29.5.17

Ramadan Buffet di The Northam | Selera Kampung

Sebelum tu, disini aku ambil kesempatan nak ucapkan salam Ramadhan buat pembaca blog aku ni. kalau hari biasa soalan paling susah mesti "nak makan kat mana," tapi bulan puasa ni mesti soalan dia "nak berbuka kat mana" kan?

Kalau tetiba rasa nak berbuka kat hotel, atau ada plan nak buat event berbuka puasa ramai-ramai, korang boleh try Buffet Ramadhan di The Northam Hotel ni. Serius puas hati.


Ramadan Buffet di The Northam | Selera Kampung  



Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, Northam All Suites Hotel dan Executive Chef Din membawakan kepada anda semua Ramadhan Buffet yang bertemakan Selera Kampung bermula dari 2 hingga 23 June 2017, jam 7pm hingga 10pm.

again, muka aku bila nampak kambing golek.


Antara menu berbuka puasa yang dihasilkan secara tradisional termasuklah  Kambing Golek, Ulam ulaman, Rendang Daging, dan banyak lagi masakan menyelerakan yang diinspirasikan oleh masakan kampong melayu tradisional yang ditambah dengan ramuan yang segar.

stall ulam-ulaman


Tempat Berbuka Yang Unik


stall buffet ramadhan atas roof top!

Bagi aku, yang paling special di sini adalah lokasi buffet diorang. Kalau hotel lain selalunya buat kat dalam dewan tertutup, buffest kat sini lebih ‘open’ sebab dia buat kat roof top! Dengan berkonsepkan “The hawker stall”, korang boleh menikmati juadah berbuka puasa yang sangat istimewa ditambah pula dengan lokasi buffet ramadhan yang terletak di kawasan “Roof Terrace” yang berada di tingkat 9!

antara aneka juadah tersedia berkonsepkan stall

juada stall


Dengan permandangan laut yang cantik ditambah pula meja makan ditepi kolam renang, satu suasana yang tak mungkin korang boleh lupakan. Apa yang menarik lagi, waktu berbuka puasa tu korang boleh tengok matahari terbenam! Serius, aku tak boleh move on dengan tempat buffet dia. Sangat special!

ais kacang!


Harga Buffet Ramadhan @ The Northam 


Harga pun berpatutan. Bagi dewasa Cuma RM88 dan RM54 bagi kanak-kanak yang berumur 4-11 tahun. Bagi aku murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang pernah aku berbuka puasa. Dah la tempat kat roof top boleh tengok sunset! Apa lagi korang mau? Hahaha..

Tak cukup dengan tu, siap ada promosi lagi! Pihak Northam jugak ada buat promosi beli 9 dapat 1 free seat! Kalau korang ada 10 orang, bayar untuk 9 orang je!  Manakala bagi tempahan yang seramai 30 orang atau lebih, Northam Hotel boleh arrange supaya korang dapat tempat yang private dan special sikit. Gila special! Hahaha..

Kemudahan Surau yang Selesa



Tak perlu risau untuk solat kerana surau disediakan. Hari tu aku pergi, dia prepare 1 bilik kahs buat surau, dan bilik tu agak luas. Boleh solat dengan selesa. Lepas tu sambung makan! Hahaha..

Untuk Maklumat Lanjut





Untuk maklumat lanjut, boleh contact di nombor 04-370-1111. Kalau rasa renyah nak call, jangan risau, korang boleh whatsapp je. Boleh try whatsapp kat nombor bawah ni :
Lynn 017-428-8545
atau
Nabilah 016-426-9652

21 comments:

  1. SALAM RAMADAN SEDAPNYA MENJAMU SELERA BERBUKA PUASA

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa..kampung style tu yang paling best sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Sedap sekali photo nya, pas puasa lagi. Selamat berpuasa ya, salam kenal. Blogwalking

    ReplyDelete
  4. waduhhhhh kambing tergolek2 tuuuuu

    ReplyDelete
  5. Kambing golek sini memang marvelous saya dah cuba.

    ReplyDelete
  6. SALAM RAMADAN UNTUK PHA IS. MEMANG MERECIK AIR LIUR

    ReplyDelete
  7. Meriah nya macam macam makanan ada :)

    ReplyDelete
  8. Uih selera kampung tu yang best tu. Selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
  9. semua buffet hotel nampak sedap2.. hahaha
    nanti mai la tgk kerang vistana.. coming soon

    ReplyDelete
  10. Ramadhan Kareem Faiz.
    Dugaan di bulan Ramadhan nih! tengok gambar kambing tergolek-golek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh! baru perasan dah tukar ke new blogger template ya

      Delete
    2. saja nak cuba try test.. hahaha

      Delete
  11. ritu posa xdak pun bukak kat hotel.. semuaaaa param saja hehe

    ReplyDelete