Tuesday, March 11, 2014

Silat | Pertahanan Diri Yang Cukup Hebat

tetiba terperasan sebuah komen dari +noor liyana , minta aku tuliskan sebuah entri berkenaan silat. bila difikirkan balik, dah lama aku tak tulis pasal silat. mungkin sebab sekarang aku dah kurang aktif, tak macam dulu. kalau dulu, ada je entri yang aku tulis pasal silat. entri aku yang bertag "silat" ada dalam 43 entri.


Pertahanan Diri Yang Cukup Hebat


tapi, tu dulu la. nak cerita pengalaman, rasa macam dah banyak pengalaman yang aku dah luahkan sebelum ni. enri masa aku baru mula nak berblog la. enri dalam tahun 2010-2012 macam tu. kali ni aku cuma nak bangkitkan isu berkenaan silat ni.

1. kenapa mesti belajar seni pertahankan diri?


bagi aku, ilmu seni pertahankan diri ni macam ilmu berenang la. kita belajar sebagai persiapan. memang belum tentu lagi nak guna, tapi masa akan datang kita tak tahu. kan? mana tahu nanti tetiba kita naik bot tanpa jaket keselamatan, lepas tu bot tu karam. ha, masa tu baru la fikir, kenapa la dulu aku tak belajar berenang.

bersilat di titi kerawang.
untuk gambar selanjutnya, lihat entri ini : bersilat di titi kerawang 

sama la halnya dengan ilmu pertahankan diri. nanti, bila dah terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita pertahankan diri, tak kan masa tu baru nak menyesal kenapa dulu tak belajar seni bela diri. kan?

2. kenapa mesti silat?


ha ah, kenapa tak masuk je kelas tae kwan do ke, krav maga ke, dan sebagainya. aku tak kata belajar tae kwan do salah. aku cuma nak bagitau yang kita juga ada identiti kita sendiri sebagai orang melayu. sama la macam bahasa. tak salah belajar bahasa asing, tapi pastikan dulu bahasa ibunda kita terpelihara. kalau semua nak belajar bahasa asing, sapa nak pertahankan bahasa melayu?

kita ada ilmu pertahankan diri hak kita. warisan nenek moyang kita. kenapa nak dipersiakan? takut tak cukup 'power'? belajar dulu, fahami 'isi' dan 'kulit' dalam silat. kemudian baru bandingkan.

3. relevenkah silat?


aku cukup hangat hati bila ada yang kata sekarang orang tak main dah silat semua tu. sekarang orang pakai pistol. cakap kencang. meh aku nak tanya, yang cakap tu ada pistol ka? orang malaysia ni bawak pistol macam bawak beg duit ka? so, mana lagi relevan? silat, atau pistol?

pistol vs silat
klik gambar untuk tumbesaran sempurna

lagi satu, kalau betol pun kita berhadapat dengan orang yang ada pistol, dan kalau korang percaya yang korang dah tak boleh buat apa-apa sebab takutkan pistol tu, aku nak tanya korang soalan ni : korang tak rasa syirik ke sebab takutkan pistol?

persembahan dari Srikandi berpurdah dan berhijab dari Gelanggang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Padang Terap, Kedah. persembahan sempena "Himpunan 1000 Srikandi Wanita Melayu" yang diadakan pada 1 Mac yang lalu, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa
sumber gambar : Persatuan DUNIA SENI SILAT MELAYU Malaysia (fb group)


4. ilmu kebatinan?


aku tak kata bila korang belajar silat, orang tembak dengan pistol jadi tak lut. aku cuma nak kata, kalau betol korang belajar silat luar dan dalam, isi dan kulit, zahir dan batin, korang tak akan gentar dengan pistol sebab korang tahu, pistol tak akan meletup kalau Allah tak izinkan.

kita cuma usaha buat persiapan jaga diri. itu Allah yang suruh. resultnya nanti, terpulanglah kepada Allah. kalau dalam situasi yang macam tu, kalau Allah kata kita mati, mati lah kita. buat la macam mana pun. tapi sebelum tawakkal, kena usaha...

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya...."
(Al-Anfaal 8:60)

itu apa yang aku diajar berkenaan ilmu kebatinan dalam silat. bukan ilmu tahyul khurafat. kami belajar silat tapi tak bergantung kepada silat. kami belajar silat tapi bergantung hati kepada Allah. untuk bacaan tambahan berkenaan kebatinan dalam persilatan, boleh tengok entri ni : silat hantu raya

5. tahyul / khurafat ?


bab ni, agak kontroversi sikit. aku tak kata semua silat melayu bersih dari amalan tahyul ni. dari pengalaman kawan yang sama-sama belajar silat, dari jurulatih-jurulatih yang aku belajar, aku dapat tahu memang ada sesetengah silat yang masih pakai khadam. tapi tak semua.

sekarang ni, susah nak jumpa silat yang jenis macam tu. banyak lagi silat2 lain yang tidak bercanggah dengan agama. contohnya, silat2 yang "mainstream" seperti silat cekak, gayong, lincah, gayong fatani, dan sebagainya. silat-silat yang diiktiraf oleh jakim.

