Skip to main content

Bila Hati Gelisah

sejak aku mula bekerja kat hospital ni, sidah ada beberapa kawan aku yang jugak merupakan pembaca blog aku ni tanya, kenapa aku tak ada share pengalaman bekerja sebagai seorang ahli farmasi? malah, kawan blogger pun ada mintak aku share pengalaman bertugas sebagai ahli farmasi kat sini.

Teena Tna, pemilik blog insanbiasabiasa.blogspot.com. merupakan seorang student farmasi.

bukan aku tak nak share, cuma rasanya tak banyak pun yang aku boleh share.. lagipun sekarang ni aku rasa agak serabut sikit. biasa la, dugaan baru bekerja. baru nak adapt. sementara nak biasa. kata orang, life begins at the end of your comfort zone. kan.? sekarang cuma mampu bertabah je la.


sekarang, 1st station aku dapat farmasi wad. wad cardio (jantung). kata orang, station ni agak mencabar. itu orang yang kata. tapi bagi aku, memang agak mencabar. terutamanya masa 1st week. sampai aku rasa takut nak masuk wad. sampai rasa macam nak kena "panic attak"..

Bila Hati Gelisah


sekarang dah okay sikit. Alhamdulillah.. sejak dari 1st week dapat station farmasi wad, setiap kali aku on the way nak masuk wad, aku akan baca doa ini:


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.
Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.
Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.
Dan aku berlindungan kepadaMu daripada hutang dan penindasan manusia
(H.R. Abu Daud)

*Doa ini diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid[1]




1. Muhamad Naim. (2011). Janganlah Kamu Bersedih. Blog Aku Islam; dipetik dari http://akuislam.com/blog/renungan/janganlah-kamu-bersedih/

Comments

  1. Ada masa nanti bole share ye Pha Is.. semoga sabar dan tabah dengan suasana keje kat hospital tu..

    ReplyDelete
  2. tak athu pulak keje farasi blh buat hati jadi x tenteram ... tak pe lah . kayuh perlahan - lahan . benda baru mmg byk nak kena belajar dan hadam ...

    ReplyDelete
  3. Biasakan diri dengan tempat kerja baru.. Take ur time

    ReplyDelete
  4. Biasakan diri dengan tempat kerja baru.. Take ur time

    ReplyDelete
  5. kumpul pengalmn sbg pharmacist tu bnyk2 dulu..bila dah lpg n ada kerajinan bolehlh share kan pha is.

    ReplyDelete
  6. Zumal pun nak praktikkan doa nie... Terima kasih atas perkongsian Pha Is ^-^

    ReplyDelete
  7. sy xda kawan kerja bhgn2 farmasi ni..ala nt free2 boleh la share pengalaman 1st keje..apa pun all the best! :)

    ReplyDelete
  8. Tq kongsi doa tersebut. Apapun CP doakan Pha Is dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Jangan serabut ok.

    ReplyDelete
  9. T kasih atas perkongsian Pha Is.. in shaa Allah.. akan dijadikan amalan.. semoga segalanya berjln lancar dan berjaya... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Pha Is,
    Semoga dimudahkanNya perjalanan hidupmu... Ameeeen

    ReplyDelete
  11. tertunggu2 jgk sharing dri PI pasal farmasi..
    selamat bekerjalah ye..
    hospital mana PI keja? Penang jugak ka?

    ReplyDelete
  12. psiko gak laa first dept terus clinical. kena usaha keras banyak laa.. takpe laa, fikir positif. alah bisa tegal biasa, insyaAllah Dia permudahkan. all the best faiz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. masa mula2 dulu tu, rasa macam nk nangis pun ader.. hehehe

      Delete
  13. oh, masuk-masuk terus dapat clinical ke? dulu selalu gak teman prp/frp buat kaunselling, check ubat pts kat ward. insyaAllah lama-lama nanti dah biasa. kalau dapat opd pulak mesti kaki lenguh gilaaa. hahaha, all the best in your career. ikhlaskan niat setiap pagi, semoga semuanya dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  14. good luck PI..lama2 adapt laa tu insyaAllah...mula-mula memang rasa pelik sikit kerja hospital..lama-lama jatuh cinta!..hosp is my 2nd home! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni pun dah macam 2nd home dah... rumah cuma tempat tido je.. banyak life berlaku kat hospital.. even masa cuti pun selalu kat hospital.. hehehe

      Delete
  15. Pha Is,

    satu cara lagi - Banyakkan baca surah AlamNasyrah banyak2... alaa,, jap ye.. namanya Surah Insyirah... Surah tu turun pun masa Nabi s.a.w. tengah risau dan sedih sebab kematian Pakcik (Abu Talib) dan isteri, Saidatina Khadijah r.a...
    Aku dah try,, memang mujarab... tidur malam pun lena... itu yang penting... Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tidur malam boleh lena nyenyak, okay la tuh.. ni gelisah dalam wad tu sampai terbawak2 dalam mimpi...

      Delete
  16. mula2 keje mmg macam tu pha is...lama2 ok la tu

    ReplyDelete
  17. Takpe pha iz slow2 insyaallah pasni ok laa tu

    ReplyDelete
  18. mula2 kerja dulu pun rasa mcm tu.. tp lama2 dh ok.. Memang ambik masa nak adapt kan.. :))

    ReplyDelete
  19. peringkat ermulaan semua orang akan rasai 'anic attact' x kira dalam apa2 bidang pun sebelum nk 'serasi' so berserah kepada Allah...buar dia yg jaga hati kita

    ReplyDelete
  20. Pelan2 kayuh Pha Is, slmt m'jalani hari2 bekerja.....;-)

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang baik Pha Is

    ReplyDelete
  22. Assalam pha is,
    akakdengor skop kojer kamu pun dah takuit hokeyh
    pa paun try ur best naaaaaaaaa
    moga segalany dipermudahkan

    ReplyDelete
  23. Saya ingatkan kerja farmasi ni relek saja. Tak ada stress-stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih.. dari mana dengar tuh? hahaha

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal