Monday, February 20, 2017

Pha Is, Nak Tanya Sikit Boleh?


Pha Is, Nak Tanya Sikit Boleh?


Suatu hari, seusai aku dan jemaah lain menghabiskan solat asar secara berjemaah di surau dalam bangunan pejabat tempat aku kerja, tiba-tiba ada ofismate ajak aku ke bucu surau. Setelah kami duduk, tersembul satu soalan daripada dia.

"Pha is, aku nak tanya sikit boleh?"

Masa tu, kami dalam surau dan baru sahaja selesai solat. Dan dalam situasi yang macam ni, 1st instinct aku kuat mengatakan yang kawan aku tu nak tanya tentang hal-hal keagamaan. Mungkin soal fiqh, hemat aku la.

Lagi pun, sebelum ni dia ada la jugak tanya soalan-soalan keagamaan kat aku. So, aku pun dah terbiasa ditanya tentang hal-hal yang macam tu.

"Boleh. Pasai apa?"

"Tak dak apa sangat la" Jawab dia. "Cuma nak tanya pendapat hang ja." Sambung dia lagi.

Soalan Berbentuk Pendapat


Okay, jadi dia nak tanya soalan berbentuk pendapat. Pada fikiran aku, mungkin soalan yang dia akan tanya nanti lebih komplicated sikit tak seperti soalan-soalan fiqh. Mungkin soalan-soalan berkaitan dengan khilafiah. 

Persoalan berkenaan perbezaan pendapat antara ulama' yang memerlukan perbincangan dan kupasan yang panjang. Mungkin. Jadi, aku persiapkan mental aku masa tu untuk cuba menjawab sebaik boleh apa sahaja soalan yang akan ditanya oleh kawan aku tu.

Otak aku mula ligat menyusun cara pemikiran dan pendirian aku selama ini berkenaan perkara yang wujud perbezaan pendapat. Which is, walau apapun perbezaan pandangan dan pendapat, sedaya upaya kita cuba meraikan perbezaan tersebut tanpa mencari perbalahan.

"Okey ja. Pendapat pasal apa tu?" Soal aku mendapatkan perincian.

"Macam ni. Aku nak tanya pendapat hang ni. Aku ni ada la minat kat seorang perempuan ni. Tapi...."

aku :

53 comments:

  1. hahhahhaa. nak tanya pasai perempuan la weiiii.

    ReplyDelete
  2. hehhee... "meraikan perbezaan tersebut tanpa mencari perbalahan" - tak semua orang boleh menerima perbezaan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua boleh buat macam tu, x de la dok berbalah sesama islam..

      Delete
  3. Haha... jawab lah Pha Is soalan tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jawab dah pun.. cma x sesuai share kat sini.. hehehe

      Delete
  4. alamak..hehe jauh dr jangkaan..bg ke x pendapat tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi jugak.. saya ni kan serba boleh.. eh. hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. kan.. mmg hampeh, buat penat pikir macam2 ja.. hehehe

      Delete
  6. eceh... straight to the point x boleh ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak saspen la kalau macam tu.. hehehe

      Delete
    2. teknik suspen kna ada, baru plot dan jalan cerita berkembang.. cukup dengan permulaan, perkembangan, klimaks, dan perleraian.. hehe

      Delete
  7. heh..heh..jauh sgt fikiran melayang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bauat macam mana.. dah terfikir macam tu.. hehehe

      Delete
  8. kihkihkih...penat sediakan mental ya pha is...xpe, kwn kwn tnya tu, tanda dia memberi sepenuh kepercayaan pada kita...

    ReplyDelete
  9. hahahahahaha kena jadi match maker ke apa ni? kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan match maker, tapi Doktor Cinta.. hahaha

      Delete
  10. Biasanya ayam berkawan dengan ayam. Biasanyalah. Biasalah tu.

    ReplyDelete
  11. jawabla kat dia...aku pun #365 hari lagi ni hehe gurau ja na

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la pasal.. yg x pernahada awek ni la yg selalu nak bagi relationship advice.. hahaha

      Delete
  12. Hadoilahhh lom d tanya lg pendapat dh terfikir mcm2 eh sekali pendapat lain yg d minta

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. kita prepare for the worst.. hehehe

      Delete
  13. Ekekeke harap2 la pendapat yg d beri tu leh selesai prob yg bertanya..mesti dia tahu pha is leh bg pendapat yg bernas tu sbb dia rujuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la selesai atau tak problem dia tu.. saya cuma tolong sekadar yg termampu je.. hehehe

      Delete
  14. Hahahaha... Part burung tu memang kelakar..
    Kemain lagi ye Pha Is.. sekali lain pula soalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. saya mmg selalu jadi tempat rujukan.. macam2 kes dah hadapi.. pasal relationship advise pun pernah dimintak.. hehehe

      Delete
  15. hahahaha weyh bro tak menyempat nk tanya soalan dlm surau pulak tu. hadehh

    ReplyDelete
  16. Hahaa, t'sasar la pak ustadz... Xpe la jwb mne yg mampu...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jauh sangat tersasar tu.. kita bantu orang nk bina masjid ni ada jugak tempias2 pahala tuh.. hehehe

      Delete
  17. Hahaa, t'sasar la pak ustadz... Xpe la jwb mne yg mampu...;-)

    ReplyDelete
  18. heheh...baca dengan senyuman..xmampu kata apa2..

    ReplyDelete
  19. Penting sangat soalan tu... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sure kawan tu memang tengah kusut. Sampai tak dan tunggu keluar surau. ๐Ÿ˜œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mmg tgh urgent tu.. hehehe

      Delete
  20. Soalan munakahat tu.. berkaitan prospek bakal rumahtangga tu hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. munakahat.. cabang agama jugak.. hehehe

      Delete
  21. Hehehe jd phaid bantu tak dia? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantuu.. mesti bantu punya.. tapi diri sendiri pun tak terbantu..
      macam mana nih.. hehehe

      Delete