Friday, January 13, 2017

14: 48 - 52 | Perkhabaran Hari Kebangkitan


(Dan ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.

Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.

(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.

(Ibrahim 14:48-52)


salam jumaat

12 comments:

  1. salam jumaat phais..berdoalh dlm sunat israq moga urusan kita dipermudahkan Allah di padang mahsyar kelak

    ReplyDelete
  2. Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  3. Baca al quran dan fahami maksudnya...mmg gerun!

    ReplyDelete
  4. Moga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  5. Moga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  6. tebalkah iman kita untuk hadapi semua ini kelak??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...