3.5.11

some words that touch me

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

-unic



pagi isnin itu, pagi yang bermakna buat aku. pagi itu lah aku dibisikkan sebaris kata pujangga dari seorang sahabat. tentang masa depan kami.

segalanya bermula dengan peperiksaan organic chemistry yang bakal kami tempuhi pagi indah itu. dengan kadar fail yang tinggi dari senior2, kami tekad bersengkang mata, berbekalkan beberapa tin nescafe classic. demi cabaran sekepil kertas bernama "past year".

sesudah subuh menjelma, saat aku ke tandas, mandi menyegarkan badan sebelom menempuh dan mengharungi dugaan besar sebagai seorang pelajar, aku bersemuka dengan sahabatku ini.

setelah berbicara sepatah dua kata, aku bergegas ke "bilik termenung" untuk melunaskan hajat aku. namun, perbualan tetap diteruskan, walaupon terpisah dek sebuah pintu perang muda.

"kimia ni susah wei... sampai ada senior yang terpaksa extent. kalau boleh, aku tak mau extent." kata beliau

"korang boleh la.. aku ni mcam tak de harapan dah nak habiskan farmasi ni dalam 4 tahun. nampak gayanya memang nak kena extent.." balas aku sambil cuba meneran apa yang patut.

"wei, jangan la macam tu... hang kena pulun jugak... kita grad sekali la... tak best la kalau hang tak grad sekali..." ucap beliau pula.

saat itu, hatiku tersentuh... benar2 tersentuh dengan ungkapan ikhlas dari sahabatku ini. setelah berjaya meneran, aku masih memikirkannya dalam posisi mencangkung.

terima kasih kawan. karena mengingatkan aku... bahawa aku tidak keseorangan... aku ada kau, dan kawan2 kita yang lain.

maafkan aku sekiranya selama ini aku mementingkan diri. pelbagai suka dan duka kita lalui bersama. namun, saat aku putus harapan, aku langsung tidak memikirkan persahabatan kita. langsung tidak mengambil kira harapan korang untuk grad bersama.

insyaAllah, lepas ni, tekad aku adalah untuk grad bersama korang. tak mau lagi memikirkan extent. betol kata kau. jika sebelom ni sudah banyak perkara yang kita lalui bersama, susah senang, pahit manis, mengapa tidak grad juga bersama. tidakkah ianya indah..?




Pha is


4 comments:

  1. Never never never ~ FIKIR YANG NEGATIF! KENA POSITIF SOKMO..ANDA ADALAH APA YANG ANDA NIATKAN....

    good luck Pha Is...jangan hampakan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... thanks kak melur... ('',)

    ReplyDelete
  3. kawan sejati akan ada di samping kita tak kira time susah / senang. :)

    ReplyDelete