31.5.12

Komen Motosikal Wave 125X Ultimo


Dulu, aku penah tulis sikit review berkenaan motor aku, ‘Honda wave 125 x ultimo’. (panjang bebenor nama dia). Entry tu sebenarnya antara entry yang paling banyak orang baca dalam blog aku ni.

dalam entry tu jugak, ada banyak komen2 yang aku dapat dari pembaca-pembaca yang juga pengguna motosikal model ini. ada yang positif, dan ada jugak yang negative. Antara komen-komen yang terpilih, yang aku rasa sangat berinformatif terhadap pengguna motor jenis ni adalah seperti berikut.
 
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

wave 125 ada beberapa jenis. yg terbaru adalah ultimo. komen sebagai pengguna motor ni selama 3 tahun:

1) Speed dia mmg kurang, habis cecah 120km kalau tunduk kepala.

2) Tahan lasak dan mantap!

3) Paling best adalah jimat minyak! banding dengan lagenda dgn LC, minyak macam minum air. tapi wave rilek jer..


honda memang tahan lasak tapi dia tak laju. Minyak memang jimat janji jangan usik enjin atau modified. Mekanik honda bagi tau rahsia wave ni kalau nak laju tukar spoket 15-34 dan ekzos dia kena ejas sikit sebab dalam ekzos tu dia sekat angin.



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

Salam, ultimo memang kurang laju tapi mesra alam. Untuk makluman tuan puan kami penguna model ini selama 2 tahun untuk off road. Pengalaman selama 2 tahun menguna ultimo pada laluan (off road) dengan ketingian mendaki separuh gunung kinabalu menyebabkan saya sayang untuk melepaskan model ini.

Berbanding jenama lain, terbukti honda dengan tema the power of dream memang berkuasa dan tahan lama. Model ini sesuai digunakan hampir semua keadaan jalan di malaysia. Dengan hanya menukar tayar off road dan sproket 14 depan dan 42 belakang moto ini bersedia untuk mendaki dengan hebat.

Dalam tempoh tersebut syukur tiada masalah enjin berlaku. Jatuh pun body tak pecah. Memang kualiti produk honda tahan lasak. Sekali tengok memang tak caya, dah cuba saya akui kelebihan honda ultimo adalah tahan lama dan tahan beban tinggi



Yang aku reply :

fuh, sproket belakang 42...?? agak besar jugak la... so, ratio sproket = 42/14 = 3... besar tu bro... memang la pikap power... kalau macam tu, naik bukit konfom rilex je... hehehe

tapi sekarang aku pakai utk jalan raya. terutama bila kerap guna atas highway... so, lebih pentingkan top speed berbanding pikap. sekarang ni pon masih guna sproket yang asal, depan 14 belakang 35 (ratio = 2.5). dalam perancangan nak kurangkan saiz sproket belakang or tambah saiz kat depan.



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

salam, saya juga pengguna ultimo hampir 2 thn.. cuma nak komen saya x bersependapat kalo nak cakap ultimo ni bkn untuk kelajuan...
saya x nafikan saya pun bwk motor saya biaasenye dlm 110km/j je..

tapi saya tahu meter ultimo ni memang berat...so, kalo ikut entry awak pada no. 3 tu pun dah jelas...
[80KM/J ULTIMO = 100KM/J LC, SO.. BILE ULTIMO SAMPAI 110KM/J = LC DAH 130KM/J]...
KESIMPULANNYA, ULTIMO LEH CECAH SAMPAI 130KM/J (standard)........................x cukup laju ke?



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

aku dah pakai tiga wave125 dari first generation (lampu belakang tajam) ke second gen AN125F(kod moto dalam geran) dan sekarang Ultimo (AFP125) baru 2 minggu, memang betul kau cakap pun bawak nak sampai 100km/h pun payah, tapi yang aku heran meter tunjuk 90km/j je tapi moto dah laju semacam tak macam motor2 dulu, mungkin perasaan aku je kot.

Pikup motor nie tak berape kuat ,yang paling best adalah pikup motor first gen dulu mase baru2 keluar, aku rasa Boon Siew dah kurangkan sikit kot. pasal petrol aku tak boleh nak komen lagi sebab masih baru enjin masih ketat tapi rasa same je untuk tiga2 model.


* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

beruntung le moto ko boleh cecah 110km/j.seumur aku beli moto ni, full terottle pun paling laju 85km/j je.100km/j pun x penah. aku cube tukar sprocket 38. naik sikit meter nye 99km/j.agaknye lagi besar lagi laju kot.


untuk komen ini, aku reply macam ni:

aik. pelik. sepatutla lagi besar sproket, lagi turun top speed. tapi, serius, moto aku pon macam tu. lepas tukar sproket belakang 36 (asal 35-sikit je pon naik), top speed naik jugak. skrg dh boleh cecah 120 km/j... heran2..

* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

Ok. kalau nak tau apa yang aku review pasal motosikal model ni, or nak tengok komen2 yang lain, boleh baca kat SINI.



Pha is

71 comments:

  1. alamak pasal motor..mai nak start motor pon tak reti,muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mai kena la amik tau. dah la dapat laki yg ada kawasaki KIPS KR150RR.
      tambah pulak dengan system KIPS (Kawasaki intergrated power-valve system).. pergh... hehehe

      Delete
  2. kami reti naik ja , tak pernah pun nak amik tau tu motor apa haha

    ReplyDelete
  3. mak budak ni reti naik je tapi sekarang tak merasa dah sebab anak2 concour dulu.. hahaha.. mana muat.. ;)

    ReplyDelete
  4. moto ?? hehe salu nak naik moto ada orang tolong bawakan.. romantik tak ? hehe :)

    ReplyDelete
  5. emm... setting angin untuk moto ni camane ek? nak bukak sikit ke... banyak ke... setting yg mase klua kedai tu mcm tak sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pasal timing angin ke?
      gua dulu masa baru beli, moto asyik mati je bila kat trafic light. last2, kasi up sikit timing. lpas tu, x de lagi dah masalah enjin mati kat trafic light. cma bila up timing, moto agak gegar skit.

      Delete
  6. aku pakai motor wave ultimo....
    full terottle motor tu 120 km/j...kalo tukar spoket bleh naik lg..
    kira ok la tu....laju2 korang nk g mana..?? =p
    xcident arwah la jawabnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai yg kata mcm tu. moto laju2 sgt pon, kat lebuh raya 110 km/j je boleh bawak...

      cma bukannya selalu nk bawak laju2 pon.. hnya sekadar kepuasan diri, bila tahu yg moto sndiri boleh pergi lbih laju.

      pnah ada seorg pemilik ultimo ni gitau kat gua, moto beliau tak pernah cecah 100km/j pon. paling tinggi 90++ km/j walaupon dah full throttle. kalau gua kat tempat beliau, gua pon tension...

      hehehe...

      Delete
    2. 125x ni makin lama pakai top speed dia akan naik sikit, siapa yang baru pakai biasa top 100 je, sebab enjin x expand lagi, bila dah lama top dia akan naik ke 110, lagi satu moto ni power bila enjin dah panas, aku dah pernah cecah 140, spoket standard 15 35, semua standard, x usik. kunci dia pada gear 3.

      Delete
    3. maksudnya, guna gear 3 sampai 140? gitu..?

      Delete
    4. macam mana nk dapatkan perfect gear?

      Delete
  7. motor honda yang baru skg semua ckp meter berat. xmcm motor lain. mcm aku skg pki Honda Dash SE mmg terasa la..skg pki sprocket 14-33 dan leh naik plig kuat 110km/j jek..igt nnt nk tukar 15-33 pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. honda dash org kata pick up memang kuat.. kalau tukar sproket kasi upkan topsped pun(rendahkan ratio sproket i.e besarkan saiz depan or kecikkan saiz belakang), pickup x de hal sangat.. hehehe

      Delete
  8. kalau wave ultimo nie pakai spoket 15-34 , lepas tu adjust exhoust cobra boley naik 130km/j ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tp try masuk carb ts 125 exaust cobra

      Delete
  9. motor nie . .seyes klu enjin panas memang smooth tip top bwk laju . .

    ReplyDelete
  10. ade tak yang nak jual honda wave 125x ultimo area Penang???

    ReplyDelete
  11. aku pakai depan 15 blakang 33..naik jugak 120km/j...tapi tu aku dah potong block...hohoho

    ReplyDelete
  12. tapi aku ingat nak tukar 36 15 lah..nak topspeed dia brapa..aku heran lah kenapa moto aku 120km/j je erk? mcm mana nak kasi naik 140km/j....hmmmmm

    ReplyDelete
  13. bro minta panduan sikit,
    absorber ultimo aku kat blkng dah hampir rosak,
    mintak cadangan brand dan model ape yang bagus untuk ultimo, jalan yg saya guna kebanyakan construction area, jalan yg terok sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk cadang brand, saya ni bukannya tau sangat.. sekadar pengguna biasa je, bukan otai moto dan bukan juga mekanik moto.. tapi absorber saya dulu yg asal pakai dlm setahun je, lepas tu terus tukar sebab dah lembik. skrg pakai yg racing boy. masa mula2 pakai dulu, okay je. lagipun yg tu absorber yg tu boleh adjust kalau nk bagi lagi ketat/longgar. tapi skrg dah 2 tahun dah pakai absorber tu, dah x beberapa nk umph dah.. dah saya ni jenis bawak x hati2 kot.. lubang semua pakai bedal je, malas nk elak.. hehehe..

