Thursday, February 5, 2015

Cinta Till Jannah


Ramai orang tersalah konsep 'until jannah' ni. Yang bercouple selfie amek gambar laga pipi letak caption ‪#tilljannah. Yang dah masuk Universiti, jalan pegang tangan pakwe makwe, selfie kat tasik, kedai makan, shopping complex, letak caption, semoga hubungan kita kekal #tilljannah.

Yang dah bertunang pun tak kurang hebatnya. Belum kawin lagi dah berjalan dating sakan dengan fiancé‬ nak kongsi happy kononnya tapi kawinnya tahun depan. lambat lagi. Tapi dah boleh pegang tangan, peluk pingang, geletek sana geletek sini, Berhenti sat satu tempat ambil gambar letak caption #tilljannah

#tilljannah


Orang melayu Islam kita angan-angan tinggi nak sampai syurga, Tapi perilaku bukan nak kata sampai syurga, nak bau syurga belum tentu dapat.

Bukan ke Nabi SAW sebut dalam hadith : "Yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata"

Kita nak #tilljannah tapi kita tak bayar dengan harga yang mahal. Malah kita jual plak harga diri kita. Syurga ni untuk orang-orang yang baik-baik yang hidup tak lain tak bukan, hanya nak redha Allah.

Syurga itu mahal.


tak salah pasang impian untuk #tilljannah tapi kena selari lah dengan amal kita. Ibaratnya, hotel 5 bintang masakan boleh masuk dengan hanya harga RM50.?

Jangan seronok #tilljannah sangat, silap-silap ‪#‎tilljahannam


dipetik dari :
Inchique Aiman. (2015 Jan 6). Facebook Status; https://www.facebook.com/thoriqzyad/posts/1009718752389587#

31 comments:

  1. HMM..SETUJU DGN N3 PHA IS...SYURGA TU TERLALU MAHAL..UTK DAPAT MASUKINYA PERLUKAN BERAMAL IBADAH SEBAIK MUNGKIN SAMBIL MNGHARAPKN BELAS EHSAN ALLAH..

    ReplyDelete
  2. Pelikkan couple2 sekarang ni..bergambar bagai nak rak..bersentuhan bukan muhrim boleh pulak letak #tilljannah. Semua nak ikut trend tapi ilmu kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. kadang2 ada ilmu, tapi x beramal.. tahu halal haram, tapi buat jugak..

      Delete
  3. aku syak diorang terpengaruh dengan novel2 zaman sekarang ni la. tak pun banyak sangat tengok drama ala islamik pelakon pakai tudung tapi ada scene atas katil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. yg ni stuju..!! bahaya pengaruh cerita yg kononnya ala islamik tapi membawa mesej yg "tercelaru"..

      Delete
  4. cinta sampai syurga tu lepas kawen bukan bercinta bagai.

    ReplyDelete
  5. Hmm...dunia akhir zaman...kalau boleh minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  6. Semoga dijauhkan dari selfie-selfie yang #tilljahannam

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Setuju sangat dengan kenyataan ini...
    Sesuatu yang mahal untuk didapati semestinyalah mahal juga saham untuk persediaannya...

    ReplyDelete
  8. Kalau bercinta biar sampai jannah baru indah

    ReplyDelete
  9. dinding asrama kite penuh dengan 'ilove you bie tiljannah' . kita tukar tillnerakah . hahaha jahat tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. cek bolat mmg macam tuh.. "necessary evil".. heheh

      Delete
  10. niat 'tilljannah' tu tidak sejajar sgn usaha dan perangai...niat sahaja tak cukup.

    ReplyDelete
  11. most of the people buat cmtu for 1 reason. dipandang sweet oleh orang lain. tp diorg x perasan yg dipandang sweet oleh Tuhan itu lagi manis rasanya.. manis nya till jannah :)
    *sekadarberkongsi

    ReplyDelete
  12. Betul tu, yang penting perhubungan yang halal.

    ReplyDelete
  13. btul...kdg kdg mcm xseswai plak caption mcam tu....

    PS : Pha Is dah posting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je dapat posting.. kat hosp. penang.. :)

      Delete
  14. ramai yang tak faham erti tilljannah tu..hehe..

    ReplyDelete
  15. yang mana couple tu.. cinta till jahanam.. bak kate ustaz kazim... maap ye mane terasa...

    ReplyDelete
  16. satu nasihat dan peringatan yang baik.. Semoga kita semua dikuatkan fizikal, mental dan iman utk sama-sama ke syurga Allah.. aminn.. jom tulis yg baik dan ajak kawan2 buat baik Till jannah.. huhu

    ReplyDelete
  17. Bukan setakat pegang² je baru x boleh.. couple tu sendiri pun xboleh.. mana nak till jannah nya..

    ReplyDelete
  18. apa boleh buat...bia seronok bercinta...syaitan datang mencelah..menghasut itulah jadinya...bila kurang ilmu agama kurang kefahaman dan x nk ambil tahu begini jadinya..bila dh kawin ramas rimas nk pegang2 nih..pastu x de dah tag tilljannah tu...arghh..x nk komen lebih2 sbb diri sendiri pun x alim dan x baik di mata manusia dan Allah huhhu

    ReplyDelete
  19. Setuju sangat..Cinta selepas kahwin jer biarlah sampai ke syurga ..yg tengah bercinta cintun tu tak layak nak cakp gtuuuu..

    ReplyDelete
  20. Setuju.. banyak sgt caption till jannah kt dlm sosial media ni. Nasib baik dlm blog xjumpa lg

    ReplyDelete
  21. couple couple mengada je tu. bak kata UAI, till jahanam :)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
  22. Sah suami-isteri tak apa #tiiljannah :)

    ReplyDelete
  23. teringat nama kawan perempuan nama Jannah

    ReplyDelete