18.12.11

Makan2 penang 1 : jalan datuk koyah

Bila sebuat pasai tempat makan di penang, selalunya mesti ‘orang luar’ akan sebut nasi kandar “line clear”. Secara jujurnya, walaupon aku dok kat penang, tapi aku tak pernah lagi makan kat situ. Member aku cakap, orang yang pi nasi kandar line clear ni selalunya orang luar dari penang je. Orang penang dah jarang pi sana. Kata mereka, kotor. Tapi, betul or tak, aku tak pasti.

Oleh kerana aku ni agak kuat nafsu makan, dan pantang kalau ada member2 ajak makan, aku ingat, lepas ni, aku aku nak try post entry yang berkaitan dengan tempat2 makan kat dalam penang ni. saja. At least boleh la korang2 try nanti bila korang datang kat penang.

Sebagai permulaan, aku nak memperkenalkan “ABU”. Ada sesetengah orang panggil kedai ni “datuk koyah” oleh kerana kedai makan ni terletak di jalan datuk koyah. Kat sini, menu utamanya ialah roti. Walaupon terdapat menu2 sampingan seperti nasi , mee, dan magi goreng.
koordinat : 5°25'11.22"N  100°19'54.83"E

Antara roti yang pernah aku dan member2 aku order selalunya roti L.A, roti Hong Kong, roti samurai, roti taj mahal, dan banyak lagi. pernah satu hari tu, kami nak order roti millennium tapi nasir (pelayan kat situ) cakap, roti tu Cuma jual pada malam tahun baru ja.

Bila aku sebut roti, kalau ada yang dok fikir “eh, makan roti je? Boleh kenyang ke?”, korang boleh try sendiri. Aku takut nanti tak larat nak habis je, terutamanya roti taj mahal. Rekod kami, habiskan roti taj mahal dalam masa 18 minit. Siap sempat pi tandas lagi. Hehehe..
Dan bagi aku, tarikan utamanya ialah kat nasir, pelayan kat situ. Korang mesti terpukau la dengan skill dia masa dia “kira”. Ni video yang sempat aku ambik. Tapi tak dengar sangat sebab bising. 

Pha is

13 comments:

  1. best gila. kat mane ni ? tak penah dengar pon nama tempat ni.

    ReplyDelete
  2. nk dekat dengan komtar... try la... eh, tiba2 aku dapat idea. nnti masa aku nk grad, aku belanja korg makan kat sini la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wow..tertarik sgt tgk roti 2..tp,,x pena jejak penang lg..huhu

    ReplyDelete
  4. nanti kalau dah sampai penang, boleh la try.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wei.. nanti try lak kedai zulburger penang.... ada burger besaq punya untuk 4 org makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah try dah.. hehehe.. tapi masa tu, dah lama dah. time tu dia x de burger besaq lagi.. dia cuma ada burger 3tingkat je.. tapi mmg puas jugak la makan.. hehehe

      Delete
  6. Nampak sedap :D Nak try jugaklah..

    ReplyDelete
  7. mahal sikit kot, tapi still affordable..

    ReplyDelete