Tuesday, July 18, 2017

Hukum hebahkan pertunangan


Korang mesti pernah dengar kan orang sebut yang rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan? Tahu tak ianya datang dari satu hadis yang yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة

Maksud : zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan

Status hadis : Dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Namun terdapat pula hadis lain riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA yang menyebut iklankanlah pernikahan" tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan." Dimana hadis ini dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil

Jadi, boleh atau tidak menghebahkan pertunangan?


Dalam hal ni, aku suka dengan pandangan Hilal Asyraf (langitilahi.com) yang berpendapat hukum tidak patut sebar pertunangan itu bukan qat'ie dan menganggap bahawa 'menghebahkan pertunangan' itu hukumnya harus. Tidaklah pula digalakkan, dan tidaklah pula jatuh kepada haram.(Hilal Asyraf, 2011)

Lagipun, merahsiakan pertunangan itu tidaklah sesuai untuk semua keadaan, malah perlu diberitahu jika ada yang bertanya. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan ataupun salah faham. Mungkin pihak yang bertanya mempunyai tujuan untuk bertanya 'hajat' orang lain atau diri sendiri.

Pandangan yang menguatkan hebah pertunangan


fatwa daripada ahli majlsi fatwa Kuwait, Dr Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi, yang menyatakan:
"Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian)."
Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604

fatwa di laman Islamqa yang diketuai Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid:
"Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya."
Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069

Pandangan yang menguatkan rahsia pertunangan


Sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki.
Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis:

Mafhumnya: “Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.” (HR al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)

Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki

Kesimpulannya…


Jadi, siapa yang nak hebahkan, silakan. Siapa yang nak diamkan, tak ada masalah. Masalahnya bila marah orang hebahkan berdasarkan hadis dhaif tersebut walhal hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujjah. Nak amalkan untuk diri sendiri boleh. Nak buat hujjah kata kalau hebahkan tu haram, tak boleh.

Semuanya ikut keadaan dan situasi. Ada orang, dia perlu hebahkan pertunangannya. Takut ada orang lain mengorat, takut ada kawan pendam perasaan pada tunangnya lama sangat nanti sampai mereng bunuh diri ke apa ke bila tahu rupanya dia pendam perasaan lama-lama dekat tunang kawan dia, dan macam-macam lagi. 

Ada orang pula, dia rasa dia perlu sembunyikan pertunangannya, kerana takut tak jadi katanya. Takut orang dengki katanya. Baik, itu satu alasan yang baik. Tetapi itu tidaklah menukar hukum yang sebenar.

Akhirnya, terpulang kepada tuan punya tubuh untuk menilai keadaan diri sendiri. Kita lebih mengetahui situasi diri kita berada pada keadaan yang mana satu. sebar bagi siapa yang rasa keadaannya patut sebarkan. Sembunyikan, bagi sesiapa yang rasa keadaannya patut sembunyikan.

Yang penting, benda ini(sebar pertunangan) adalah muhtamalah(optional, pilihan). Wallahu a’lam

Sumber dan rujukan
1. Hilal Asyraf. (2011 Dec 19). Orang marah bila sebar(hebah) pertunangan. Status facebook. Dipetik dari https://www.facebook.com/HilalAsyrafOfficial/posts/321602457864205
2. Wan Muhd Ali. Betulkah Ada Hadis “Rahsiakan pertunangan, war-warkan perkahwinan”?. Cahayaislam.net. dipetik dari http://wanwma.com/agama/betulkah-ada-hadis-rahsiakan-pertunanganwar-warkan-perkahwinan/

12 comments:

  1. apa apa pown...tahniah sekali lagi pada pha is dan tunang...cantik keknye....

    ReplyDelete
  2. setuju, tapi pada pendapat Nurrul kalau tidak ada yg bertanya, seeloknya yg tahu saudara mara terdekat sahaja. Al-maklumlah, nak bina sebuah masjid, ada yang suka dan ada yg tidak suka. Jadi syaitan sentiasa akan menganggu anak adam.

    ReplyDelete
  3. Pilihlah ikut keselesaan dlm membuat keputusan ada pro kontranya yg harus xwajib.

    ReplyDelete
  4. betul la tu..tapi zaman teknologi sekarang semua benda nak dihebahkan.... tukar pampers anak pun nak bgtau kat facebook

    ReplyDelete
  5. Selamat bertunang buat Pha Is dan bakal isteri.

    ReplyDelete
  6. Selamat bertunang pha is....tunggu jemputan kenduri pulak

    ReplyDelete
  7. apa2 pun... tahniah!!! jgn lupa jemput kami mkn nasi myk yaaa ;-)

    ReplyDelete
  8. Bertemu juga calon idaman hati. Slmt bertunang :)

    ReplyDelete