Skip to main content

Ayat Power Kawasaki Z250

kat sini aku bukan nak promot kawasaki z250. walaupun sekarang naked bike ni tengah hangat diperkatakan sejak z250 sudah dilancarkan dan memasuki pasaran malaysia 24 september yang lalu. tapi so far motosikal ni bukan target utama aku.
white, naked bike
kawasaki z250

motosikal ni pun okay jugak. antara senarai motosikal yang masuk katagori mampu milik. kalau tak silap, harga OTR dah boleh dapat RM23k. kalau habis 'koman' sekali pun, kalau tak dapat yamaha xj6, at least kalau aku dapat kawasaki z250 ni pun, dah okay dah.

kali ni, aku cuma nak share ayat promosi kawasaki z250 ni yang bagi aku sangat power dan "mengancam", dipetik dari Kawasaki Z250 Official Special Minisite. cuba korang baca ayat kat bawah ni. pandai betol diorang eksploitasikan ayat untuk tarik pembeli. hehhe...


Di tengah-tengah kesibukan dan kesesakan bandaraya, untuk menuju ke lampu isyarat yang seterusnya bagaikan satu perjuangan. Bersaing untuk posisi dan menjadi yang pertama melolosi sangkar beroda empat, seterusnya meninggalkan pesaing di belakang…... 

Berjuang di kota yang agresif memerlukan kuasa, ketangkasan dan keyakinan, datang dari kawalan motosikal yang menyeluruh. Untuk menonjolkan diri dikalangan gladiator kota, Kawasaki menawarkan “street-fighter” 250cc yang pertama: Z250. 

Jika model “supersport” direka untuk menguasai litar, maka model “street-fighter” pula adalah “Urban Assault Vehicle”. Motosikal Z250 menggabungkan prestasi Ninja yang agresif dengan perantara yang direka untuk kawalan maksimum ketika merentasi laluan kota: pakej yang ideal untuk mencuri perhatian dan menonjol di hutan konkrit. 

Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z.


untuk baca promosi penuh, boleh lihat disini : Kawasaki Z250 Official Special Minisite



rujukan : 
1. Kawasaki Z250 Official Special Minisite. dipetik dari: http://www.kawasaki-cp.khi.co.jp/Z_special/z250/#ms (dipetik pada 2013 sept 29)
2. motomalaya.net. (2013 sept 19). 2013 Kawasaki Z250 Malaysia brochure leaked ahead of 23 October launch – RM21,599 – RM23k OTR [UPDATED]. (updated on 2013 sept 20). dipetik dari: http://motomalaya.net/blog/2013/09/19/2013-kawasaki-z250-malaysia-brochure-leaked-ahead-23-october-launch/ (dipetik pada 2013 sept 29)

Comments

  1. perihal motor besar nie...en.husband minat KTM duke plak..katanya bunyi sedap...sedap ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ktm pun best jgak.. bunyi dia kira okay la...

      Delete
  2. Replies
    1. okay la tuh.. klau 250cc standard dlm 20k... kecuali naza blade.. heheh

      Delete
  3. cantik body moto tu.. RM23K tu nak sama harga dengan kereta viva hat paling murah.. naik moto nanti kena hujan.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe la.. beli moto yg 40k, pastu utk kereta, viva sudah...buat pakai time hujan dan time nk angkut barang je.. heheh

      Delete
  4. Marketing dia mmg powe...23K kira mmpu milik...dan nmpak kacak jugak moto tu....

    ReplyDelete
  5. kwn saya gila motor . baru jer trade in kawasaki tapi tak tahu model apa . saya kata padanya ; kalau ada matahari , panas membakar kulit - hitam , kalau hujan wpun pakai baju hujan , tetap berteduh sbb x nampak jalan ... heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami berjiwa rider... biar hujan panas, moto tetap dihati.. hehehe

      Delete
  6. hana minat kot motor nie. nasib baik perempuan. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan pun apa salahnya.. hehe

      Delete
    2. ehh tak boleh. nampak tak senonoh. tapi snagat rare kalau perempuan pakai moto mcm nie. hana tabik spring. haha :D

      Delete
    3. eh, ader je perempuan pakai moto besar.. nmpak cute kot.. klau x percaya, tengok kat link kat bawah ni. perempuan pakai tudung PINK, pakai kasut PINK, tapi bawak moto kawasaki ninja 250R.. hehee

      http://pening-pala.blogspot.com/2013/06/cerita-motosikal.html

      Delete
  7. best bawak jalan hujung mggu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 pun okay.. nk buat pakai harian pun okay...

      Delete
  8. smart gak nmpak naked kawa 250 ni..haha, ayat dia 2 mmg best =) psti ramai tertarik nk beli

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. pha is jenguk jugak sana.. tapi tak tahu nk komen apa..

      Delete
  10. ngeri dgn motor ni , klu accident ... ish , x sanggup nak bygkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 250cc... top speed pun rasanya nk smpai 200km/j pun susah.. so, x de la scary sangat.. lain la kalau z1000, atau zx6r.. yg tu baru scary.. hehh

      Delete
  11. haha..opismate ni pon ada yang giler motor. dia beli motor apa ntah hari tu. besar gedabak. tetiap minggu ride sana sini. huii..parah rupanya bila lelaki bercinta ngan motor power2 ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. ha ah, memang agak parah sikit.. so, org perempuan jangan jeles sangat.. hehehe

      Delete
  12. Replies
    1. eh, kalau nk, beli la sendiri... hehehe

      Delete
  13. Geram tu memang geram. Tp ape bleh buat. Blom mampu lg. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. sama la.. mampu tengok je la sekarang ni..

      Delete
  14. en. suami akak dah 'sedekah' motor dia tu.. la ni dok ushar nak beli duke pulak.. ;)

    ReplyDelete
  15. Baru booking Z250... tak sabar rasanya. Dah lama gua tinggal dunia motor sejak mula berkerja. Tapi jiwa mat motor masih menebal dalam hati walaupun umur dah cecah lewat 30an. Lantas Z250 permulaan baru untuk gua. Dengan keperluan motor dilihat lebih berbaloi untuk bekerja. Dengan keadaan pasaran petrol masih terumbang ambing. Ini masa yang sesuai untuk Z250 sebelum gua beralih kepada yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  16. cuba berikan kelemahan dan kekurangan dari segi bntuk kewangan bulanan dan harian saya da oder motor ni tp masih ragu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. order moto tu pada mac 2015.. skrg dah lepas pun mac 2016.. so, lepas lebih setahu pakai, masih ragu2?? hahaha

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi