Skip to main content

Dugaan Peruncit Farmasi

just nak share sebuah keluhan yang aku petik dari FB page PharmacyRxM'sia  keluhan mengenai suka-duka dalam fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist) kat malaysia.

Suka-duka dalam Fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist)



Beli ubat rm2
Ada diskaun?
Beli ubat rm20
Ada diskaun?
Beli ubat rm200
Ada diskaun

(Dalam fikiran : Ingat Pasar malam Kah)

Ada Jual rokok?
Ada cuci gambar?
Ada fotostat?
Ada Jual setem?

(Dalam fikiran: ingat Ni mini market ke atau Jusco)

Ubat Ni halal?
Supplement Ni halal?
Krim Ni halal?
Jus Ni halal?

(Dalam fikiran: Susah jawab, mana ada ubat Amlodipine letak logo halal, mana krim Ada letak logo halal. Tanya halal, Tapi x tahu haram kalu pakai mini skirt)

Wah mahal u jual, I beli murah je
Mengapa u Jual mahal Dari sebelah
I beli KL rm20, sini Sabah Jual rm30
I beli banyak, Kira murah sikit

(Dalam fikiran: kalu sana murah, buat apa beli sini & komplain pulak, pergi la sana)

Minta maaf, ubat Ni x boleh Jual Tanpa RX
Saya biasa makan
Saya Doktor
Mak saya Doktor
Nenek saya Doktor
Cucu saya Doktor
Jiran saya Doktor

(Dalam fikiran : Kan dah cakap perlu RX, apa kaitan u Doktor, keluarga Doktor atau pun anak doktor)

Ubat ini tidak sesuai untuk budak
Saya biasa Jumpa Doktor, Doktor yang bagi
Doktor cakap boleh
Mana tidak sesuai, Doktor biasa bagi
U ingat U Doktor Kah

(Dalam fikiran: Sekadar beri nasihat saja, kalu semua jual Tanpa beritahu, apa guna I belajar farmasi)


Boleh bagi ubat yang paling kuat?
Saya nak paling mujarab...
Esok exam, bagi ubat boleh sembuh besok?

(Dalam fikiran: Ingat Saya Harry potter Kah, mana wujud ubat ajaib)

To long bagi ubat yang I biasa ambil tu.
Bagi ubat minggu lepas yang I beli
Saya biasa beli, u ingat punya
Ubat putih tu, yang rm3 tu

(Dalam fikiran: Mana saya ingat tu, ingat u seorang je customer sini)

Shhhhhhh...
Hey, a..da ubat kasi panjang?
Bos, Ada Jual kasi nafsu?
I nak ubat kuat batin!
Ada Pil khayal Jual?

(Dalam fikiran: Apa la jantan Ni)

Shhhh...
Ada ubat kasi gugur?
Ada cytotec?
Bos, Ada tolong kasi buang hamil?

(Dalam fikiran : Tambah Lagi kes buang bayi)

Bagi ubat SalahKasi (celecoxib)
Saya nak ubat Pondan (Ponstan)
Ada Jual Spray Ciplak (MDI jenama cipla)
Belah dua satu (Berodual satu)
Ubat Lu-Syaitan (Losartan)

(Dalam fikiran: ????????????)

Ada ubat buang lemak?
Ada ubat turun berat?
Ada krim hilang buncit?
Ada Pil kurus?

(Dalam fikiran: Saya Lagi gemuk Dari u, mana la nampak gemuk pun, tak baik ambil ubat kalu tidak perlu)

Cerita ini adalah rekaan semata-mata & Tiada sebarang kaitan hidup Dan mati...

Kami memohon maaf, Jika terdapat perkataan yang menyinggung perasaan Anda...

Rekaan PharmacyRxM'sia



sumber
PharmacyRx M'sia. (2014 June 18). Suka-duka dalam Fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist). dipetik dari https://www.facebook.com/notes/pharmacyrx-msia/suka-duka-dalam-fikiran-seorang-peruncit-farmasi-retail-pharmacist/895973063751341

Comments

  1. macam-macam kan..susah jugak nak menjawab...

    ReplyDelete
  2. Berniaga apa pun kita akan jumpa customer camtu... Kadang2 lawak, kadang2 seram jugak :)

    ReplyDelete
  3. haha phais mengata ke? haha minggu lepas g clinic sy mintak ubat cepat sembuh saya nak menikah... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. alasan x bleh blah.. hahaha..
      yer la.. tahu la dah jadi bini orang sekarang ni.. hehehe

      Delete
  4. Hahaha. Masa saya praktikal kat farmasi dulu lebih kurang jer cmni. Macam2. Kena pandai2 la nak jawab apa. Btw, da tau ke posting prp?

    ReplyDelete
  5. ehehe lawak la..ubat lu-syaitan??haha adeiii sabar jela..

    ReplyDelete
  6. macam kerenah pelanggan kita akan jumpa.. kekadang kelakar, adakala sakit pun ada.. ;)

    ReplyDelete
  7. hahahaaaa... ini lawak... ika pn kje bhgian cust service.. mmg hari2 jmp cust pelik2..

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete
  8. sakit perlukan ubat...susah juga nk layan pembeli ubat gpnp...

    ReplyDelete
  9. Banyak dah farmasi skrg ni... senang sbb macam-macam ada

    ReplyDelete
  10. Bagi ubat SalahKasi (celecoxib)
    Saya nak ubat Pondan (Ponstan)
    Ada Jual Spray Ciplak (MDI jenama cipla)
    Belah dua satu (Berodual satu)
    Ubat Lu-Syaitan (Losartan)

    Hahaha...

    ReplyDelete
  11. keje dengan frontline nie sebenarnya sedikit menguji cabaran sebab kita akan jumpa dengan ramai orang...hehehe..menabung huawei sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Mcm2 perangai org ni kan... dugaan hmmm...

    ReplyDelete
  13. Wah banyaknya masalah..he..he..

    ReplyDelete
  14. Cust mmg suka tanya doklan merepek kat sale person.... sabarjela

    ReplyDelete
  15. Banyak jugak nak kena menjawap tu ..Huhuhuhu ..Soklan plak boleh kira susah jugak tu huhuhuhu..........

    ReplyDelete
  16. perkara tu kadang kala mmg berlaku ... heheheee ... kerenah manusia .

    ReplyDelete
  17. Sebelum saya bekerja di Labuan, saya berurusan dengan doktor pakar hospital swasta di Sg Petani. Saya diberi ubat yang dikategorikan sebagai ubat doktor pakar. Tiba di Labuan, hospital swasta memang tak ada, hospital kerajaan (baru) di Labuan tak ada doktor pakar. Pengalaman saya berurusan dengan doktor di Hospital lama Labuan yang tidak menyediakan doktor pakar maka cuma jumpa doktor dan ubatnya saya mesti ambil di hospital kerajaan baru di Labuan (hanya menyediakan ubat dikategorikan ubat doktor pakar). Walaupun saya membawa medical prescription dpd doktor di hospital lama Labuan, untuk mengelakkan sebarang kesilapan, pegawai farmasi di hospital lama Labuan mengajar saya cara menyebut nama ubat berserta dengan berat ubat (mg) contoh, Paracetamol 500mg. Dari situ, saya tahu bagaimana menyebut nama ubat serta kepentingan berat (mg) pil/tablet menentukan dos pengambilan sesuatu jenis ubat. Kini, saya tidak berurusan lg dengan allopathic medicine sebaliknya kini saya berurusan dengan ubat homeopathy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah di atas perkara biasa yang berlaku di kedai2 farmasi. Bukan semua pesakit tahu menyebut nama ubat dgn betul berserta dgn berat kapsul/tablet termasuk pesakit yang berpelajaran tinggi (bachelor/master/phd). Saya tergelak juga baca entry di atas :D

      Delete
  18. haha serious kelakar.
    perangai customer ni mmg pelik2
    harga dah letak
    details pun dah ada
    sibuk suruh pm. heh

    ReplyDelete
  19. Banyak ragamkan pelanggan macam ni. Nak tak nak memang kena hadap orang yang macam ni. Yang penting senyum selalu. ;)

    ReplyDelete
  20. memang seronok juga baca cerita ini..ada unsur pengajaran..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  21. *teringat diri sendiri ketika berurusan dikaunter Farmasi* eheeheee... tapiii takde la teruk begitu ye.. ehemmm.. ahaha

    ReplyDelete
  22. Macam-macam perangai nak deal dengan orang ramai ni. Paling tak tahan bila deal dengan customer yang 'terlebih' bijak ni.

    ReplyDelete
  23. sepatutnya kena lebih peka tentang kerjaya org jugak...mintak diskaun tu perkara biasa biarpun tau takkan dapat...

    ReplyDelete
  24. Tergelak baca..hihihi..macam2 customer ni..

    ReplyDelete
  25. hihi..mcm2 karenah..bila berhadapan dgn customer ni mmg kena byk bersabar..lawak lak baca..

    ReplyDelete
  26. kelakar gak bila baca....customer...macam tu la ...nak tak nak kena layan...hehehe

    ReplyDelete
  27. kesiannya depa kena layan customer macam ni. banyak songeh betol

    ReplyDelete
  28. Manusia.... seribu satu macam... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL | specification