area Rantau Panjang (of course la), bersempadan dengan thailand melalui sungai golok. (coordinate :   6° 1'4.55"N 101°58'24.92"E)

first time aku ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni, aku pergi dengan 'geng lelaki'. so, kalau budak lelaki ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni, selalunya, diorang cari jersi bola. (yup, "diorang" sebab aku tak termasuk - aku budak tak minat bola)

maka, berpeleseranlah kami sehari suntuk di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang tu untuk mencari jersi bola yang paling tinggi kualitinya dengan harga yang termurah. ada yang beli jersi Manchester United, Real Madrid, dan sebagainya. manakala aku cuma masuk tengok saja.

sampai lah dah nak balik, satu-satunya barang yang aku beli di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ni hanyalah satay ikan yang dibakar, macam yang orang siam selalu jual dengan bawak moto tu.

pekena ice cream baba di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
gambar credit to : izzah syahmina
kali kedua aku ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, kebanyakan dari kami adalah budak perempuan. kalau budak lelaki cari jersi, budak perempuan sibuk belek tudung dan teddy bear. sampai masa nak balik, penuh kereta dengan tedy bear.

sibuk belek tudung

seperti biasa, aku cuma window shopping saja. tak ada benda pun yang berjaya menarik perhatian aku. sebenarnya, memang ada benda yang aku cari di situ. sebab ada orang kata, kat sini ada jual barang-barang spare part racing motosikal dari siam. kata orang, "barang" siam power2. tapi aku tak jumpa kedainya pun.

mungkin lain kali....  


maa'ssalamah,

Pha is

13 comments:

  1. baru plan hujung tahun nak g kelantan tp fikirkan hujan terbantut sekejap....apapun enjoy tgk trip nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la.. boleh jadikan sebagai pengganti.. hehehe... nanti kalau berkesempatan, boleh la singgah.. heheh

      Delete
  2. hahaha haruslah perempuan belek tdung n bear, tp kalau aku belek fridge magnet n keychain,haha ntah pape kn

    ReplyDelete
  3. Bestlaa window shopping..kannn...

    ReplyDelete
  4. Dah pergi awal tahun tapi setakat window shopping juga..

    ReplyDelete
  5. Ala paling tidak pon beli buah kan, buah pauh sie (Siam)... hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. banyak jugak djual, tapi x beli pun... heheh

      Delete
  6. bestnya shopping... tapi kalau takde benda yang saya target mesti saya akan otometik mengantuk.. sabar jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengantuk tak pe, jgn borong smua barang dah la.. hehee

      Delete