Tuesday, August 22, 2017

Calon suami perokok?


Calon suami perokok?


Tiba-tiba aku terjumpa balik gambar quote yang kat atas tu bila aku tengok kat facebook memories. Lantas membuatkan aku terfikir dan tertanya-tanya.

Sebabnya, banyak perempuan yang aku jumpa (yang single terutamanya) bila aku Tanya pendapat mereka berkenaan lelaki yang merokok, hampir semua cakap yang diorang tak suka. Ciri-ciri calon suami idaman bukan perokok kata mereka.

Tapi Kalau semua perempuan boikot lelaki perokok untuk dijadikan suami, mesti lelaki perokok tak kahwin-kahwin, kan?  Cuma hakikat sekarang kita tengok ramai je lelaki perokok yang kahwin. Malah jodoh diorang macam lagi mudah dari yang tak merokok ni.

Haha.. bukan niat aku nak persoal jodoh orang. Just curious. That’s all..

Terima merokok sebagai kekurangannya?



gambar diambil dalam 1 experiment yang kami student farmasi kena buat bagi mengkaji kaitan antara nicotin dan isipadu air kencing yang dihasilkan.

Tapi, apa pulak pandangan isteri-isteri yang telah berkahwin dengan lelaki perokok? Adakah disebabkan suami mereka tu hensem, lantas soal rokok diketepikan?

Atau mengganggap itu hanya sekadar kelemahan seorang manusia yang tak akan pernah sempurna? setiap orang ada kelemahan kan? kata orang, bila dah suka, kita akan terima segala kekurangannya. so, betul ke?

that's my girl.. well, soon to be.. insyaAllah..  

Again, jangan la kecam aku. Hahaha.. aku Tanya je.. ramai je member aku yang merokok. Aku lepak je dengan diorang. Tapi  itu tak bermakna aku redha dengan gaya hidup diorang.

Jadi, dikesempatan ini, aku nak try buat undian. Hanya untuk perempuan. Yang dah kahwin pun boleh jawab. Nak Tanya pendapat je. That’s all.. thanks.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. Part ni akak ni komen. Tapi sebagai en. Hb, beliau sangat menjaga part nak merokok. Memang bila keluar date seboleh mungkin beliau tak merokok.. sampailah dah ada askar2 kecik ni.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la.. pujuk2 la dia berhenti terus, insyaAllah..

      Delete
  2. bf dgn ayah perokok kah alhamdulillah masih hidup lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. "bf dgn ayah perokok kah"

      ni pernyataan atau soalan? hehehe

      Delete
  3. Susah juga nak komen bab jodoh n pertemuan ni tapi lelaki/perempuan janganlah merokok

    ReplyDelete
  4. membe pompuan ak tak suka kalo laki merokok.. kalo nsem tapi merokok dia tak nak sebab bau kuat boleh dia muntah.. hahaha.. tp ada je yg tak kisah..

    ReplyDelete
  5. dah xde pilihan .. kalau nak tunggu lelaki x perokok mmg sampai ketua laa.. tp alhamdulillah mama jumpa yg x merokok..syukur

    ReplyDelete
  6. Arwah ayah tak merokok ... so memang tak hingin lah kaki rokok ni ;)

    Masa kenal encik suami dulu pernah tanya, "merokok tak?" Dia kata dah berhenti. Tapi ngandung anak pertama dia kantoi merokok. Adoiii. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kahwin acaner???

    Ni dah anak 5 katanya dah stop terus dah ni. Dia kata ambil masa lama nak stop. Tapi saya selalu cakap "Kalau tahu dulu merokok, tak hingin kahwin" hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. nasihat la dia.. dorong dia supaya berhenti..

      Delete
  7. selalu orang cakap kita takkan dapat apa yang kita nak...tapi alhamdulillah saya dapat lelaki tak merokok..alhamdulillah..hehehe

    ReplyDelete
  8. susah juga nak kata ni..apapun kalau si dia memang merokok kena suruh dia merokok jauh-jauh dari kita la kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. knapa tak pujuk / nasihat / minta dia berhenti terus.. itu lebih baik.. heheh

      Delete
  9. lelaki boleh join poll ini tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tukar je la soalan tu.. pendapat kalau dapat calon isteri merokok?

      Delete
  10. huuurm dats why kot ceq x kawen2 gi smpai skrang hahaha..

    ReplyDelete
  11. Hehehe biasa laa nak buat camne pha is kalau dah jodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jodoh, ajak la dia berubah kearah yang lebih baik... :)

      Delete