Monday, October 24, 2016

Mentaliti kita | Sampah


Mentaliti kita | Sampah


Dah banyak kali aku hairan dengan sikap orang Malaysia yang kurang titik beratkan soal kebersihan ni. Contoh yang selalu sangat aku nampak dan buat aku rasa sedih dan geram:

Buang sampah melalui tingkap kereta tepi jalan

Hisap rokok kemudian puntung tu buang merata-rata

Naik feri lepas tu buang sampah ke laut


Malas sangat ke nak cari tong sampah? Lepas tu bagi alasan bodoh kata nanti cleaner, majlis perbandaran tak ada kerja. Jangan jadi butthurt sangat boleh tak?


Mak bapak tak ajar


Bunyi macam kasar, tapi aku rasa kebanyakan masalah ni sebab orang kita dah dididik dari kecik bila tengok sikap mak bapak yang jenih tak kisah dan tak rasa bersalah buang sampah merata tempat. Hasilnya, anak-anak tengok, jadi la ”monkey see monkey do”.

Kat sekolah terap lah macam mana sekali pun sikap jaga kebersihan ni tapi kalau dah dari kecik sebelum masuk sekolah lagi budak-budak dah tengok mak bapak buang sampah merata tanpa rasa apa-apa, macam tu la jugak jadinya.

Tambah teruk bila budaya kita kat sekolah dari kecik, sapa yang ikut peraturan, buang sampah dengan betul dalam tong sampah, ikut cakap cikgu, akan dianggap budak ”skema”. Peer pressure.

Bila dah besar, sikap tu dah sebati susah nak buang. Hasilnya, tengok la negara kita sekarang ni. Sedih..

Jom berubah


Tolonglah. Kita sama-sama mampu mengubahnya. Tolong jangan bawak sikap negatif ni buat pusaka sampai anak cucu. Tak sedih ke?

Kita mampu mengubahnya!

75 comments:

  1. betul, kena didik anak dari rumah, dari dorg kecil, mencontohi tauladan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. melentur buluh biar dari rebung.. dah buluh ni kalau lemtur, dia bidas balik.. hehehe

      Delete
  2. jangan tak tahu PI, ada juga mereka2 ni suka duduk dalam sampah.. EEwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu pun ada..? hahaha

      Delete
    2. Pemalas namanye tu... Kdng2 muka cantik tp bilik b'sepah...

      Delete
    3. hahaha.. bilik bersepah kalau duk sorg2 xpe.. asalkan tak kacau org.. yg jenis suka buang sampah merata ni dah kes menyusahkan org..

      Delete
  3. betul...sebab itu kalau nak ubah negara, kena beri ilmu pada anak-anak...

    dari kecil kena terapkan perkara yang betul. Benda yang nampak macam biasa sebagai contoh lepas main simpan semula...

    benda ni juga akan buat mereka yang terbiasa dengan persekitaran bersih kemudiannya akan ubah tabiat membunag sampah merata-rata

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. kurang didikan dari rumah..

      Delete
  4. Kebersihan tu separuh dari iman jadi sikap menjaga kebersihan persekitaran n apa saja yg berkaitan mesti diambil berat sesiapa saja. Memang tak tau mana nk letak pndang kalau suasana keliling penuh dgn sampah sarap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. diorg tahu tapi malas nk amalkan..

      Delete
  5. Dalam kereta cousin sy penuh dengan sampah. Anak anak dia tak buang kat luar...buang dlm kereta ja...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nnti dah balik rumah, kna al buang dalam tongh sampah.. tak kan nk biarkan dalam kereta je.. hehehe

      Delete
  6. Dalam kereta cousin sy penuh dengan sampah. Anak anak dia tak buang kat luar...buang dlm kereta ja...hihi

    ReplyDelete
  7. Simpan dalam kereta sampai dekat rumah buang dalam tong sampah.. ;)

    ReplyDelete
  8. Ya... kita mampu mengubahnya.
    Jangan kata anak-anak mak-mak budak pun sama contohnya kat ladiz toilet office Mrs. A nih! jer... dah ada bakul sampah still jugak buang tisu kat luar bakul sampah tu. Dasar mentaliti sampah.
    Ooopsss emo pulak jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sabor2.. tapi kna educate n inatkan dari sekrang.. kalau x sampai 7 keturunan pun x kan berubah.. hahaha

      Delete
  9. setuju..ibu bapa pencorak anak-anak. tapi mungkin ibu bapa tu sendiri tak diajar masa dia kecik kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sebab tu kita kna berubah dari sekarang.. ianya susah sikit tapi tak mustahil.. kalau tak, sampai 7 keturunan pun nnti kita x berubah.. hmm..

      Delete
  10. betul tu betul... pening kepala tengok orang gila tak pandai buang sampah ke tempat yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. org gila pun kadang2 x buat macam diorg..

      Delete
  11. dah macam iklan plak sekali baca..tp betul lah mentaliti orang kita malaysia..so sad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan iklan. sekadar luahan perasaan.. hehehe

      Delete
  12. memang masyarakat kita mentaliti sampah..

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. betol. biar jadi macam singapore.

      Delete
  14. isu yg tak pernah berubah sejak aku sekolah lagi. orang kita memang payah nak berubah kot. cuma segelintir je yg peka.

    ReplyDelete
  15. setuju! mmg mentaliti sampah org mcm ni....HR penah hon mengejut kat org mcm ni..sepanjang jalan ok I hon kat dy...nak marah sgt..sbb kat kelantan ada kempen bunyikan hon kat org buang samaph cenggini..mmg xsalah la kita hon kuat2 pun...kasi amaran sikit...geram!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hon jangan tak hon... biar diorg terasa..

      Delete
  16. semua x ngaku buang sampah.... so, siapa sebenarnya yg rajin buang sampah merata rata ni? hehe

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum...pha,

    masalah sampah nie.. masalah kita bersama kan.. sesama menjaganya ... yyup.

    mselim3

    ReplyDelete
  18. rasa bersalah gila nk buang selalu kalau keluar tk nmpk tong smpah mmg boh dlm beg je smpah tu haha kalau org buang merata pulak kita jenis akan pndg tajam kt org tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. mesti tajam kalau ima buat pandangan tajam.. hahaha

      Delete
  19. pic tu "jackie chan' tengah pening pale ke ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tu namanya "meme"... hehehe

      Delete
  20. itulah mentality orang msia ni..susah sgt nak buang ke dalam tong sampah atau tempat sepatutnya tiada kesedaran sivik..kalau betul2 ikut ajaran ISlam...Islam mementingkan kebersiha...Bersih separuh dari Iman...so orang BERIMAN akan pentingkan kebersihan..kalau x nak petingkan kebersihan tu faham2 lah sendiri..geram plak dgn org yg bersikap mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. rilex2... sabar JM..
      sabar tu separuh daripada iman.. jehehehe

      Delete












  21. haaa kan dah panjang plak komen nya..ye lah..contoh nya mkn dlm kereta..apa salahnya sediakan plastik kosong campak sampah dlm plastik dulu nanti dah stop kat mana2 hentian buang lah..bukan susah pun..kadang tu atas jln raya beterbangan beg plastik kan dah ganggu pengguna jalan raya lain hurrmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni apesal banyak sangat space nih.. hahaha


      betol2 stuju bab tu.. sedih tengok kiri kanan jalan raya kat malaysia ni penuh dengan plastik2 sampah.. yg akhirnya boleh membahayakan balik pengguna jalan raya tu..

      Delete
  22. sorry..ter emosi plak baca entri org yg suka buang sampah merata2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. kita marah sbb sayangkan malaysia.. sayangkan bumi kita.. sedih tngok org suka hati tanpa rasa bersalah merosakkannya.. hmm...

      Delete
  23. huiishhh yang ni hangin sikit kalau tengok ni. kalau macam ni memang pegi kutip sampai depan mata dia, bagi dia terasa sikit. tapi kalau jenis macam ni biasa dia tak heran pun kita buat macam tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sedih2.. tak tau nk buat macam mana lagi dah..

      Delete
  24. memang betul.
    mentaliti kita sampah sarap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak perlu berubah.
      Kita ajak yg lain berubah.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  25. masalah sampah juga berkait rapat dengan hati

    ReplyDelete
  26. mak bapak jugak yg salah sbb xajar dr kecik.. org2 mcm ni kalau p singapore mau kena saman hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. mau kna kuatkuasakan amalan buang sampah merata ni..

      Delete
  27. Family cikna jenis pemakan so klu g mana2 dlm kete cikna mesti mummy gantungkn plastik sbgi tong sampah... Kdng2 t'buang gak kt lua kete,huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau jenis ada tong sampah mini dalam kereta..

      Delete
  28. Haaa.. Setuju sangat.. Depan kwsan apartment sewa saya haritu ada kereta buruk yg tersadai.. Tapi taktau kenapa org buat jadi tong sampah. Padahal tong sampah majlis perbandaran berlambak dan besar2 kt kawasan tu. Then beberapa bulan lepas saya tengok kereta buruk tu dah xda. Tapi yg mengejutkan org still pi buat sampah kat tapak keta buruk tu.. Taktaula mcm mana depa pny pemikiran.. --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau otak kotor perbuatan ikut sama.

      Delete
    2. Kalau otak kotor perbuatan ikut sama.

      Delete
    3. betol tu.. kalau dah mentaliti macam tu, perbuatan tu menzahirkan mentaliti diorg..

      Delete
  29. Kalau seorang tu pembersih memakai baju kotor dia kelihatan kotor. kalalu pengotor memakai baju kotor dia nampak kotor. Manusia ni bukan pengotor dari segi perbuaran bahkan otak pun rubbish.

    (Kunjunglah ke blog saya. Ada entry baru:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com)

    ReplyDelete
  30. Kalau seorang tu pembersih memakai baju kotor dia kelihatan kotor. kalalu pengotor memakai baju kotor dia nampak kotor. Manusia ni bukan pengotor dari segi perbuaran bahkan otak pun rubbish.

    (Kunjunglah ke blog saya. Ada entry baru:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. duplicate ni, mesti komen melalui fon..

      Delete
    2. Betul tu. Sambil2 minum kat kedai saya respons.

      Delete
    3. Betul tu. Sambil2 minum kat kedai saya respons.

      Delete
    4. kadang2 kalau komen melalui fon mmg akan duplicate.. problem sikit..

      Delete
  31. Apabila ada saja apa-apa anjuran termasuk konsert, pasar malam dsb, sampah menjadi masalah yang diselesaikan sebab mentaliti masyarakat kita yang suka buang sampah merata-rata. Perkara ini turut terjadi dalam kalangan golongan yang berpendidikan tinggi termasuklah anjuran apa2 event di universiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila cik mistree sebut mentaliti kita sampah banyak perkara saya ingin ulas. Memandangkan entry ni bukan saya punya ingin saya ulas 2 perkara dulu.

      1. Sampah di pasar malam & konsert. Walau pun ada papan tanda kata jangan buang sampah merata2, dgn sebab papan tanda tu makin banyak sampah mrrata tempat. Begitu juga bila ada bangku di taman yang baru disapu cat kemudian ada papan tanda kata "CAT BELUM KERING". Apa terjadi pada bangku tu?. Saya ta nak ulas.

      2. Saya pernah berkawan dgn usahawan berbangsa cina. Kami berbincang pasal sampah satu masa dulu. Katanya, ahli perniagaan bila nampak sampah di mindanya memikirkan bagaimana sampah itu boleh ditukar kepada duit. Abdai kata sampah tu dah betul2 sampah baru dia buang. Katanya sampah boleh jadi baja, boleh jadi bahan bakar, boleh jadi tempat menternal lipas. Lipas boleh dijual ke kedai ikan. Ini satu contoh di antara perbualan kami.

      Nantilah kalau ada response ulasan saya ni saya boleh sambung tentang apa itu mentaliti.

      Delete
    2. *andai kata sampah itu betul2 sampah

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. thanks Adam atas perkongsian tambahan.. betol tu.. mentality kita jenis yg kuat "memberontak".. yg mana org larang yg tu kita buat..

      pernah terfikir nk menulis pasal mentality kita yg jenis tak suka mengikut arahan.. perasan tak, dalam komunity kita, terutamanya dari zaman budak2 sekolah, mereka yang mengikut arahan akan di-cop sebagai "budak skema".. dari zaman sekolah lagi sesama kawan, kita dah dididik macam tu.. sapa ikut arahan sekolah, dia budak SKEMA.. dia budak kesayangan cikgu.. dia budak kaki ampu cikgu..

      bila dah membesar, perangai tu terbawak2.. pelik dengan masyarakat kita yg memandang perbuatan yang mengikut arahan dan peraturan ni suatu budaya yg negatif..

      hasilnya, sampah buang merata, lampu merah kita redah, barisan menunggu giliran kita potong, bila jem masuk lorong kecemasan, dan sebagainya..

      Delete