19.6.11

kenapa aku tak layan raja lawak @ maharaja lawak..



kat rumah aku memang tak ada astro. tapi nak kata aku tak pernah tengok langsung siri raja lawak atau maharaja lawak ni, tak jugak. ada la sikit2 aku pernah tengok. tu pon dari laptop member aku. jangan harap la aku nak simpan dalam lenovo aku ni.

dan antara sebab kenapa aku tak layan (enjoy) tengok siri ni adalah :


1. lawak kosong

kosong yang aku maksudkan di sini ialah tak ada isi. bahasa kasarnya ialah "lawak bodoh". kita tengok, kita gelak, then, sembang ngan kawan keesokan harinya mengenai betapa lawaknya peserta2 ni. lepas tu ajuk apa yang mereka kata or buat. selebihnya, aku "kurang" nampak pengisannya.

russell peters
tak kiralah pengisian yang macam mana pon. asalkan ada. contoh lawak yang aku tengok yang aku boleh gelak sambil dapat pengajaran ialah siri "how i meet your mother" (untuk keterangan lanjut, lihat entry ini). contoh pelawak lain yang aku rasa lawak beliau ada "pengisian" ialah Russell Peters. dalam lawak beliau ada je mesej yang tersirat.

tapi kalau lawak dalam maharaja lawak, boleh gelak je la... mungkin ada pengisian tu. tapi so far aku tak jumpa lagi. kalau korang jumpa, bagus la. tengok la selalu.. hehehe

kadang2 kesian jugak aku tengok diorang. memperbodohkan diri sendiri untuk benda yang "lawak"...

2. lagho

lagipon, bukannya elok sangat kalau selalu ketawa. bak kata bob lokman masa beliau tarik diri dari jadi juri untuk raja lawak : "kalau gelak selalu nanti cepat pulak 'pergi'nya ha..."


dalam bab ni, mereka2 yang lebih arif dalam bab agama mungkin lebih sedia maklum.. kalau bnyak ketawa kat dunia, nanti akan banyak menangis di akhirat. bukan tak boleh langsung, tapi berpada-pada.  

3. lawak kerana mereka pelawak. 

kadang2 aku rasa "lawak" mereka tu bukan sebab ianya lawak, tapi sebab ianya diluahkan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pelawak. contohnya, pernah sekali member aku melawak dengan aku.  dan dia ajuk lawak yang telah digunakan dalam maharaja lawak. tapi serius, sebagai seorang yang first time dengar, aku langsung tak rasa "lawak" kawan aku tu sesuatu yang lawak. 

aku : apa hang mencarut ni?
kawan aku : hang tengok tak maharaja lawak semalam?
aku : tak
kawan aku : patutla hang tak rasa lawak
aku : ok. so, "lawak" ko tu adalah lawak hanya kerana "lawak" tu digunakan dalam maharaja lawak... macam tu..?   

4. lawak ke?

bila aku tengok maharaja lawak sekali dengan member aku kat laptop dia, selalunya dia (member aku) dok ghenggah(pulun) gelak sedangkan aku tak tau pon apa yang lawaknya... sekadar jalan masuk then buat2 nak terjatuh, ape la sangat lawaknya.


10 comments:

  1. huish . mesti ang ni orangnya yang serius . ye ke ? hehe . sekali sekala senyum dan gelak sikit takpa kot :)

    Ini Bukan Hal Remeh Wahai Wanita

    ReplyDelete
  2. wahh ~ serious tuu . ce senyummm , haha :D

    ReplyDelete
  3. Tia : saya bukan org yang serius memanjang la... ada gak time saya gelak... tapi sebab benda lain la... bukan sbb maharaja lawak. yup. bukan tak boleh ketawa langsung, tapi berpada-pada la...


    nurul ain : tgh senyum skrg ni sbb baca komen ko... hehehe('',)

    ReplyDelete
  4. lawak ialah lagho..ya...btoi2...i also think about that..tp..kdang2 bla sdeh..tngok gak rncngn 2..tp ad had dy...

    ReplyDelete
  5. kepala plug : betul tu... klau skali skali tak pa la... hehehe

    ReplyDelete
  6. bagus, saya pun x suka maharaja lawak sbb citer tu buat lawak menipu, mengejek ustaz/ah, memakai pakaian menyerupai ppuan dsb... kalo kita tengok org buat dosa tp kita x leh nak buat apa2 maknanya??? anda fikir2kan sendiri :)

    ReplyDelete
  7. aisyah : maknanya kita selemah-lemah iman, sbb kita tak boleh nak tegur dengan "tangan" dan "lidah" tapi hanay boleh tegur dengan hati.,,

    ReplyDelete
  8. adehh, ingatkan nak cakap, maknanya kita pun sama2 buat dosa jugak... sebab kita seronok tengok orang buat dosa...

    wallahu a'alam

    ReplyDelete
  9. aisyah : itu kalau si penonton yang seronok tengok... tapi yg ni kalau yg jnis rasa meluat dan "tak senang" dgn bnda yg berlaku tapi x boleh buat apa2...

    ReplyDelete