27.6.17

Salam Aidilfitri 2017


Dah hari raya yang ke-3 baru aku teringat nak tulis entri pasal hari raya. hahaha.. nampak sangat mood berblog aku dah semakin susut. Jadi, dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya buat semua pembaca blog aku ni. Walaupun dah agak terlambat, tapi orang kata selagi syawal masih ada. kan!

Salam Aidilfitri 2017






Semoga dengan keberkatan Ramadhan
Agar dengan kemuliaan Syawal
Dapat menjadi mahar seorang hamba
Untuk Melamar cinta Tuhannya

Minal aidin wal faizin
Taqabbalallahu mina wa minkum
Salam aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 

dari saya, Pha Is dan keluarga


macam mana dengan raya korang pada tahun ni? family aku agak kelam kabut jugak la untuk sambutan raya tahun ni sebab dalam family aku, ada dua beradik yang nak bertunang! selang sehari je jarak dia. Sorang raya ke-5, sorang lagi raya ke-6. nampak tak pening dia tu macam mana. hahahaha..

sapa yang bertunang? nanti aku cerita lain.. jeng jeng jeng...

Jom Mulakan Puasa 6


Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

*hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. (Dr. MAZA, 2015)

Dah habis puasa sebulan Ramadhan, jangan lupa pula puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni.. puasa sebulan boleh, tak kan 6 hari tak boleh, yer dok. Tapi aku ni pun nafsu makan kuat jugak. tak mula pun lagi puasa 6 ni. Dugaan banyak. hehehe..

Tak pe, kita cuba jugak berusaha untuk puasa 6 sama-sama, insyaAllah..





24 comments:

  1. Mood blogging saya tetap konsisten.

    Trafik sahaja yang kurang mood..

    Selamat hari raya Aidilfitri tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mood konsten, nnti dia naik la tu.. hehehe

      Delete
  2. selamat hari raya.. maaf zahir batin =)
    nak duiiit raya pleaase hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet duit raya tengah kna cut.. ekonomi x beberapa nk elok.. hehehe

      Delete
  3. selamat hari raya pha is.. maaf salah silap kita selama ni hahaha . dok pekena kt seoul garden etc 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. lama punya cerita la ni baru nk mntak maaf.. hahaha

      Delete
  4. Selamat hari raya pha is. Maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya phais maaf zhr btn..phais nkbertunang ke tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay.. 1st yang perasan bab tunang.. hehehe

      Delete
  6. selamat hari raya. baru mula puasa 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. baru start jugak.. xpe, slow2..

      Delete
  7. selamat hari raya...eeeh beza plak tarikh tunangnye? lain jantina kowt....ke xnak salah pinang...hehehe....

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya Pha Is mohon maaf zahir dan batin.
    Sesiapa pun yang bertunang tu 'selamat bertunang Mrs. A ucapkan'

    ReplyDelete
  9. mat ri ye, hihi,
    selamat hari raya pha is,
    sila up 'entry' tersebut cepat skit ehhhh

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Selamat bertunang buat yang bertunang tu semoga dipermudahkan..

      Delete
  11. Selamat Hari Rayaa! Maaf Zahir & Batin :)

    ReplyDelete