Monday, August 25, 2014

Kelemahan Blog Berubah Wajah


kalau diikutkan, sejak penubuhan blog aku ni dari tahun 2010, dah beberapa kali blog aku ni dah bertukar wajah.. terutamanya masa mula2 berblog dulu. biasa la, masa tu zaman mula mencari rentak sendiri. zaman mencari identiti sendiri untuk blog.

tapi bila dah akhir-akhir ni, rasa malas plak nak tukar wajah blog. bukan sebab malas sangat pun sebenarnya. tapi bila memikirkan kelebihan dan kelemahan menukar wajah blog, aku lebih suka memilih untuk stay pada wajah sekarang ni.

Kelemahan Blog Berubah Wajah


sebagai contoh, aku bagi 1 scenario. scenario antara logo BMW dengan Proton. cuba korang tengok sendiri perbezaan antara dua logo ni:

BMW logo evolution

Proton logo evolution

kedua-dua logo ni berubah dari masa ke semasa. tapi bila tengok logo BMW, walaupun logo berubah, tapi ciri utama yang menjadi lambang kepada BMW itu sendiri tetap dikekalkan. jadi, tak kira mana zaman sekali pun, kalau tengok logo BMW, tetap orang boleh kenal.

bila tengok logo proton plak, bila tengok logo terbaru proton, langsung tak sama dengan yang sebelumnya. yang sama cuma bentuk outline je, tu pun tak nampak sama sangat. jadi, kalau orang dulu2 yang berada pada zaman 90-an bila tengok logo tu, mesti diorang tak cam.

p/s : bukan nak kondem proton. cuma nak tunjuk contoh.. 

so, dah nampak dah disitu antara keburukan bila menukar wajah blog, kalau tukar total 100%, seolah-olah 'hilang identiti' blog tersebut, terutamanya bila blog tu sudahpun berada pada keadaan yang mantap (steady state).

kalau ada sebelum ni pembaca tetap blog yang ter'lost-contac' dengan blog X tetiba terjumpa balik blog X tu yang sudahpun berubah wajah secara total, kemungkinan high possibility yang pembaca tu tak akan cam lagi blog X tu. apatah lagi kalau nama blog pun dah tukar.

Tips menukar wajah blog


tapi kalau tak pernah tukar langsung, nanti jadi boring pulak kan. so, kalau nak tukar, seelok-eloknya jangan tukar semua. cuba cari identiti yang boleh dikekalkan. tak kisah dari segi logo blog, warna asas blog, font header/nama blog, dan sebagainya.

kalau jenis tempek gambar muka sendiri kat header tu lagi senang. tukar macam mana pun, ada gambar muka sendiri. tengok header je, orang dah cam siapa penulisnya. aku nak buat macam ni tak sesuai, sebab muka aku ni tak ada 'nilai komersial' i.e. tak hensem. so, tak dapat la nak letak. hehehe..

tu pun kalau memang korang berhasrat nak 'hidup lama' dalam dunia blog la. at least ada la nampak kredibiliti sikit. baru ada umph..!!!  hehehe... alang-alang berblog, biar dengan style.. yer dok?

bila dah 20-30 tahun akan datang, boleh letak tambahan "since 2010" kat header. nampak classic gitu..

tapi ni pendapat aku je la. masing-masing ada citarasa dan pendapat sendiri. terpulang.. :)

55 comments:

  1. Saya memamng rajin tukar wajah blog. Tapi header punya tagline dan sidebar tak pernah berubah. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Bila tukar wajah blog, kena cari yang lebih baik. tu yang sukar..kita still looking for the best template. Tapi originaliti mesti ada kan pha is..

    ReplyDelete
  3. ekekeke..bila tengok perbandingan tu, rasa betul jugak..out sungguh, logo proton setiap kali berubah

    ReplyDelete
  4. Heheh mula2 dulu sellau tukarnjugak Pha Is..macam2 pesen tukar tu tukar ni ..sekarang ni dah jatuh suka dgn template yang Blogger Azhafizah buat jadinya tak tukar2 sampai la sekarang ..

    ReplyDelete
  5. Trademark kat blog kak lya masih sama muka budak kecik tuuu lerrr hehehehhe Akif Imtiyaz

    ReplyDelete
  6. wah berwajajah baru selalu ya...

    ReplyDelete
  7. Kalau saya pulak bukan taknak tukar wajah, tapi tak reti nak edit2 sume ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. edit simple2 sudah.. pakai yang template blogger tu je.. x payah nk pening nk edit coding apa semua tu.. :)

      Delete
  8. betul jgak bila blog berubah wjah ni, akan lost contact lain, lbih-2 lg klau tukar link blog.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tukar link, yg tu ibarat macam tukar no fon la.. hehe

      Delete
  9. dah lama tak buat penukaran pada wajah blog mak budak..
    nak buat tapi rasa berat..

    ReplyDelete
  10. Setuju tu pha is... itu sebabnya walau idah tukar wajah blog pun... idah masih mengekalkan header yang lama... walaupun header tu macam outdated jer kan... :D

    ReplyDelete
  11. Hahaa, xde nilai komersial ye... Pada Cikna ok je kot letak pic sndri "BLOG KITA, WAJAH KITA" pedulikkan apa org nk kata....;-)

    ReplyDelete
  12. saya setuju..
    Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas

    ReplyDelete
  13. Haritu baru je nak tukar template blog tp tak jadi. Nnt byk pulak nak kene setting. Jadi kekalkan apa yg ada.

    ReplyDelete
  14. Tukar template mengikut keperluan semasa. Sekarang ni template responsive penting sebab semakin ramai pengguna menggunakan telefon pintar/tablet untuk buka blog. Yg lecehnya nak adjust coding...pening wey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bab coding tu yg malas. hahha..

      Delete
  15. BBL suka tukar header je sebab ikut peristiwa tapi logo asal tetap kekal. kena take noted entry ni

    ReplyDelete
  16. Nak tukar camne pun, yang penting ciri-ciri utama tu kena kekalkan kan..supaya ada identiti tersendiri..hehe

    ReplyDelete
  17. sejutu..ssh jgk main tukar2 ni....hihihih

    ReplyDelete
  18. Betul tu.. Cuma skrng bnyk template dah beralih ke arah responsive. Klu nak tukar pun biarlah betul2 sesuai di hati & tak menghilangkan origanilitynya. James bond tetap james bond walau pun dah bnyk kali tukar pelakon.. ada yg best & ada yg tak best hehee.. :D

    ReplyDelete
  19. ain la tu jenis suka tukar2 background.hehe..tp tepek gmbr dekat header,sng org nak kenal kan

    ReplyDelete
  20. Pha Is...lama akak x singgah sini..pastu nama x masuk dalam list top commentar..x bolrh jadik nhi..

    akak ni x pandai sgr nak create header blog or nak kasi blog nampak cantik..main guna je tempalate yg ada..header blog pun ntah apa2..ntah org notify ke tak blog akak tu hiksss

    ReplyDelete
  21. Betul tu Pha is...tak boleh tukar 100%..nanti orang susah nak cam...

    Sekurang2nya kekalkan satu ..dua tanda pengenalan blog kita...header ke...nama blog ke...kan..

    Macam blog Pha is ..'Budak pening bercop mohor' ni..... terbaek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cop mohor tu baru je buat.. yg paling lama tagline blog la.. hehehe

      Delete
  22. Takyah pening2 kepala selalu pha is..ha ha.. Biarkan aje. Sbb Akhirnya, pilihan tetap ditangan masing2. Yg penting, happy dan enjoy blogging ;)

    ReplyDelete
  23. muka tak de komersial?? hahaha..lawak!!

    ReplyDelete
  24. The Versatile Blogger Award! Anda ditag.
    http://ezelovesse7en.blogspot.com/2014/08/the-versatile-blogger-award-seven.html#axzz3BQNwddO6

    ReplyDelete
  25. suka jugak tukar header.. kalau keseluruhan blog tu jarang-jarang lah.

    ReplyDelete
  26. Zumal jeles tengok blog orang lain cantik... Zumal ni macam tu jer ^_^

    ReplyDelete
  27. Scha pernah tukar template and url blog. Dengan nama2 sekali tukar. Ada yang masih kenal dan dapat juga kawan baru. :)

    ReplyDelete
  28. setakat ni nama blog tak pernah tukar lagi. tema pun kalau boleh aku cuba kekalkan.

    ReplyDelete
  29. belum tergerak hati untuk menukar header supaya blog ada berubah wajah!

    ReplyDelete
  30. lama jugak tak tkar header :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/08/wira-malam-bukan-sekadar-pendekar-pilih.html

    ReplyDelete
  31. betul tu pha is.. kalau dulu mgkin tkar2 wajah blog sbb msh mencari identiti blog sendiri.. tp skrg mmg rasa da mls nak tkr.. hehe..

    ReplyDelete
  32. betul tu, walaupun tukar perlu kekalkan identiti

    ReplyDelete
  33. betul tu, walaupun tukar perlu kekalkan identiti

    ReplyDelete
  34. erm... betul... sekadar tukar background ke header ke ok kot :)

    ReplyDelete
  35. Saya mengenakalkan nama blog dan trademark kata-kata "Terima Kasih Mengunjungi Blog Cik Misstree. Sila Tinggalkan Jejak Anda Dalam Ruang Komen. Insya-Allah, Cik Misstree Pula Melawat Blog Anda".

    ReplyDelete
  36. lama xsinggah sini.. setuju dgn kata pha is.. blog dh byk kali tukar warna tp klau xletak gambar rasanya xsab. nama xpernah tukar lg la

    ReplyDelete
  37. aisyah lagilahhhh... memang blog mcm gitu je. tak penah terdetik nak renovate tang mana2. keke.

    ReplyDelete
  38. letih bila nak bt perubahan..tapi perubahan tu kadang2 perlu untuk upgrade kan kan.. done follow sini..

    ReplyDelete
  39. btol tu bro. perubahan yg terlalu ketara kekadang boleh mencelarukan.
    yg penting ada trademark. atau identiti blog.

    ReplyDelete
  40. dulu rajin juga tkar header
    tp skrg malas pula
    so stick je dgn yg ade skrg ni

    nama blog mmg tak pernah tukar haha

    ReplyDelete
  41. aah kan, betoi jugak..ngee..dulu zaman praktikal byk msa senggang, mmg rajin godek2 coding2..
    pastu mkin malaih..
    rsanya nk kekalkn je blog ni theme cute gitu..kekeke..

    ReplyDelete
  42. saya cepat bosan dengan blog saya sendiri hehehe
    http://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete