Thursday, May 25, 2017

Maintenance Yamaha YZF R25

Kali ni aku nak kongsi pulak maintenance yang aku dah leburkan kat motosikal aku, Yamaha YZF R25 a.k.a Gadis Bertudung Biru aku tu. Mana tau kot-kot ada yang berminat dan dalam plan nak angkat R25, boleh jugak tengok-tengok dulu maintenance dia macam mana

have you?


Maintenance Yamaha YZF R25


Tapi sebelum tu aku nak declare siap-siap yang maintenance yamaha YZF R25 aku mungkin tinggi sedikit berbanding orang lain sebab penggunaan aku yang sangat-sangat kerap. sehari sahaja dah pakai buat pergi kerja dalam 80km pergi-balik. Itu tak termasuk jalan-jalan makan angin koner lagi.

jalan-jalan makan koner dalam misi tawan tanah tinggi, 3 hari 2 malam.


Purata mileage aku untuk pergi kerja sahaja dan sebanyak 20,800km setahun (80km sehari x 5 hari seminggu x 52 minggu setahun). Dan untuk keseluruhan mileage aku guna, dalam masa setahun adalah lebih kurang 35,000km

Bagi lebih memudahkan cara kira, aku bahagikan kepada dua. Maintenance wajib dan maintenance sunat.


Maintenance wajib



Mentainance wajib ni adalah maintenance bagi menjaga prestasi motosikal supaya sentiasa tip-top. Tak boleh kalau tak keluarkan duit untuk yang ni. So, pecahan benda wajib ni termasuklah:

Minyak Hitam
Liquid Molly semi synthetic RM40 sebotol, setiap 3,000km tukar 2 botol
35,000 km bahagi 3,000 km  kali 2 botol (RM80) = RM933

Oil Filter
RM40 tukar setiap 6,000km
35,000km / 6.000km x RM40 = RM233 setahun

Tayar belakang
ikut jenama, saiz, dan kedai. aku bagi purata dalam RM300 yang biasa-biasa punya. Sebijik dalam 10,000km lebih, kalau bawak cermat jaga tayar, boleh pergi 15,000km tapi dah tak umph... Dan sebab aku selalu keluar ride, kondisi tayar kena sentiasa tip-top.

jangan guna sampai lunyai macam ni. hahaha..


So, aku jaga 10,000 hingga 12,000km, aku tukar terus. Lagi-lagi kalau ada orang ajak ride. So, kita kira 10,000 km la senang. Kalau korang jenis sayang duit, boleh lajak sikit part tayar ni. aku tak sayang duit. aku sayang nyawa. hahaha..


35,000km / 10,000km x RM 300 = RM1050



Tayar Depan
Kenapa aku asingkan tayar depan dengan tayar belakang? Sebab tayar depan lambat haus. tayar belakang yang paling banyak "buat kerja". tayar depan kalau korang selalu ride makan koner, baru cepat habis. so, aku selalu tukar selang seli dengan mileage tayar belakang.

2 kali tukar tayar belakang, baru aku tukar tayar depan. harga murah sikit dari tayar belakang. Tapi aku letak je dulu RM300 kat sini supaya korang prepare the worst. hahaha..

So, 35,000km / 20,000km x RM300 = RM525

kadang-kadang kena prepare for the worst, contoh bila tetiba tayar kena paku


Brake pad
mileage brake pad bergantung kepada aggressiveness cara korang bawak. Aku baru ni pakai dalam 13,000km ++. Rasanya boleh lajak lagi.. Terutamanya kalau bawak cermat,  dan sebab aku pentingkan cengkaman untuk prestasi, aku tukar je kalau dah nak nipis. demi keselamatan.

Aku bagi contoh, kalau brake pad racing boy, RM110 untuk depan belakang.

35,000km / 14,000 km x RM110 = RM275

Bateri

Bateri ni aku tanya otai-otai dia macam tak specifik sangat ikut mileage. kalau problem, memang kena tukar. kalau tak problem, rekomended untuk kegunaan 2 tahun. so, setahun harga dia kita bahagi 2. baru ni aku tukar pakai jenama Bike master, biasa-biasa je. RM 170

kegunaan setahun = RM85

Rantai
Rantai konsep dia, pandai jaga, dia tahan lama. malas basuh, malas buh minyak, cepat lingkup. aku pakai dalam setiap 20,000km la jugak. boleh lajak lagi kalau cermat. aku tukar baru ni RM320 1 set, rantai jenis X-ring.

rantai emas untuk #GadisBertudungBiru


35,000/20,000 x RM320 = RM560

TOTAL MENTAINANCE WAJIB = RM3661 SETAHUN


Maintenance Sunat


maintenance ni tak wajib. selalunya untuk nak bagi lawa, modify, dan sebagainya. so far yang aku dah belanja untuk 1 tahun ni adalah :

Ekzos full system custome made


footrest racing : RM230
brake lever guard : RM70
buang ekor + tambah signal belakang : RM180
Ekzos full system : RM1600
setting angin : RM60

fork adjuster.
kalau suka layan corner, boleh pasang ni.
kalau bagi lowered, lagi rekomended.


Fork adjuster : RM150 (ada kedai jual tak sampai RM100 pun! silap aku x survey)
Spa (basuh + cuci rantai + wax) RM20 x 24 = RM480

TOTAL MENTAINANCE SUNAT : RM2770

Total keseluruhan : RM6431 Setahun

Aku ulang sekali lagi, aku punya maintenance banyak sebab kegunaan mileage aku tinggi. Kalau korang jenis pakai weekend ride seronok-seronok je, yang wajib tu boleh bahagi 3. So, kalau modify sama macam aku, dalam RM3990. RM4,000 la senang cerita.