      Delete
  14. salam semua...teman mmg peminat Honda ..dlm sejarah honda Cub..rasa ye ultimo ne model yg terbaik dari depan cantik
    dari belakang pn ganas..xjos pn cun..kalu pasal power ne...mmg banyak cara boleh buat..
    tip2 dari rakan2 mmg banyak membantu nk bagi laju...

    ReplyDelete
  15. Salam. Akak msih tcari2 nk bli motor utk anak llaki blajar d trganu. Kdg2 cuti balik logik tak blik dgn moto? Minyak, penat, maintenance?
    Kapcai pling murah skg Rm1800 brand apa ntah. Demak ke apa. Yg pnting ada starter mudah adik2 ppuan nk guna

    ReplyDelete
  16. moto rm1800..? murahnya.. 1st hand ke?

    klau stakat nk guna dlm U, moto yg jenis mcm mna pun xpe.. tp klau nk jln jauh, better pkai moto yg ok sikit. pendapat saya la...

    1 sbb kelajuan. bukn sbb nk bwk laju, cma kna igt, mkn lama ats moto, makin sakit pggang, terutamanya moto kapcai. klau jenis superbike cruiser lain citer. selesa.

    ke-2, sbb enjin moto. klau jln jauh, better cari yg pkai liquid cooler. sng citer, cth mcm moto LC la (skrg mau dlm rm 6-7k). klau enjin kapcai biasa, jln sjam skit kna berhenti kjp.. enjin cpt panas.

    tp lain la kalau sggup. mcm sya redah je dari kelantan ke penang naik moto honda wave ni. bwk slow, stiap sjam berhenti. dh smpai sakit pggang. klau sggup tahan, xpe.

    klau xnk bawak moto jln jauh, pkai pos pun bleh. skrg bnyak servis pos moto ada. pos malaysia, skynet, KTMB, nationwide, dll...

    ReplyDelete
  17. honda dari dulu dan selama nya...

    ReplyDelete
  18. Bro..macam mana nak bagi laju Honda future 130 -140..??motor sya standard je no modified

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak cara, tapi saya nak cakap pun, saya bukan ahli dalam bidang moto... so, pendapat saya agak kurang valid.
      better tanya mekanik.. hehehe..

      Delete
  19. Saya baru dapat lesen motor, nk beli motor honda.masalahnyer mampu beli yang rm5000 kebawah.motor ape yang beleh di recomend

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. tumpang tnye.. wave ultimo kalau tuka blok dgn head racing taiwan add kesab buruk tak.. mintak penerangan sikit ea

    ReplyDelete
  22. salam, saya baru lagi dalam dunia pemotoran, nak tanye sikit, sy ad pkai spoket 33 blakang n 14 depan, meter cecah 140 klu tunduk kepala, tapi, klu nk meter abis, sya nk mintak cadangan lah, sya perlu up an blog baper yew, tpi pkai carb tetap standard?? (HWUC)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. jawapan bro Hakka Zan mantap.. betol, saya setuju.. saya dah try sendiri, mmg berkesan..

      dulu bawak habis tunduk pun dalam 120km/j ja... then saya tak tukar banyak benda. sproket, carb, cdi, ekzos, smua tak tukar. saya tukar 1 je..

      tukar moto terus, pakai Yamaha YZF R25.. boleh pi 180km/j.. cuba try tengok! terbukti berkesan..! hahahaha

      Delete
  23. Pakaikan head thailand..valve sebesar duit 50sen.. block 66.. carb uma 30 mm..clutch plate 125z oem..spoket saiz 15-28.. top speed 170kmh.. tak percaya?? Try laaa.. kos sara hidup rabak sikit laaa.. mmg cpt smpi top👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  24. korg tukar je cdi power cikit make setel la bab2 nk lju.nk batmn spermn smua boleh yg pnting kocek tebal huhu

    ReplyDelete
  25. Meter moto wave jnis ni mmg berat pon. Prnah slaki ats hgway dgn mmbe aq dia naik wave jgk tp 125S. Dia nak potong wave X aq tk dpt. Stakat blh ikot angin moto aq lps tu dduk sblah ja. Meter moto aq naik smpai 130km/j ja. Bila aq tnya mmbe aq dia ckp moto dia meter smpai 160km/j. Pickup mmg berat sikit.

    ReplyDelete
  26. Meter moto wave jnis ni mmg berat pon. Prnah slaki ats hgway dgn mmbe aq dia naik wave jgk tp 125S. Dia nak potong wave X aq tk dpt. Stakat blh ikot angin moto aq lps tu dduk sblah ja. Meter moto aq naik smpai 130km/j ja. Bila aq tnya mmbe aq dia ckp moto dia meter smpai 160km/j. Pickup mmg berat sikit.

    ReplyDelete
  27. Bos. Agak2 kan bos, model ni masih dipasarkan lagi ke?ke dah xde dah?sebab berhajat nak beli satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure la sbb dah lama dah model ni.. kalau nk jugak, kna cari secenhen la..

      Delete
    2. Ada tapi saya rasa stok lama ler kot..sekarang ultimo xnmpk sgt dekat kedai..

      Delete
  28. Speed sye cecah 90 mcm tu jer dekat jalan biasa tuk full throttle .so sye rse mcm nk tukar sprocket belakang kecik atau besar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau speed 90 je, rasanya mcm susah nk naikkan dengan sprocket. moto baru atau 2nd? kalau 2nd maybe sbb mileage dah banyak. nk kena try full sercive balik kot, maybe cuci carb ke, dsb..

      kalau nk try tukar sprocket jugak, boleh try kecikkan sprocket belakang atau besarkan sprocket depan. boleh try je la.. takut nnti pick up plak down..

      Delete
  29. Assalam kpd semua . Hari ni aku just nk share pengalaman aku pakai wave selama 3 tahun motor ni sebenarnya dah 12 tahun bersama dgn aku sejak tahun 2004 hingga 2017 . Tapi mulanya ayah aku pakai selama 9 tahun seterusnya aku pakai menyammbung tradisi hahaha. Aku juga mempunyai lc v1 tp aku sgt menyukai wave 125 ni kerana jimat minyak dan laju sgt2 buat aku x mmpu nk jual dia kerana hebatnya dia. Motor yg jimat minyak tp laju selalunya motor yg lju minyak nya parah org kata tp wave ni rm 7 bleh tahan 5 hari ulang alik pi pasar or masjid or ke kerja . Aku pernah ke melaka hnya isi 7 ringgit tp boleh tahan x hbis still bleh pusing bandaraya melaka tu dan pernah ke jb isi rm 14 2 kali isi la haha
    Top speed standard maximum 150km/h tunduk hbis+cucuk angin top speed gps 138km/h serius tak tipu sbb main highway sprocket 14 35 ikut pada berat kalau x masuk 36 bg pickup lbih tp leh maintain 120km cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas perkongsian.. thorbaek..

      Delete
    2. Klu spoket 14-33 ok x

      Delete
    3. ok ja.. x banyak beza pun dengan standard...

      Delete
  30. Nak laju buat standard highway just tukar camshaft,crackshaft...cdi ..sproket 14-35..gerenti 125 std ddk belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. camshaft,crackshaft maksudnya kita tukar tinggikan compression ratio la kan? kalau mcm tu mmg terbukti power la.. tambah CDI lagi.. ni silap nk kena tuned balik nih..

      Delete
  31. salam .... selepas baca comments semua ...rasa tak jdi nak juai ultimo bab mmg dia tak pnah mengecewakan sjak beli smpai skrg...walaupun top speed 110 bdn tegak gan box blakang ...aku dlam dilema skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la bro.. nak jual sayang walaupun moto dah jarang pakai (sbb skrg pakai r25) n moto dah 9 tahun. tapi still mantap.. kalau jual pun macam x berbaloi..

      Delete
    2. cdi standard.. pernah plan nk tukar tapi x jadi

      Delete
  32. Kalo tukor cdi BRT, ade kesan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cdi kalau tukar ramai yg cakap ada kesan.. try la..

      Delete
  33. Mintak suggest dari korang spoket yang ok untuk kelajuan

    ReplyDelete
  34. Kalau wave 125 Ultimo .. sy pkai 15-34 (ratio: 2.27) , n cadang nk up kan sikit pickup secubit garam.. jadi boleh terang kan tak antara 15-35(ratio:2.34) & 14-33 (ratio:2.36) mana lagi tiptop... Sedang kan ratio antara 2 saiz ni tk lari bnyk , tapi nak tau effect mainkan sprocket depan @ belakang...

    ReplyDelete