6. masih musykil?


bagi orang penang, kebetulan hari ahad ni ada majlis penerangan dan mini demonstrasi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) cawangan Pulau Pinang. kalau ada sebarang kemusykilan tantang silat ni, boleh tanya dengan jurulatih sendiri. tanya face to face, baru puas hati. yer dok? hehehe

pengambilan ahli baru, psscm, warisan mutlak

yang 16 mac tu penerangan je. tak nak daftar lagi pun tak pe. boleh je pi tengok dahulu...

93 comments:

  1. Suami KN mmg ahli silat, selalu suh KN belajar jugak! Sori... tak minat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat juga .. time sek men join silat... tapi bila masuk u join taekwando lak, nak cuba yang lain :p ... la ni, dah kawin tade masa nak join silat bagai :)

      selamat bersilat buat ahli yer :)

      Delete
    2. KN : x pe.. x bleh paksa2.. heheh

      PW : dah kahwin, bersilat dengan suami la.. hehehehe..

      Delete
  2. Zumal ni silat tak tahu, berenang pun tak tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, kenapa tak belajar.. x teringin ke..? hehehe

      Delete
  3. Munirah dulu silat gayung. tapi dah lama tinggal. masa zaman sekolah menengah lagi. sayang pula tinggal. tapi tak tahu nak sambung belajar kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. silat gayung bukan ada banyak kelas latihan seluruh malaysia ke..? boleh je try cari.. hehehe..

      Delete
  4. pernah nk belaja silat tp mcm xkesampaian pulak..hehe..

    ReplyDelete
  5. Pernah juga terlibat dlm silat gayong, paling aktif masa zaman sekolah dulu2.. lama dah..
    Tp apa yg saya belajar, silat ni mmg membentuk displin diri & etika dlm kehidupan.
    Baru2 ni ada saja2 ikut kawan lama yg terlibat dlm silat lincah.. test2 sparing hehee.. tp, penangannya tangkap kat pinggang smpai tak boleh bangun pagi2 huhu.. Last2 kena cari tukang urut pulak... :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belajar silat gayong time sekolah dulu...ada sesetengah kawan saya siap apply ilmu parkour lagi dalam silat ni, memang teruja kalu orang tengok persembahan diorang~

      Delete
    2. Munirah pun silat gayong jugak. tapi dah lama tinggal. sayang plak. huhu

      Delete
    3. Dah lebih 2 tahun tinggal, tak taulah kalau jumpa orang jahat tiba2 akan terbuka langkah silat dgn sendirinya

      Delete
    4. tudia.. banyak geng gayong rupanya kat sini.. hehehe...

      insyaAllah.. kita dah usaha buat perispan. kalau tiba masa diperlukan silat tu, kalau atas izinnya, insyaAllah.. "kun fayakun"..

      Delete
  6. btul tu.. kadang2 amalan silat ni mcm tahyul sket.. sbb atok sy pun dulu seorang pesilat... tapi hnya mereka tahu kebenarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mmg kita tak nafikan.. tapi x semua macam tu.. ada yg benar2 usaha dalam kearah membuang amalan tahyul dan khurafat..

      Delete
  7. penting sekali ada ilmu mempertahankan diri ni n seni silat warisan toknenek zaman dulu menjadi warisan yg xternilai, ambil pelajari ilmu2nya yg xmenyalahi hukum...nabi saw juga menggalakan umat pelajari pelbagai jenis ilmu mempertahankan diri....entri yg sangat baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sebab nabi pernah pesan, mukmin yg kuat lebih disayangi Allah dari mukmin yg lemah.. :)

      Delete
  8. terima kasih pha..bagi penerangan yang sangat padat dan berguna untuk orang orang diluar sana..
    jangan pandang enteng pada silat..silat nie cukup hebat bila anda dapat menguasai nya untuk pertahanan diri..macam pha kata belajar dulu dan fahami "isi" dan "kulit" dalam silat..
    kami belajar silat tapi tak bergantung kepada silat. kami belajar silat tapi bergantung hati kepada Allah..silat cuma salah satu usaha nak menjaga diri. menjaga diri tu wajib.tapi bila belajar silat, jangan bergantung kepada silat..bergantunglah kepada Allah..segala kekuatan hanya padanya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true, segalanya yang kita buat semuanya atas keizinan Allah, kalau Allah tak bagi, nak bangun berdiri pun kita tak mampu

      Delete
    2. noor liyana :
      sama-sama.. :)
      yup, kelebihan ilmu silat berbanding ilmu2 yg lain, dia ada isi dan kulit, zahir dan batin. selalunya, orang hanya nampak yg kulit, sebab tu diorg mudah pandang enteng dengan silat, sbb diorang tahu tahu isi silat tersebut..

      Delete
    3. wafi remli :
      yup.. "gerak" adalah milik Dia. Dia yang berkuasa, Dia yang mengizinkan kita gerak.

      Delete
  9. Replies
    1. kenapa yer..? ada sebab2 tertentu ke..? :)

      Delete
  10. nak juga belajar seni mempertahankan diri sebenarnya.... tapiiii..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi apa tuh..? ceciter ceciter..

      Delete
  11. sangat bagus penerangannya.. acik sertai silat gayong.. silat memang bagus untuk mempertahankan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau ada pernah belajar silat.. :)

      Delete
  12. nak gak belajar silat ni... senang nak patahkan sesiapa yang banyak mulut dengan banyak jari sangat... wakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... x bleh macam tu.. kita nk jaga diri, bukan nk serang orang.. hehehe

      Delete
  13. Assalamualaikum pha, teringin nak belajar. dulu menyesal tak daftarkan diri masa zaman sekolah. sheila klik tabung nuff awak ye pha ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. owh, sekarang tak try cari kelas latihan kat mana2 ke..? hehehe..
      thanks..

      Delete
  14. bercerita pasal silat...noe mmg x belajar silat...tapi abg noe ada belajar silat semasa dia menunggu SPM...tu zaman tok kadok...bila nak tamat abg noe kena bertapa dalam air...waktu senja plak tu...lepas tu kena buat minyak kelapa...dan kelapa tu tak boleh jatuh atas tanah...abg noe berjaya buat tu semua...dan berjaya tamat la...pesan arwah tok guru tu...jgn tinggal solat dan jgn salah guna silat tersebut...guna bila perlu sahaja...abg noe mmg tak guna sgt...cuma problemnya...bila dia terlampau marah...automatik silat tu akan keluar tanpa dia buat...ada sekali tu...tengah2 malam masa dia tidur...anak dia keluar merokok...sedang dia tidur tu...dia automatik bangun dan terus meluru keluar rumah...seolah2 tahu anak dia sedang merokok...lepas tu...terus aksi silat keluar...pha is rasa....ini ada unsur2 belaan ke apa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam.. tapi kalau dah sampai jadi macam tu, siap "naik sheikh" lagi.. macam pelik je..

      Delete
    2. Pesan arwah tok guru tu dah betul, mana2 perguruan akan wasiatkan jangan salah guna ilmu, jangan tinggal kewajipan pada agama, bangsa dan negara. Bila jadi macam tu, kena tengok balik amalan2 kehidupanya, ada salah pembawakkan tak? maksudnya dari segi tanggungjawabnya pada wasiat tu. Ini sekadar pandangan dari pengalaman dulu.

      Delete
    3. thanks adi atas perkongsian pengalaman.. :)

      Delete
  15. owh...banyak gak info menarik pasal silat yg aku dpt blajar nie...thanks for sharing..aku masuk silat dulu pun time sekolah jer...itu pun takda laa nak serius2 sangat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. x pe, janji ada belajar seni bela diri.. mana tahu kot2 nnti terdesak nk pakai ka.. hehehe

      Delete
  16. berguna bila waktu kecemasan.. ;)

    ReplyDelete
  17. Rupa-rupanya Pha is pandai bersilat ya. Banyak tu sampai 43 entri. Nanti kalau senang-senang bolehlah saya geledah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. sila2... dulu masa zaman saya aktif, selalu saya tulis pasal silat.. sekarang dah kurang aktif. kelas latihan pun dah x pergi, cuma praktis sorang2 dalam bilik je.. heheh

      Delete
  18. Seni mempertahankan diri ni bukan sahaja untuk pertahanan diri, tapi ia juga bole membentuk keyakinan dan disiplin diri. Dulu2 Nurul join Karate-DO, pernah gak lah wakil sekolah.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. boleh membentuk jati diri dan keyakinan diri.
      wow.. mesti hebat, sampai boleh wakil sekolah.. hehehe

      Delete
  19. ilmu macam ni kalau tak praktik memang akan lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. sbb tu walaupun dah x aktif ke kelas, kadang2 praktis sorang2 dalam bilik.. heheh

      Delete
  20. ada kes dia tahu bersilat tapi bila depan penjenayah skill silat dia terlupa. adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah gunanya konsep usaha, doa dan tawakkal.. kalau usaha semata, x guna sebab gerak adalah milik Dia. kena jugak mintak kat Dia supaya bila terdesak nk guna, Dia izinkan untuk kita gerak..

      Delete
  21. Betul tu , saya pun terfikir kenapa kita tak belajar silat sebab silatkan adalah warisan turun termurun daripada kerajaan melayu yang terdahulu . Dengan silat , kita dapat mengekalkan jati diri kita sebagai orang melayu di mata dunia . I LOVE SILAT ! YEAHH (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..!! tepat sekali..!!! kekalkan jati diri kitasebagai orang melayu.. mengikut perlembagaan malaysia, orang melayu ditafsirkan mereka yg beragama islam, bertutur dalam bahasa melayu, dan mengamalkan adab dan adat sebagai orang melayu. dah la agama dah semakin k.o. bahasa melayu pun dah x dimartabatkan.. tinggal silat sebagai adat orang melayu, berlawan dengan silat..

      Delete
  22. Bila cakap bab pistol.. hmm.. hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..? cakap macam ada pistol kat tangan.. hehehe

      Delete
  23. masa sem 1 dulu pernah la amik silat sbgai subjek koku tp dh lupa la step sila tu.. rugi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selalu amalkan, baru tak lupa.. hehehe

      Delete
  24. mama last tingkatan 1, teak wan do lah konon... hampeh.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKD pun okay, asalkan ada seni bela diri.. kalau terdesak, boleh jugak pakai.. heheh

      Delete
  25. akak memang tak pernah belajar seni mempertahankan diri seperti silat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau free, cuba la cari kelas latihan.. x rugi belajar. hehehe

      Delete
  26. Tak tahu pulak bro Pha Is ni geng silat, memandangkan tak sampai setahun saya kenal bro...tu pun melalui blog je~ Terbaiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kalau dulu2 selalu tulis pasal silat.. sekarang dah jarang...

      Delete
  27. Ingin mencuba silat.. takut takde bakat je la

    ReplyDelete
  28. Benda nie sgt ptg...sebab jenayah dan bahaya ada dimna mna....bg rietta sndiri pown...rietta lebih rasa selamat jika berada dgn lelaki yg ada ilmu pertahankan diri...sebab rietta yakin dia mampu mempertahankan rietta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi kalau diri sendiri ada seni membertahankan diri, lagi yakin.. hehehe

      Delete
  29. Wahh lps ni kena ajar anak2 minat silat ..
    Ni tak ngan TAEKWONDO jer minat huhuhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. belajar dulu warisan melayu.. dah belajar, kalau nk try seni mempertahankan diri yg luar, x de masalah, boleh je belajar..

      Delete
  30. My bro pernah involved dalam silat peringkat tertinggi..wow dia punya ujian memang menyeramkan...sapa yang tak kuat semangat memang give up punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. lagi tingi peringkat exam dia semakin dahsyat.. biasa la tu.. hehehe

      Delete
  31. Form1 dlu prnh kne paksa join silat, 2month pastu trs mnta pindah.........;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paksa..? x elok macam tu.. nk belajar ni kena dengan hati yg senang.. baru berkat.. hehehe

      Delete
  32. Teringin sedari dulu nak belajar silat... tapi cuma kurang kesabaran untuk nak naik stage tu.. :D nak cepat pandaii jerr... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. try silat cekak.. simple je, dalam setahun, dah boleh tamat belajar.. hehehe

      Delete
    2. Btoi tu join psscm....ringkas dan mudah....bnyk rahsia kehidupan trkupas...trkenang almarhum pak aq...ahli s.perai.

      Delete
    3. owh.. saya ahli dari usm.. sempat tamat kat sekolah dulu masa zaman almarhum pak aq...

      Delete
  33. mmg hebat org blaja silat ni. tapi kalau tak minat tak blh paksa gak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. x boleh paksa2.. macam saya ni boleh tolong promot je la.. orang nak masuk atau tak, terpulang.. hehehe

      Delete
  34. belajar silat seronok la..seriusly..ehe..

    btw,ade tips kalau kite jumpe lawan or penyerang..apa y perlu dibuat dulu..adalah LARI . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar silat jugak ke..?

      lari..? mana ada.. buka langkah, tunggu serangan je.. kalau dia berani, try la masuk.. hehehe

      Delete
  35. Ramai kawan2 blogger yang berisi, pada yang dah ada tu, baik sikit atau banyak jaga baik2 dan amalkan.

    ReplyDelete
  36. nampaknya akak pun kena belajar silat juga lepas ini.. menabung 3kali visa, 2kali KFC, 1kali mcD kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizz Aiza menuntut dr Pha Is,hehee.........:-)

      Delete
    2. thanks kak mizz aiza..

      cik na : erk..? better cari guru yg bertauliah.. hehehe

      Delete
  37. Assalammualaikum...pha,

    mselim3 baru habis belajar part time..nie tgh nak belajar silat cekak hanafi.. insaallah doakan berjaya k..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      alhamdulillah.. selamat belajar.. smoga berjaya hinggat penamat.

      Delete