So, macam mana? Ini baru 250cc. Memang rendah sangat-sangat mentainance dia kalau nak dibandingkan dengan moto superbike 500cc keatas. Yang tu lagi berganda.

tepuk dada, tepuk kocek, tanya diri.. hehehhe..

29 comments:

  1. Todia, mkn duit jugk ye, mcm kereta jugk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dok macam menang moto ni lagi daripada kereta.. hahaha

      Delete
    2. aku pun dok rasa moto ni lagi win berbanding kereta drpd segi servis. hahaha... 6x kali ganda aku servis kereta aku (tapi dah abes warranty la).

      Delete
    3. hahaha.. kan.. memiliki moto besar memerlukan pengorbanan yang tinggi.. hahaha

      Delete
  2. Todia, mkn duit jugk ye, mcm kereta jugk..

    ReplyDelete
  3. Kalau harga maintenance mcm tu mampu tgk n sentuh je x mampu memiliki

    ReplyDelete
    Replies
    1. mampu bermimpi pun boleh.. hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. x jugak.. kalau dah minat, apa pun jadi.. macam sis Jm la.. jalan travel merata.. obesea plak tu.. org mesti ingat JM kayo.. hahaha.. padahal saya ada kawan suka travel.. saya tau diorg hari2 ikat perut semata nk kumpul duit nk travel..

      nak seribu daya.. hehehe..

      macam tu la lebih kurang

      Delete
  5. hehe.

    tp kedai motor ada kol suh bawa motor r25 tu. tak sure mslh apa.

    tp mmg btul maintenance tinggi. pape pun, tahu pakai dah tentu tahu cmne kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, itu recall.. dah 2 kali dah moto R25 ni dipanggil untuk buat recall kat Malaysia nih.. wlaupun x de rosak apa2, tapi sebab ada banyak kes error/kerosakan melibatkan sesetangah part dalam moto tu.. so, diorang panggil balik semua moto R25 untuk tukar bahagian tu..

      Delete
  6. fenin kepala tgk maintenance dia. harap lah dapat isteri yang memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal isteri dah tengok. so far macam still boleh memahami .. siap dah bagi kebenaran nak keluar ride.. hehehehehe

      Delete
  7. wahhh good sharing hehe teringin nak cuba naik moto camni tapi gayat hahaha minat tu ada lah sikit.

    ReplyDelete
  8. Mesti ramai yg berminat tu salam Ramadan

    ReplyDelete
  9. org berada ja mampu... kami naik moto honda jd la

    ReplyDelete
    Replies
    1. honda besa laa.. selamat berpuasa noh

      Delete
    2. honda biasa tu honda apa? RS150? CB650F? atau honda goldwing? hahaha

      Delete
  10. pehhh..konar baring kat kuala klawang keluar karak..cara

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni x tau pun pasal jalan karak-klawang tu.. lepas google, tgok jalan macam best.. nnti nk try la.. heheh

      Delete
  11. bla dah ada kenderaan sendiri ni kan part yg palinggggggggggggggggggggggg sy x suka adalah..... tayar kena paku warrghhhhhhhhhhhhhhhh boleh hangin 1 badan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta kalau tayar pecah, ada spare tyre..
      moto kalau pecah, habis terus.. hehehe

      Delete
  12. pernah. time hujan. <-- menjawab soalan gmbr yg mula2. hehehe...

    boleh tahan gak servis setahun.
    ni kalau dah kahwin ni, kena kurang2 kan dah guna motor tu.
    wife confirm bising nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far x sedih pun time hujan.. rilex je redah.. cmua kadang2 malas je sbb nk kna sarung baju hujan.. hehehe.. so redah je hujan tu macam budak2 main hujan kegirangan.. hahaha

      x bleh nk kurangkan penggunaan moto la bro.. dah pakai utk pi kerja hari2.. hahah..

      Delete
  13. nice broo .... alang² tu nak tanya maintenance yamaha R25 ni dengan ktm rc250 ni jauh berbeza ke sama je ... sebab ada sesetengah kata ktm kos maintenance lg tinggi nak bandingkan yamaha nii, sebab ktm erop punya buatan .. so ape pendapat bro... saya tengh servey sama ada nak ambik r25 atau rc25 untuk kegunaan pegi keje dan bawak jalan² ... pinta pendapat... ����
    nak pakai 600 belum ready lg so nak biasa kn dengan 250 dulu .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pndapat saya la, klau mentainance hmpir sama. Saya bg contoh kt atas tu, mnyak itam, tayar, rntai, bateri, brakepad, smuanya sama ja...

      Kecuali klau ada part yg rosak yg mmg specifik ktm punya n cma bleh gnti dgn brg ktm saja. Cntoh mcm coverset, brg2 dalamn enjin, dsb, Yg tu mgkin mahal skit.

      Delete
  14. As salam.. thanks sharing pasal maintenance r25.. saya pon bru angkat r25, bru habis pantang 1k nk tukar minyak hitam.. tengok pde maintenance cost ni lbey kurang dengn motor cbr250 saya pkai 5 tahun lepas.. saje swap dr single piston nk pkai double.. memg tak dinafikn power r25 memg lbey dr cbr250.. tp maintenance & fuel consumption cbe 250 memg lg jimatle.. saya ulang alik keje hari2 dlm 90-100km gk.. sebabtu malas nk upgrade cc lg beso sebab dh thu penglaman 5 thun layan 250 punye maintence..lg beso cc lg beso maintenance..

    ReplyDelete