25.3.11

senyum masa nak ambik gambar. perlu ke?

kali ni kita nak preview gambar2 aku yang berjaya ditangkap. pernah sekali ada kawan aku merangkap awek kepada member aku yang seorang ni tanya kat aku, nape payah nak cari muka aku senyum dalam gambar. asyik2 buat muka tak puas ati jew. contohnya macam kat bawah ni:

 perasan x? aq tak senyum kan? kalau nak senyum sikit pon macam kat bawah ni jew :



 atau kadang2 aku buat muka sengal. macam ni:

 cuma jarang2 jew gambar aku senyum berjaya ditangkap. contohnya macam kat bawah ni:


aku sebenarnya "kurang selesa" kalau aku senyum depan kamera. sebab aku rasa macam aku ni tak betol. senyum sorang2 tanpa sebab. hanya kerana ada orang nak ambik gambar aku.

kecuali ada sebab2 yang tertentu. contohnya, dalam gambar yang terakhir sekali tu. time tu aku baru abes menang main bola tampar kat karnival sukan cekak (KSC) di USM kampus kejuruteraan. mesti la aku seronok dan sebab tu la aku senyum. 

dan kalau aku senyum walaupon tak bersebab, niat aku sebenarnya senyum kat orang yang pegang kamera, dan bukannya kat kamera. at least dapat gak pahala sedekah. kalau senyum kat kamera, aku rasa sama la macam senyum kat tabung masjid. sedekah jugak, tapi ade manfaat kew? hehehehe... 

dan antara lainnya ialah kadang2 aku rasa muka aku lebih seswai buat muka garang dari muka senyum. contohnya macam kat header blog ni. seswai kan? kan, kan, kan? hehehe...

sekian...

Pha is

8 comments:

  1. weh, senyum itu sedekah okay...
    mana ada senyum sorg2 gila.. tu ko nye pndgn je... org len ckp gini: "asal la mamat tu x murah ngan senyuman... mesti emo dia nih" contohnya la :P
    and stiap kali org tgk gmba ko yg trsenyum tu, sedekah ape~ bukan stakat sedekah kat kameraman je tau~ ^^

    ReplyDelete
  2. =_=".... ok.. fine....
    tapi serius senyum aku buruk skit... hehehehe

    ReplyDelete
  3. sume senyum lawa je...
    bersyukurlah yg ko leh senyum~ ^_^

    ReplyDelete
  4. Saye pun tak suka senyum depan kamera xD Tapi bila dilabel sebagai budak pelik dan perosak gambar.. hmm.. sometimes adalaa saya senyum~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ni zaman dulu la.. entri ni pun tahun 2011.. skrg dah boleh senyum dah.. hehehe..

      Delete
  5. Pha is samalah macam bunda...susah sangat nak senyum masa bergambar...apa lagi gambar sorang...

    Ntahlah bunda rasa macam tak ikhlas je 'senyum buat2' tu....lainlah bagi mereka yang suka berselfie ..dah sah2 macam2 ekspresi muka dan senyum di lontarkan...ngalahkan model..hehe..

    ReplyDelete