18.2.11

tangis dan air mata_4







sambungan dari entry tangis dan air mata, tangis dan air mata_2, dan tangis dan air mata_3 sebelom ni.


dan adapun merurut ibnu qayyim, Tangisan itu ada 10 jenis iaitu:

  1. · Menangis kerana terlalu sedih.
  2. · Menangis kerana terasa hina dan lemah
  3. · Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
  4. · Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
  5. · Menangis orang munafik - pura-pura menangis
  6. · Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
  7. · Menangis kerana rasa takut
  8. · Menangis kerana cinta
  9. · Menangis kerana gembira
  10. · Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
MySpacetangis pon ada yang elok, ada yang tak elok. contoh yang tak eloknya seperti meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. 

MySpacecontoh yang elok pulak ialah seperti tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.





Tangisan juga dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: 
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata yang tak di tuntut yang sering berlaku dalam kehidupan harian kita:

  1. · Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
  2. · Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  3. · Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  4. · Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
(dipetik dan diolah dari http://janganbersedih.blogspot.com/)







MySpacep/s : sama2 lah kita ambil iktibar dan pengajaran... sob2...



5 comments: