19.7.12

Salam Ramadhan


bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, disini, saya faiz zakaria selaku penulis tunggal blog hikayat budak pening ni, memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dalam mana-mana penulisan dan komentar yang diutarakan.

dengan ini, saya ingin mengucapkan, selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa. semoga bulan Ramadhan kali ini dapat memberi seribu makna buat kita semua.

"permulaan (awal) ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya (penghujung) pembebasan dari api neraka."
(riwayat sahih ibnu khuzaimah)

sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : 
Allah Taala berfirman, "setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."
(H.R. Bukhari dan Muslim)  

"apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan"
(H.R. Bukhari, Muslim, dan Nasaei)


p/s 1 : gambar pokok kat atas tu kat tengah bendang belakang rumah je. 
p/s 2 : eh, korek hidung batal puasa tak?


Pha is


18 comments:

  1. selamat berpuasa.. :) (lama tak menconteng di sini :P )

    ReplyDelete
  2. SELAMAT BERPUASA pha...InsyaAllah, sama2 kita sucikan hati dan beroleh berkah di bulan Ramadhan nanti...ampun dan maaf juga dari KY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. maaf andai terkasar bahasa... smoga ramadhan kali ini ramadhan yg bermakna...

      Delete
  3. aku maapkan semua kesalahan ko,haha tiba2,,selamat berpuasa gak paiz,,jumpe naik sem =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ye la tuh.. hehehe
      eh, ko bukan dah grad ke..?

      Delete
  4. psstt: cantik pemandangan tu.. ;) rasa tenang je.. ;)

    ReplyDelete
  5. cantiknye pemandangan tu :)

    selamat berpuasa ! ^^

    ReplyDelete
  6. Selamat menjalani ibadah di ulan ramadhan. Semoga tahun ni lebih berkat berbanding tahun-2 sebelumnya. Selamat beramal! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... ameen....
      slamat beramal dan selamat menjalani ibadah puasa...

      Delete
  7. salam ramadhan..
    cantik gambar pkok tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan juga..
      ciptaan Allah, mmg cantik...

      Delete
  8. selamat menunaikan ibadah puasa :)

    ReplyDelete