Skip to main content

Antara 2 Cerita Hantu

semalam masa aku keluar makan dengan member, tetiba topic hantu yang menjadi perbualan. dalam perbualan tu, antara cerita yang menarik adalah tentang 2 cerita hantu dari kisah benar (menurut tukang cerita).


cerita hantu pertama


ada seorang hamba Allah ni, didatangi oleh jelmaan seekor hantu pada suatu malam. mulanya, dia buat tak tahu. sekadar mengikut pesan orang tua-tua, "jangan tegur".

tapi makin lama, jelmaan makhluk tersebut semakin menghampiri pemuda tersebut. semakin lama semakin dekat. sampai dah satu tahap, apabila pemuda tersebut dah tak tahan, beliau pun berkata:

"ha.!!! mai dekat lagi..!!! aku tangkap sat gi, aku buh dalam botoi (botol) baru hang tau..!!!"

lepas tu, jelmaan makhluk itu mula beransur menjauh dari pemuda tersebut, sehinggalah ianya hilang dari pandangan.




cerita hantu kedua


juga sama kesnya seperti cerita pertama, dimana tetiba seorang pemuda didatangi oleh jelmaah makhluk halus. spertimana pemuda dari kisah pertama tadi, mulanya beliau juga "tidak tegur" jelmaan itu.

tapi, lama kelamaan, jelmaan itu makin menghampiri, tapi dengan kadar yang perlahan. lantas, pemuda ini terus mencabar jelmaan makhluk tersebut:

"apa tengok-tengok..??? kalau berani, kejar la..!!!"

tahu apa yang terjadi lepas tu? jelmaan tu kejar pemuda ini betul-betul..! lantas pemuda yang ini pun lari lah bertempiaran dan kemudiannya demam seminggu, menurut si tukang cerita.


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *


so, kesimpulannya..???
tapi, kalau tak nak gangguan hantu dekat mana-mana hotel, boleh try 9 cara ni.


maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. Replies
    1. pening sikit2 x pe.. skali skala.. hehe

      Delete
  2. Hahahahaha!! Yang suruh kejar tu confirm la cari pasal sebenarnya. Seriously, just cakap je jangan kacau. Haha! Lawak la diorg ni.. Nak hantu kejar memang tak laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. berani x kena tempat. heheh

      Delete
  3. anak - anak buah selalu nampak macam - macam . ada yg mata merah , ada yg badan hijau , ada yg berbulu , ada yg berbadan besar , ada yg mata terkeluar ... alhamdulillah wpun saya seorg jer kat umah , makhluk tu x de nak mengusik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la.. kalau kena kacau, susah jugak.. pha is pun so far x de lagi terkena gangguan yg serius..

      Delete
  4. HAHA ada akibat baik buruk la siap teguran tu hehe

    ReplyDelete
  5. Eeee..seram.. kalau kak erin.. terus cabut.. tak dok kat situ lagi dah...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. pha si pun x de la berani sangat.. heheh

      Delete
  7. abis tu nak nak tegur ke tak yah tegur ni? kalau terjumpa mau demam 2minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.. hehehe

      Delete
  8. ni bukan citer seram ini citer pening pala

    ReplyDelete
  9. tak sanggup nak tegur..baik dok diam2 jer..buat dek

    ReplyDelete
  10. kalau la boleh tak mau la jumpe...huhuuu...mau pengsan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. klau boleh x nk jumpa jugak.

      Delete
  11. Pha Is,

    Cerita tu , 2-2 lawak.. hahaha :D

    Berbalik kepada perbincangan kita yang dulu (pasal tidur malam rasa kena hempap tu) .. besar kemunkinan itu ialah "sleep paralysis" lah.. cuba tengok wikipedia ni ;
    http://en.wikipedia.org/wiki/Sleep_paralysis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu dah pasal sleep paralysis tu.... sbb tu saya ada share cara2 nk bagi sleep paralaysis, sbb tu based on kajian saintifik.. hehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal