Sejak dari sekolah rendah lagi, aku dah mula berjinak-jinak dengan kumpulan nasyid sampailah aku kat matrikulasi. Tapi sejak dulu sampai sekarang, aku tak pernah keluarkan suara dalam mana2 pertandingan nasyid. Sebab kerja aku Cuma main perkesyen a.k.a perkusi  (alat muzik). Selalunya, perkesyen ni terdiri dari alat muzik yang memerlukan ketukan.

Kalau kat sekolah rendah dulu, alat muzik yang kami pakai Cuma 2 bijik kompang dengan satu tamborin. Time tu aku main tamborin. Kat sekolah menengah pulak, aku Cuma joint kelab nasyid, tapi x berkesempatan nak mewakili sekolah. Dan masa tu bidang “jurusan” aku kat kelab tu ialah darbuka.

Sejak tu, aku mula minat bermain darbuka. Sampailah ke matrikulasi, aku main darbuka untuk kumpulan nasyid yang mewakili matrikulasi aku ke peringkat zon utara.

Darbuka ni macam2 nama orang panggil. Ada yang panggil terkey, base, dan macam2 lagi. tu baru kat Malaysia, kalau kat negara2 lain aku tak tau la depa panggil apa menatang ni.

Bagi pendapat aku la, berbeza dari kongga (pekesyen utama dalam mana2 persembahan nasid) kerana darbuka tak banyak memerlukan skill. Apa yang penting ialah kepantasan tangan dan jari kerana secara asasnya, bunyi darbuka Cuma ada dua iaitu ketukan jari  di hujung permukaan dan ketukan tangan di tengah permukaan darbuka.

Dan masa dimainkan pulak, selalunya pemain akan letak darbuka di dua tempat. Sama ada di celah ketiak ataupon di celah kangkang. Hehehe....

Kalau kongga pulak macam2 jenis ketukan yang boleh dibuat. Ketuk jari rapat bunyi lain, jari renggang bunyi lain, pekup pulak bunyi lain, dan macam2 lagi.

Bahan badan darbuka pun ada macam2 jenis jugak. Yang paling murah rasanya yang diperbuat dari aluminium. Kalau nak elok sikit yang diperbuat dari kayu. Kalau nak yang sedap lagi, dari tanah liat. Dan permukaan atas selalunya dari plastik. Bahan lain pon ada jugak orang guna tapi so far, aku Cuma pernah jumpa yang plastic je.  

Kat bawah ni contoh video yang sempat aku rakam masa praktis nasyid kat kolej matrikulasi kedah. aku main darbuka, yang lagi satu tu djembe. layan... hehehe..