Ekspedisi Kenduri Kahwin

Tarikh : 30 Ogos 2015
Hari :  Ahad

Kenduri  1

Bermula jam 12.30 tengah hari, aku mulakan ekspedisi aku dengan menghadiri kenduri walimatul urus jiran sebelah rumah aku, yang pengantin perempuannya merupakan bekas rakan sekelas aku di sekolah rendah.

Disebabkan aku datang terlalu awal, pengantin pun tak sampai lagi. So, tak sempat nak bergambar. Apa-apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Amira Rashid dan pasangan. Smoga berbahagia hingga ke syurga.

Kenduri 2

Selepas itu, aku teruskan ekspedisi aku dengan menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja aku di hospital, Anis Suraya dan pasangannya Syamil, di kawasan Bukit Mertajam. Datang sembang-sembang kejap, makan dan bergambar dengan pengantin. Lepas tu terus bergerak ke lokasi kenduri seterusnya.

dari kiri : nasrul, syamil, anis, dan nazariah

Tahniah dan selamat pengantin baru juga aku ucapkan kepada anis dan pasangan. Smoga kekal berbahagia hingga ke syurga. dan tahniah juga buat nasrul dan nazariah kerana baru meninang cahaya mata.

Kenduri 3


Kemudian, aku bergerak ke Batu Uban untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sekelas sekolah menengah aku, Fikrir Sarur dan pasangannya. Disitu lama jugak aku lepak bersembang dengan kawan sekolah menangah aku dulu.

sempat bersilat dengan pengantin.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Fikri Sarur buat pasangan. Smoga berbahagia hingga ke syurga.

Kenduri 4


Lepas tu, aku teruskan ekspedisi aku ke masjid jamek Batu Uban, tak jauh dari situ untuk menghadiri kenduri kahwin yang juga rakan sekelas sekolah menengah aku. Hari yang sama! Tempat pun tak jauh, sekadar 3 minit perjalanan.


Tahniah dan selamat pengantin baru juga aku ucapkan buat Abdullah Umar dan pasangannya. Semoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

Kenduri yang lain

Dengan itu, tamatlah ekspedisi kenduri yang aku hadiri untuk hari itu. Walaupun sebenarnya, ada lagi 3 kenduri kahwin yang aku tak sempat pergi untuk hari tu.

1. Jemputan kenduri kahwin orang kampung sebelah yang aku kurang kenal

2. Kenduri kahwin kawan satu team nasyid Universiti di Alor Setar, kedah. Tahniah buat Zulhilmi dan pasangan dan sory tak dapat hadir. Smoga korang berdua juga berbahagia hingga ke syurga.


3. Kenduri kahwin rakan sekuliah farmasi di Kuala Kangsar, Perak. Tahniah buat Sadiq dan pasangan dan sory tak dapat datang. Semoga korang juga berbahagia berkekalan ke syurga.

total 7 jemputan kenduri kahwin dalam masa 1 hari! fuh..  mengahdiri kenduri kahwin dengan penuh ketabahan.. hehehe..

p/s : masih belum terlambat untuk jom GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com by kak Sha, banyak hadiah menanti untik 30 PEMENANG! jom join ramai2! (tarikh tutup 10 september jam 12 tengah hari)

Comments

  1. Amboii siap bersilat bagai. Hahah. Barakallah pengantin2 :D

    ReplyDelete
  2. Amboii siap bersilat bagai. Hahah. Barakallah pengantin2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka komen 2 kali ek? hehe

      Delete
    2. error masa komen tuh, bukan sengaja.. hehehe

      Delete
    3. saja nak mengusik.. haha.. kadang2 I pun jadik lagu tu..haha

      Delete
    4. kadang2 saya pun perasan jadi macam tu kat blog orang lain. saya komen sekali je, tapi keluar dua kali.. hmm..

      Delete
  3. 7 jemputan..fuhh rajin pergi 4 kenduri.. betul2 makan ni..
    I masa 29 HB ada 3 kawan jemput kenduri, satu pn xdapat pergi sebab kerja.. huhu

    ReplyDelete
  4. fuhh... dapat pergi 4 kenduri tu pun hebat dah tu..:)

    ReplyDelete
  5. kenyang sampai ke malam mkn nasi kenduri saja

    jemput singgah ke blog saya ye
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. hee hari cuti mcm tu biasa mmg byk kenduri..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. komen je bukan ada org larang pun ..JM pun komen byk kali di blog abe MKL tu..boleh kan?

      Delete
  8. pasal geram...tak sempat-sempat nak blogging sejak akhir-akhir ini...

    ReplyDelete
  9. pergh, ini dah kira kombo. soalan wajib untuk orang bujang yang datang kenduri, "hang bila lagi?". betul tak. hehehe...

    *aku ada buat bidaan dalam entri terbaru, silakan kalau nak join...

    ReplyDelete
  10. sempat bersilat didalam ekspedisi no...

    ReplyDelete
  11. 7? byknye...rietta ada 3 je....dah alhamdulillah semuanya dapat pergi sebab dekat dekat je semuanya....

    ReplyDelete
  12. Ekspedisi & marathon kenduri..Alhamdullilah dapat penuhi jemputan..soalan untuk orang bujang tu normal la..senyum je hehe

    ReplyDelete
  13. Assalam pha is,
    haaaaaaaaaa
    merahnyaaaaaa pak ngah :P

    ReplyDelete
  14. banyaknya kenduri ... konyang perut senang hati ni :)

    p/s: It's me Puteri Wanita :)

    ReplyDelete
  15. public holiday...mmg time org kenduri la :)

    ReplyDelete
  16. sakan makan kenduri sehari sampai 4 tempat kenyang no...jgn pening dah...

    ReplyDelete
  17. Knyg mkn kt rumah kenduri khwen..salam perknalan

    ReplyDelete
  18. Tok kadi pun tak banyak jemputan macam ni


    Yang Benar,
    Nota Purba

    ReplyDelete
  19. Gemuklahh woiii. Hahhaha

    *hye bro. Heheh Hana baru sempat jenjalan blog. Aiyakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sis... lama kita tak menyinggah kan.. hehehe

      Delete
  20. perghh...gantung periuklah hari tu kan...ramai org kenal itu sebb byk jemputan...4 buah rumah? harus lah x mkn kan...kenyang!

    ReplyDelete
  21. nanti turn Pha Is mesri ramai kawan2 yg datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya macam tu la.. nanti nak kena ajak geng blogger lagi.. hehehe

      Delete
    2. jgn lupa sis JM..jika x mmg akan merajok!

      Delete
    3. hahaha.. tapi lambat lagi.. hmm.. kita tengok nnti macam mana.. hehehe

      Delete
    4. saja nak habaq, I org utaqa.. haha..

      Delete
    5. ok, fine.. nanti saya panggil mai kenduri.. hehee..

      Delete
  22. pergghhh banyak tu majlis nya ... best la dpt makan macam2 .. ^_^

    ReplyDelete
  23. banyaknya jemputan.. ok laa banyak jugak yang dapat hadir..

    ReplyDelete
  24. fuhhh..... banyak benar kendurinya.... sekarang ni musim org kawinkan...

    ReplyDelete
  25. hehehe kenyang makan kenduri laaa ye..

    ReplyDelete
  26. fuhhh banyak betoi lemak2 masuk badan.. hahaha
    lepas ni Pha Is pulak.. aminnn

    ReplyDelete
  27. Bestnya dapat banyak jemputan kenduri ^-^

    ReplyDelete
  28. nikmat atuq kenduri ni sebenarnyaa.. baru boleh cabar diri, nanti my turn sapa yg husna pernah p kenduri dya tu, wajibal ghunnah ken mai kenduri husna plak.. hahaha..

    btw tahniah buat semua pasangan..

    ReplyDelete
  29. betul2 dah jadi runner ni ... semoga dapat biasannya ... heheheee

    ReplyDelete
  30. tu dia.. pha is siap bersilat tu, hehe.. banyak jemputan kenduri kahwin..

    ReplyDelete
  31. tarikh tu memang kemain banyak lagi kenduri. jenuh atur huuuu

    ReplyDelete
  32. Pergh!!Semangat betol Pha Is pergi sampai 7.. Kalau sha dah pening dah separuh jalan.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment