12.6.12

aku dan fotografi.


Dulu aku ada la juga minat sikit-sikit dunia fotografi ni. tapi, tak la minat sangat. Sekadar ‘biasa-biasa’ je. Sebab tu, masa aku nak beli hand phone dulu, aku beli Sony Erricsson c901. Konon-nya sebab ada kamera so called “cyber-shot”.   

Dan Sekarang ni, dah ramai yang ada DSLR. Macam dah jadi trend. Dulu, masa aku first year kat kat usm ni, ada sorang member aku yang baru beli DSLR ni. beliau ajak aku beli sekali. Tapi, masa tu, aku ada priority lain dengan duit aku. Masa tu aku nak beli moto.

Lepas tu, lepas, seorang, seorang member aku beli DSLR. Masa tu, aku just cakap kat diri aku, “ah, pakai kamera henfon sudah.” dan kat bawah ni, antara gambar2 yang aku penah ambil pakai kamera henfon aku tuh.


 
sumber : blog 'Lensa Cikai', blog ke-2 aku

Tapi, sejak baru2 ni, roommate aku pon dah ada sebijik DSLR. So, semakin banyak la aku didedahkan dengan dengan dunia fotografi ni. kadang-kadang, kami keluar ‘outing’ bersama. Jadi, dari guna kamera henfon aku tu, aku mula menanam hasrat untuk memiliki sebuah kamera. So far, hasrat yang aku “tanam” tu tak tumbuh pon lagi pokoknya. Sekadar hasrat.

Tapi, aku tak minat sangat kamera jenis DSLR. Minat aku Lebih kepada kamera ‘hibrid’. Kecil, simple dan comel. Tak de la besar gedabak kalau nak bawak ke mana-mana. Antara yang Berjaya mencuri perhatian aku, Fujifilm X100.

Sekarang, tengah consider nak beli or tak. Hmm..  



Pha is

24 comments:

  1. sekarang kamera lomo makin popular

    ReplyDelete
    Replies
    1. lomo, dslr, dan macam-2 jenis kamera lagi, ramai je budak sekolah yang usung macam usung botol air. ahaaha

      Delete
    2. tapi, fujifilm ni bukan jenis lomo, tapi jenis compact. nmpak je mcm tu. hheheh

      Delete
  2. akak tengah hint2 dekat en. suami nak camera baru.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. saya mahu polaroid.. tapi filem bapak mahal.. =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. ada kawan sorang yg ada polaroid. kertas dia mahal giler...

      Delete
  4. until now, dslr is my only desire :)

    ReplyDelete
  5. tu la isk haihh . sekarang nih tengah memasang hasrat untuk memiliki dslr jugak XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa... dpt gaji nnti beli la sebijik.. hehehe

      Delete
  6. ikut kepentingan..kalu rasa penting, belila..kalu x,pun masih boleh fikir nak beli or x.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pun boleh... ada yg beli sbb mnat, ada yg beli sbb trend, mcm2 sbb ada.. hehehe

      Delete
  7. kita pun tak berapa suka DSLR even pic dia cun,tapi more prefer compact,senang kecil je.

    camera ni comel,macam analog camera pun ada,okay dah tergoda dgn ni. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sama la... suka compact yg "comel"... malas nk usung dslr yg bsar gedabak merata-rata.. heheh

      Delete
  8. aku xpakai kemra,,minx kawan jek pic penting,hahaha

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerna follow blog ohsenyum...

    ReplyDelete
  10. Dulu pon hampir terbeli dslr..huhu tp bila memikirkan kamera kecik yg dh ada tu pon xguna sgt sbb asyik gna camera hp je..so xjd la..haha

    ReplyDelete
  11. apesal den takdak impian mcm dorang2 suma ni ahhh?

    den ni pelik ke?

    pakai jee camera phone nokia x5 tu, bahagia je...gambo lawa gak..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x de la pelik mana pon... biasa la tu.. mungkin mai ada bnde lain yg teringin nk beli...

      Delete
  12. skrg ni ramai dah yang buat duit dgn amik gmbr bro. Jika bro ada impain nak beli, beli je kot. Skali skala capai impian kecik. Lain masa capai impian besar pula. Haha..

    ReplyDelete