16.1.17

Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Gambar, Specs, Review


Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Gambar, Specs, Review


Dunia permotoran Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan Kawasaki Z900, terutamanya bagi peminat naked-bike dan pengguna motosikal Kawasaki Z800 sendiri yang sudah mula hangat membincangkan kemunculan Kawasaki Z900 ini.


Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800


Adakah Kawasaki Malaysia Sdn Bhd akan bawa masuk Kawasaki Z900 ni ke Malaysia? Kalau difikirkan, ianya memang tak mustahil seperti  pendapat Eddy Motomalaya,  

“Tidak mustahil untuk melihat model ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun hadapan kerana Kawasaki Malaysia Sdn Bhd sangat agresif dengan pemasarannya. Ninja H2 pun dibawa masuk, inikan pula Z900. Tetapi ini sekadar pendapat peribadi saya saja ya." (Eddy, 2016)

Sekiranya berjaya dibawa masuk, apa akan terjadi pada nasib adik kandungnya si Kawasaki Z800?

Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Specs



Sebelum bincang panjang pasal ni, kita banding bezakan dulu antara dua model nakedbike ni dari segi spesifikasi.


Kawasaki Z900
Kawasaki Z800
Power
Engine
4-stroke, liquid-cooled, DOHC, four valves per cylinder, inline-four
4-stroke, liquid-cooled, DOHC, four valves per cylinder, inline-four
Displacement
948cc
806cc
Power
125.4 PS (123.7 HP)
111 HP @ 10,200 rpm
Torque
?
83.0 Nm @ 8,000 rpm
Bore x Stroke
73.4 x 56.0mm
71.0 x 50.9mm
Compression ratio
11.8:1
11.9:1
Fuel System
DFI® with 36mm Keihin throttle bodies
DFI® with 34mm Keihin throttle bodies
Ignition
TCBI with electronic advance
TCBI with electronic advance
Transmission
6-speed
6-speed
Final Drive
Sealed chain
Sealed chain
Performance
Front Suspension / Wheel Travel
41mm inverted fork with rebound damping and spring preload adjustability/4.7 in
41mm inverted fork with rebound damping and spring preload adjustability/4.7 in
Rear Suspension / Wheel Travel
Horizontal back-link, stepless rebound damping, adjustable spring preload/5.5 in
Bottom-link Uni-Trak® horizontal monoshock with piggyback reservoir, stepless rebound damping, adjustable spring preload/5.4 in
Front Tire
120/70 ZR17 Dunlop Sportmax D214
120/70 ZR17 Dunlop Sportmax D214
Rear Tire
180/55 ZR17 Dunlop Sportmax D214
180/55 ZR17 Dunlop Sportmax D214
Front Brakes
Dual 300mm petal-type rotors with four-piston calipers, ABS
Dual 277mm petal-type rotors with four-piston calipers, ABS
Rear Brakes
Single 250mm petal-type rotor with single-piston caliper, ABS
Single 216mm petal-type rotor with single-piston caliper, ABS
weight
210 kg
231 kg


Kawasaki Z900 vs Kawasaki Z800 | Review 



Sememangnya banyak lagi spesifikasi Kawasaki Z900 yang belum diketahui seperti maximum power pada rpm berapa, dan berapa torque yang dijana oleh enjin 948cc ini. Akan tetapi, ada 2 perbezaan yang cukup untuk menjadikan Kawasaki Z900 ini kelihatan lebih mantap berbanding Kawasaki Z800, iaitu pada berat dan kuasa kuda.

Kelebihan ketara antara Kawasaki Z900 berbanding Kawasaki Z800 adalah Z900 lebih kuasa kuda tetapi lebih ringan berbanding Z800! Dengan perbezaan penambahan power sebanyak 12.7 HP dan perbezaan penurunan berat sebanyak 22.6 kg.


Ini menjadikan power-to-weight ratio Kawasaki Z900 sebanyak 0.59 HP/kg manakala Kawasaki Z800 sebanyak 0.48 HP/kg menjadikan peningkatan power-to-weight ration sebanyak 22.9%! tinggi tu!

Jika dilihat antara top features pada laman rasmi Kawasaki, sememangnya Kawasaki Z900 ni dicipta bagi mengoptimumkan penggunaan motosikal nakedbike sebagai motosikal “street-fighter”, untuk kegunaan dalam jalan raya di Bandar, bertepatan dengan speciality “Z” sebagai Urban Assault Vehicle.

Siri motosikal Kawasaki Z sememangnya terkenal dengan gabungan prestasi Ninja yang agresif dengan perantara yang direka untuk kawalan maksimum ketika merentasi laluan kota: pakej yang ideal untuk mencuri perhatian dan menonjol di hutan konkrit.

Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z!

sumber dan rujukan:
1. Laman Rasmi Kawasaki: 2017 Z900 ABS. dipetik dari  https://www.kawasaki.com/Products/2017-Z900-ABS#specs-scroll
2. Eddy. (2016 Oct 8). 2017 Kawasaki Z900 – legasi Z800 pada 125.4PS. dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2016/10/08/2017-kawasaki-z900-legasi-z800-pada-125-4ps/
3. Mohan K Ramanujam. (2016 Nov. 21).2017 Kawasaki Z900 announced – 124 hp, 210 kg, replaces outgoing Kawasaki Z800 naked sportsbike. Paultan.org; dipetik dari http://paultan.org/2016/11/21/2017-kawasaki-z900-announced-124-hp-210-kg-replaces-outgoing-kawasaki-z800/
4. Laman Rasmi Kawasaki: 2016 Z800 ABS; dipetik dari https://www.kawasaki.com/Products/2016-Z800-ABS
5. Kent Kunitsugu. (2015 Dec. 15). FIRST RIDE REVIEW – 2016 KAWASAKI Z800 ABS. Sport Rider; dipetik dari http://www.sportrider.com/first-ride-review-2016-kawasaki-z800-abs
6. Pha Is. (2015 May 25). Kawasaki Z800 VS Yamaha XJ6 | Spesifikasi. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2015/05/kawasaki-z800-vs-yamaha-xj6-spesifikasi.html
7. Pha IS. (2013 Sept 30). Ayat Power Kawasaki Z250. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2013/09/ayat-power-kawasaki-z250.html
8. Muhamad Hakimi. (2017 Jan 15). Z800 Malaysia Facebook Group; dipetik dari https://www.facebook.com/groups/Z800Malaysia/permalink/1444448958907208/



15 comments:

  1. Replies
    1. hensem lagi moto kawasaki RR si cik abang tu..hehehe

      Delete
  2. aitu tgk kt bagan eeeh bagan ke sungai puyu ntah dah lpa...hehehe...cuci mata n telinga tgk dua dua ni, kaler hijau la tapi...biru xnampak plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu rasanya kawasaki z800, bukan z900 sebab z900 belum masuk malaysia lagi.. hehehe

      Delete
  3. lawaaa... pergh naik dgn cik abang syok hahaha

    ReplyDelete
  4. cantik heheh boleh tengok jelaaa 😅😅😅

    ReplyDelete
  5. hensem nyerrrrrrrr (motor laa) ;-)

    ReplyDelete
  6. moto dh hensem tuan moto kena power hensem. hahaha

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. x sangat.. sbb sekarang saya pakai yamaha..

      Delete
  8. cc dah besar..hp dah ok..alih2 moto berat..tak best

    ReplyDelete