Thursday, April 23, 2015

Johor Dan Gayong

dalam dua bulan lepas, aku sebenarnya telah berkesempatan pergi jalan-jalan melancong ke negeri Johor dengan 2 orang kawan. kenapa negeri Johor? sebab Johor paling jauh dari Penang. nak pi sabah sarawak, tambang flight dah lari bajet. hehehe..

antara kawasan yang sempat kami singgah termasuk Tangkak, Muar, Rengit, Tanjung Piai, Johor Bharu, Kota Tinggi, Mersing, dan sampai la ke Endau. dan dari pemerhatian aku, antara perbezaan yang dapat aku lihat kat negeri johor ni adalah jamban di sini banyak yang guna Gayong (cibuk). susah nak cari yang ada paip getah.

gayong basuh berak
cibuk jamban (gambar sekadar hiasan)

serius. sebab aku dah terbiasa kalau berak, basuh guna paip getah. dah lama tak pakai cibuk. sebab tu aku dapat rasa sangat perbezaan tu. paling ketara, bila kami sampai sempadan antara endau dan rompin (pahang). masa berhenti kejap kat endau, tandas disana masih guna gayong.

tapi bila dan sampai je kat rompin, singgah isi minyak, saja aku buat lawatan pi tandas kat situ. bila tengok, baru jumpa tandas yang menggunakan paip getah. fuh... kat situ, dah buat aku musykil :

ada apa dengan orang johor dan gayong ni..?

28 comments:

  1. saya pun tak dapat nak jawab walaupun sy orang orang johor..Memamg dari tok nenek dulu guna gayung ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya rang johor ni mmg pentingkat tradisi kot.. hehehe

      Delete
  2. Ntah.. dan akak dah terbiasa dari kecil menggunakan gayong.. baru puas mandi.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. guna gayong baru puas mandi atau membersih..jimat air juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau saya, rasanya gayong lagi banyak guna air.. hehe.. so, rasanya ikut cara mandi jugak la..

      Delete
  4. Replies
    1. saja.. sementara ada masa terluang.. :)

      Delete
  5. Org johor silatnya pun bnyk silat gayung.. sbb tu mcm tu. Nak cibuk pun sebenarnya ada style kena belajar tu Pha Is ehehee.. :D

    ReplyDelete
  6. apa dia hang ni cite part toilet haha :p

    ReplyDelete
  7. ok skrg sy pun dh mula curious mcm awak..kahkah

    ReplyDelete
  8. Macam tu pun boleh yer Pha Is...

    ReplyDelete
  9. uiskk.. tandas mana yang Pha Is singgah tu, Nurul duk lama sini, takde plak jumpa yang gitu, jumpa jenis cam paip tu juga..

    ReplyDelete
  10. erk,kejap..kena tanya encik suami dulu ni.hehehe..tapi mujur kat rumah mak mertua IbuNoey ada juga getah paip.sebab IbuNoey pun lagi suka guna getah paip.

    ReplyDelete
  11. Yelah, lepas saya baca entri ni, baru saya teringat tandas rumah sepupu saya di Pekan Nenas, Johor pun pakai gayung, tak guna paip getah.

    ReplyDelete
  12. lama tak pi johor sebab jauh.. memang tak lepas. sna pakai lg. kt rumah pun pakai. hehee

    ReplyDelete
  13. Mungkin silat gayong b'asal dari Johor....

    ReplyDelete
  14. tak perasan la plak...pakai paip lagi selesa kan...

    ReplyDelete
  15. cibok ke cebok ke sebok hihihhi

    ReplyDelete
  16. dorang malas nk padang getah paip...cepat kotor..nk pasang yg besi mahal

    ReplyDelete
  17. Saya boleh je cebuk samada pakai gayung mahupun pakai paip getah. Yang penting mesti pakai air.
    Cuma belum biasa lagi istinjak pakai tisu tandas.
    Errr, pernah sekali kot. Kena kat hotel mewah tengah2 Kolumpur. Apahal tah, memang nama je bilik air tapi takde air (kecuali di sinki yang jauh di luar).
    Niat istinjak je lah. Tapi bila jumpa masjid/surau/stesen petrol (tak ingat mana satu), cepat2 singgah cebuk pakai air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah handle diner kat hotel, tapi petang tu masa persiapan tempat, nk terberak. cari jamban yg ada air tak jumpa.. last2 merempit balik U masuk tandas asrama..

      Delete
  18. Assalam pha is,
    laaaaaaa
    iyer ker????
    pakai cebok lagi yer
    akak pun memang pakai getoh ayor jaaaaa
    baru puas he3 :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...