Tatkala aku melangkah ke dalam rumah seusai dari solat maghrib berjemaah di surau, kulihat mak masih di tikar sejadah. Belum sudah wiridnya. Diratibnya dengan penuh khusyuk, sehinggakan tak sedar aku sudah masuk ke dalam rumah. Tanpa menghiraukan mak, lantas Kopiah putih di yang sedari tadi melekat teguh di atas kepala kuletakkan di atas meja sambil kurebahkah diri di atas sofa lama. Sofa peninggalan arwah tok wan.

“ha, dah balik?” soal mak tatkala keluar dari bilik beberapa minit kemudian.

“ya, mak. balik sat. Kat surau tak ada apa-apa pon antara maghrib isyak.” Jawabku.

“hmm.. malam ni memang tak dak apa-apa. Esok malam kalau tak silap ada orang baca kitab. “ balas mak. “tadi, hang jadi imam ka?” soal mak kembali.

“ha ah.” Jawabku ringkas.

“patutla. Tadi macam mak dengaq suara hang jadi imam.” Kata emak.

“yer ke mak? anim tak dengaq pon!” tiba-tiba adikku menyampuk.

“eh, ada la. tadi mak dengaq.”

“er... tapi mak, tadi cek jadi imam kat surau tak pakai mikrofon  pon.”

“kalau macam tu, perasaan mak je kot”. Jawab mak. lemah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * * * * * * *  *

Sememangnya, kalau aku lapar, aku tak boleh tidur. Kulihat jam sudah pun pukul 4 pagi. Mata aku pun sudah kian memberat. Tapi, perut aku tak henti-henti meronta minta untuk diisi. Serba salah aku. Kalau di USM, sudah lama aku keluar cari nasi kandar 24 jam.

Tapi, sekarang ni, aku dirumah, bukan di USM. Malas pulak rasanya nak keluar. Kedai nasi kandar kat sini bukannya dekat. Nak masak di dapur pon aku rasa malas. Lantas, kubuka laptop, tengok filem yang masih berbaki dalam external hard drive sampai subuh. Esok pagi, aku makan je la apa yang mak aku masak untuk sarapan.

Selepas subuh, tepat jam 7 pagi, aku ke dapur dengan perut yang meronta kelaparan. Kulihat mak sudah ada di situ. Kalut benar mak. Masak air, pukul telur, dan sebagainya. Bila mak nampak kelibat aku, belum sempat aku menyapa, mak terus bersuara.

“sat sat. Mak nak buat cucoq. Sat lagi siap la.”  

Terpana dan terkesima aku sebentar. Mak ni macam tau-tau je yang aku ni tengah lapar menggila.

“bawang lebih ye mak.”

“kalau nak lebih, ambik bawang dalam raga tu, potong sendiri banyak mana mau.”

Maka memotong lah daku akan bawang-bawang itu sehingga menitis air mataku di pagi yang hening itu... 





Pha is