Skip to main content

Kenapa nak try ex kepada kawan sendiri?


okay, entri ni sebenarnya berkenaan tweet yang aku quote berkenaan ex-kepada member. aku quote tweet kat bawah ni sebab aku rasa macam ianya satu fakta. Sebab aku sendiri pernah rasa benda yang sama.



well, tapi aku ni tak pernah pun sailang mana-mana ex member aku. Cuma sekadar bergurau je bila aku tanya member aku tu. Tak ada niat pun nak try. hehehe.. tapi crush tu ada sikit

But then seorang kawan perempuan aku tanya aku, kanapa lelaki kalau kawan dia baru lepas clash, dia nak try perempuan (ex kepada member dia) tu, tak macam perempuan kalau kawan perempuan diorang clash, semua kawan diorang akan benci lelaki tu.


hmm.. aku rasa benda ni ada sebab kenapa kes lelaki tak sama dengan kes perempuan. aku nak terangkan kat kawan aku tu kat twitter pun, panjang jawapan dia. dah la twitter kedekut perkataan nak tulis. hahaha..

so, aku terang kat blog je la.. tak ada limit huruf. baru puas hati! haha..


Kenapa nak try ex kepada kawan sendiri?


sebanya, lelaki ni dia kenal sangat member dia. maksud aku, kenal perangai buruk baik kawan dia. sebab dia tak memilih, kawan yang buruk perangai pun dia kawan jugak. bagus tak lelaki ni? hehe.. Yang penting, kena pandai bawak diri la, jangan mudah terikut dengan benda yang buruk.

so, kadang-kadang, bila jadi macam ni, kita tau yang masalah dalam relationship tu, kawan kita sendiri. perempuan tu baik je. so, if diorang dah tak ada apa-apa, dan kau pun berkenan, apa salahnya kan?

so, its not a matter of why....  but why not?

tak macam perempuan. kalau kawan diorang dah break tu, kawan dia je yang betul. LELAKI SEMUANYA SAMA! LELAKI SEMUANYA TAK GUNA! hahaha..

ni pendapat aku je.. apa plak pendapat korang? ce komen sikit...


Comments

  1. hahaha....setuju juga bab bila perempuan break habis semua kawan lelaki boyfriend dia pun jadi jahat....kawan dia ja yang betul...

    lelaki rileks ja kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. salah macam mana sekali pun, kawan dia jugak yang betul.. lelaki x betul.. lelaki jahat.. lelaki semuanya sama.. hahaha..

      kita rilex je.. maybe kawan kita tu jadi asbab jodoh kita dengan perempuan tu.. hehehe..

      Delete
  2. sebab tu berbeza pemikiran lelaki dan wanita. kalau saya pun memang tak kawan dah la semua org

    ReplyDelete
  3. setuju kebanyakannya mmg mcm tu..mgkn betul apa yg pha is cakap..dia lebih mengetahui siapa kawan dia...

    contoh sebaliknya kalau kawan dia lelaki baik then break up dengan that girls..mesti something wrong dekat perempuan tu..xkan nk try juga kan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol.. ikut situasi la.. kalau dah kawan si lelaki tu mmg bagus, dan ternyata perempuan tu yang bermasalah, mamg tak akan try pun.. hahaha

      but still x kan ada lelaki yang akan kata "perempuan semuanya sama".. hahahaha

      Delete
  4. kihkihkih...tpi klu kita kenal buruk baiknya dan tahu sapa sebenarnya yang salah ok je kan....

    ReplyDelete
  5. ya lah..selalu terjadi begini..asal si perempuan tu dah break dgn bf dia misti tak mau dah berkawan dengan kawan-kawan si ex tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kes yang saya maksudkan ni kalau lelaki n perempuan break, kawan kepada perempuan tak akan berkawan dengan lelaki tersebut tapi kawan kepada lelaki tersebut tak kisah pun kawan dengan perempuan yang clash tu.. heheh

      2. bukan kes prempuan yang break tu tak nak kawan dengan kawan kepada ex dia.

      3. tapi ada je kes terjadi kat saya dimana perempuan (ex kepada kawan saya) tu okay je masih berkawan dengan saya.. x ada la nak benci terus.. interact je kat komen2 kat fb.. hahaha..

      so, ikut jenis situasi jugak la..

      Delete
  6. Hmm gitulah kisahnya org pompuan ni sensitif

    ReplyDelete
  7. haha..btul..agree jg.prmpuan klo mbr dorng clash mmg xska dgn llaki tu..dlm otak dah set tu llaki tak gune..haha opss sorry.i know not all kannn ^o^ dan stju jgk utk pihak llaki.if ex mbr korng tu good,baik akhlak (tp xtau pasai pa dorang putuih) pe slh nk try kan..klo da jodoh ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada jodoh.. mana tahu kan.. hehehe

      Delete
  8. Betullah ikut situasi kalau dah memang kawan kita yang lelaki tu salah dan ex dia ok baik why not berkawan dengan ex tu.

    ReplyDelete
  9. I ada sorang kawan perempuan. Sekarang dia dah kahwin. Tapi sebelum dia kahwin, dia pernah 'berkawan' dengan 3 orang lelaki termasuk suami dia yang sekarang. And fyi, 3 orang lelaki tu kawan baik okey. Masa tau kawan tu kahwin, memang terkejut lah. Tak sangka gila. Tapi i watlek je. Dah jodoh kan. Siapalah kita nak judge orang.

    ReplyDelete
  10. ada btol juga la. tapi not entirely true, sebab ia nyer tak terpakai utk ex aku. hahaha... hhhmmm... ke kawan ex aku lebih berkawan rapat ngan aku?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal