Baru Balik Dari Kemboja

sedang aku bawak awek kesayangan aku pi spa, sambil menunggu si dia, si #gadisbertudungbiru bertherapy, aku sembang-sembang dengan bro-bro dan otai-otai superbike, tentang cara penjagaan moto yang lebih kasih sayang.

A photo posted by pha is (@phais47) on


ada jugak beberapa tips yang sempat aku hadam. maklumlah, budak baru belajar. newbie katakan.
ilmu didada masih banyak yang kosong.

Baru Balik Dari Kemboja


tapi tak lama lepas tu, datang seorang bro dengan motosikal BMW yang nampak sangat gagah perkasa. dengar bunyi pun dah respect. tapi bmw dia penuh dengan selut-selut tanah merah macam baru lepas redah sawah bendang.

sebijik macam ni. cuma dlm gambar ni tak ada selut ja.

ni mesti lagi otai nih! entah hutan mana yang dia dah redah dengan moto bmw dia yang gagah perkasa tu. banyak benda yang aku kena menuntut dari dia ni. lantas aku pun bertanya.

"bro, mai dari mana? sampai berselut ni?"

"baru balik dari kemboja" jawapan beliau yang aku dengar macam tu la lebih kurang.

fuh, hebat! rilex je ride pergi kemboja! ni rider sejati nih! nak kena berguru nih!

"hebat bro... konvoi, ke, kembara solo?" soal aku.

"ke mana?" soal dia balik

"kemboja la.."

"eh, bukan pergi kemboja. cuma pergi PASAR KEMBOJA ja..." jawab dia balik.

"la, ingatkan pi kemboja tadi."

Pasar Kemboja 


pasar kemboja merujuk kepada sebuah pekan sehari yang dibuka di beberapa kawasan sekitar utara malaysia (kawasan lain aku tak sure) khas menjual kain-kain murah dari kemboja. orang perempuan minat la tempat macam ni.

sebagai contoh, area kepala batas penang ni ada 1 pasar kemboja kat satu tempat yang bernama "Kubang Menerong". pasar kemboja kat sini agak special sbb tempat tu kat tengah2 hutan kelapa sawit. dah nama tempat pun "kubang" kan, mau tak berselut moto brader tadi.

anyway, sebut pasal kubang menerong ni, ada 1 lagi cerita yang tak akan aku lupa, jugak pasal pasar kemboja. bila aku terdengar perbualan antara 2 orang nurse cun kat dalam ward pasal rancangan diorang nak pi pasar kemboja.

hmm.. lain kali la aku cerita. okbye..

Comments

  1. hahahahaha.. ape daaa salah dgr..

    ReplyDelete
  2. Excited duk baca tetiba tertipu rasanya ^-^

    ReplyDelete
  3. pasar kemboja tu dah lama nak p..belum kesempatan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi la.. geng pompuan suka la jualan macam tu.. kami laki pi tengok saja la.. hahaha

      Delete
  4. Cissss..ingat ke Kemboja huhuhu

    ReplyDelete
  5. seronok juga dengar cerita abang abang motor besar nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar cerita diorg je la.. saya newbie lagi.. hehehe

      Delete
  6. la... ingat betul kemboja tadi. Tapi kalau dengan BMW tu, takdehal punya lah..

    ReplyDelete
  7. Hahahaha... :D ... tapi macamana motor jadi lagu tu? Jalan selut kot nak pi Pasar Kemboja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah.. dia lalu kot tgh2 hutan kelapa sawit kot.. hahaha

      Delete
  8. baru ja nak kata sakan Pha Is nie , rupanya org lain , dan pasar kemboja jaa . heheheh .. =P

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Ingatkan ke Kemboja betul tadi :D

    ReplyDelete
  10. hahaha baru nak puji otai kan ... bila baca tajuk, ingatkan pha is yg baru balik dari kemboja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yeer la.. saya nubis lagi.. mana ada otai.. hehe

      Delete
  11. INGATKAN PHA IS PI KEMBOJA...XLAMA SAPAILH TU BUKAN SETAKAT PI PASAR KEMBOJA KAT KUBANG MENERONG JER..

    ReplyDelete
  12. Lah...ingat betul2 dari kemboja. Power betul motor bro tu

    ReplyDelete
  13. lerr..psr kemboja ja p nya..ingtkan kemboja btoi..hee tp mmg best pun psr kemboja.. yui p kat parit buntar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dengar cerita kat parit buntar pun ada 1..

      Delete
  14. Hahaha.. macam menarik.. sekali rupa2nya..

    ReplyDelete
  15. Alaa ok laa asalkan ada Kemboja..hihihi

    ReplyDelete
  16. ceh , nape la dia tak habiskan cerita ...kat belah tengah dan selatan , rasanya tak ada pasar kemboja ni ...

    ReplyDelete
  17. hahahaa.. tak salute lah setakat p pasar kemboja lawak bro

    ReplyDelete
  18. hahhhaahah suspen jek...ingat betui pi kemboja... ahahahaha

    ReplyDelete
  19. Waaa... sekarang dah jadi rider pulak ya...

    ReplyDelete
  20. bhahahaha Kemboja sangat kan dengan selut bagai =D

    ReplyDelete
  21. lahai....igtkan pha is ride pergi kemboja...upenye psar kemboja....mmg berselut la musim hujan....bike spa? kt mna tu? xpernah plak tgk...biasa tmpang car wash je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bike yg mna? yg biru tu saya punya.. hehehe...
      spa tu kat area kiosk bertam, belakang sup hammed..
      bahaya pakai car wash, sbb moto cuci dia teknik lain skit.. kalau pkai car wash, x menyeluruh

      Delete
  22. Assalamualaikum...

    Pasar kemboja...cuci mata la kalau yang perempuan ni...bersih dah mata tu bila dah beli apa yang berkenan...
    (Terima kasih sudi jengah blog akak)

    ReplyDelete
  23. Pasar kemboja dan awek cun... menarik tu... sharelah citer nanti ehehee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tengok la nnti macam mana..

      Delete
  24. ehehehe..silap dengar daaaa...ari tu masa pergi kedah,rasanya pernah nampak kut pasar kemboja ni.tapi tak singgah pun.lalu tepi je.

    ReplyDelete
  25. lerrrrrrrrr terbantut teruih nak teruja hahahahaha

    ReplyDelete
  26. hahaha tengok tajuk entri macam sungguh pi Kemboja, rupa2nya tersalah dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. saya terkena.. so nk pekena org lain plak.. hahaha

      Delete

Post a Comment