Azam Tahun Baru 2017

Dah lama tak buat entri tentang azam tahun baru. Sebenarnya dah bertahun tak pernah terfikir pun pasal azam tahun baru ni kecuali 1 je azam yang aku simpan. Azam #1092HariMencariCinta pada tahun 2015 dan #728HariMencariCinta pada tahun 2016.

1. 365 Hari Mencari Cinta


2017 Tahun kumpul duit.
Ada jodoh,kahwin.
Takde jodoh, upgrade superbike 600cc!

So, berbalik kepada azam sebelum-sebelum ni, azam aku untuk tahun 2017 ni yang pertamanya of course la #365HariMencariCinta. Fuh, poyo giler azam aku nih. hahaha..

Tak ada apa pun sebenarnya dengan azam ni. sekadar rancangan aku untuk mula memikirkan soal kahwin pada tahun 2018. So, setahun je lagi, sebab tu la 365 Hari Mencari Cinta! tu je pun.

2. Daki Gunung Kinabalu



Sebenarnya, aku dah booking pun pendakian aku ke puncak gunung Kinabalu bermula tahun lepas. Ada member ajak. Asalnya naik gunung kinabalu ni bukan azam 2017 aku pun, tapi cuma teringin nak merasa sekali seumur hidup pengalaman naik gunung kinabalu.

Jadi dah orang ajak, aku pun join la, daki dengan beberapa orang lagi budak sekolah aku yang dijadualkan pada awal bulan Febuari nanti. Doakan aku yer.

3. Ride moto ke Siam



Tahun Lepas aku malas nak try. tahun ni dah alang-alang tu kan, boleh la ride naik moto ke siam bersama dengan Gadis Bertudung Biru aku tu. Tak jauh pun tak pe, Krabi pun jadi la.


hmm.. Azam korang?

Comments

  1. Serius nak ride motor ke siam? wah, kagum. nanti kalau dah buat share oke

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, dalam perancangan je so far.. kalau ada rezeki.. hehehe
      kalau jadi, mesti masuk jadi entri punya..

      Delete
  2. Fuhh nak daki gunung Kinabalu. Moga tercapai semuanya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya berjaya la sampai ke puncak.. hehehe

      Delete
  3. moga tercapai azam nye yea....upgrade ke 600cc? hehehe .... tapi ride ke siam tu menarik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orh lain nampak part kinabalu tu tp rietta nmpak yg ride tu.. ada gaya rider nih.. hehehe

      Delete
  4. bestnya nk daki gunug kinabalu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau best? pernah naik ke..? hehehe
      rasanya nnti penat je lebih.. best tu masa kat atas tu je rasanya..

      Delete
  5. amboi krabi jauh tu..huhu..selamat maju jaya #365mencaricinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tengok nnti macam mana jadi atau tak.. hehehe

      Delete
  6. Azam no 1 tu..setiap kali masuk thn baru tempoh mencari cinta semakin berkurang so kalau x tercapai tahun ni tahun depan mgkin tggal 6 bln dari setahun..semoga impian dan azam yg pertama tu tercapai..sbb dh lama mencari tu...jgn skip doa dan usaha tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. tu la.. dah masuk tahun ke 3 dah mencari nih..

      Delete
  7. Tak pun tukar kepada 365HariMisiMencariBakalIsteri 😁

    ReplyDelete
  8. semoga azam no.1 tu termakbul. hehehe

    ReplyDelete
  9. nak pergi krabi tu pun jauh... saya penah naik van persiaran pergi krabi dari hadyai, tu pun dah sakit bontot... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la.. mmg kna ambik masa 2 hari tu, malam tu nk kna rehat2, layan massage siam.. hehehe

      Delete
  10. semoga dipermudahkan dan tercapai azam!

    ReplyDelete
  11. Wah!! Best oo ada 'kaki' mendaki..semofa success tp stamina kena kuat tau preapare fizikal n mental eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kaki?.. org lain x dak kaki ka..? hehehe

      Delete
  12. Kalau tanya sis JM x pernah ada azam cuma harapa dpt travel tempat2 best selagi masih sihat dan pergi umrah in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira lebih kurang la tu.. ada org panggil azam, ada org panggil wishlist.. hehehe

      Delete
  13. azam husna tahun nih ermm nak kurus rasa mcm cliche sgt.. mungkin lebih kpd makan secara sihat kot.. hahaha itu pon rasa mcm cliche jugak!

    all the best! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah kurus, nk kurus apa lagi.. hmm...

      Delete
  14. Bestnya pha is yang no 2 tu.. Tapi kalau saya tak sampaila kot, pegi jungle trekking mendaki sikit dah mengah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bukannya kuat stamina sangat.. semput jugak.. hehehe..
      tapi mentally kna kuat..

      Delete
    2. Tula.. Berminat dan teringin sgt tp takut nak join hiking..

      Delete
    3. join je.. nnti hilang la takut tu.. hehehe

      Delete
  15. moga tercapai azam hang. aminn...

    ReplyDelete
  16. wah sukanyaaa yg no 2 tuuu ! Good luck moga tercapai azam tahun ni heee

    ReplyDelete
  17. Semoga ketiga-tiga azam dipermudahkan olehNYA.

    Hurmm... no 1 tu agaknya budakpening ni terlalu memilih kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ha ah, saya mmg sangat memilih orangnya..
      tapi saya tak memilih orang
      cuma memilih masa yang sesuai..

      Delete
  18. semoga tercapai azam pha is tahun ni....

    insyaallah rakan #BloggerUtara juga akan mendoakan kejayaan azam phai is terutama yang 1st....

    ReplyDelete
  19. fuh menarik juga mendaki ke gunung kinabalu tu

    ReplyDelete
  20. perghhhh hahaha dgn ekonomi skrg nk travel kena pk 2 3 kali. p siam confirm tak jemu2 mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina terrer la bab2 travel nih.. ehehe

      Delete
  21. Mencabar betul azam bro... walau apapun semoga tercapai semua azam tuan... Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  22. good luck pha is...moga tercapai semuanya...

    ReplyDelete

Post a Comment