Wednesday, August 7, 2013

Raya Old School

Aku ni memang old school kan?

Orang lain wechat (sebab SMS dah tak main dah) ucapan raya, tak pun design kad raya, share kat facebook. aku nak jugak pos kad raya guna setem. Kad raya pun aku tak minat yang katun-katun tu. Nak jugak cari kad raya yang pesen lama. Yang ada khat, ada ketupat.


Orang lain pasang lampu liplap, pasang lampu warna-warni, aku nak jugak pasang pelita. Pelita pun tak main la yang ‘pasang siap’ sekali dengan buluh tu. Cari pelita besi, balik pasang sendiri. Cuma malas sikit nak buat pelita guna buluh. Yang tu lagi ghenyah*.


Orang lain beli kuih raya.  aku tiap-tiap tahun sebelum ni nak jugak buat ketupat sendiri. Ketupat daun palas. Daun palas pun tak beli. ambik kat belakang rumah je. Mak aku tanam. Senang. Cuma tahun ni je macam tak konfom lagi jadi atau tak nak buat ketupat.


Bak kat junior aku si aiman, aku ni memang old school.

Masa aku budak-budak, hari raya hari yang paling best bagi aku. Bila dah besar, serius aku tak rasa langsung bestnya raya tuh. So, kalau aku tak rasa hari raya ni se-best macam dulu, sekurang-kurangnya aku ada memori yang best masa aku kecik-kecik dulu. Sekurang-kurangnya, aku masih ada memori tu.

Mungkin sebab tu setiap kali nak dekat raya, aku suka ‘menghidupkan’ kembali kenangan zaman dulu. (okay, dah mula rasa tua.) pos kad raya, pasang pelita, dan sebaginya.

Tolong jangan pisahkan aku dengan kenangan itu...





*ghenyah (sebutan utara). perkataan asal : renyah
maksud : leceh, rumit, susah (kerana me­merlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ me­ngerjakannya; berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat be­renyah-renyah spt orang muda; 2. = me­renyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama).
(kamus dewan edisi ke-4)


maa'ssalamah,
Pha is

13 comments:

  1. Selamat Hari Raya Abang Pha Is . Semoga happy & senyum selalu . Maaf Zahir & Batin :)

    ReplyDelete
  2. btol2.. raya skrg da x rasa sgt mcm dulu2.. mcm mana pun old school tu la yg best. selamat hari raya... :)

    ReplyDelete
  3. tradisi tu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. semoga ianya berterusan untuk amalan generasi akan datang..

    ReplyDelete
  4. Bestnye throwback raya. Rasa seperti kembali ke zaman dolu-dolu.

    Arwah ayah dulu memnag buat sendiri peliata dari buluh. Beratur panjang sumbu pelita tu. Seronok.

    ReplyDelete
  5. Old school tu lah ayng paling best kan.
    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  6. Yang old school tu yang unik..yang antik..yg tinggi nilainya.hahaha

    ReplyDelete
  7. selmat hari raya phais alamk lupa nak request kad raya gak..


    Mnjadi musykil kad raya tahun lepas masih belum dpt lagi sampai skrg hahaha igt tak pnh pos kat kita gak kad raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa.. x dapat ke..? saya dah check, alamat Ima ada dalam senarai alamat2 yang saya hantartahun lepas... yg dekat "lorong brunei 3"...

      Delete
  8. We all pun still buat lg ketupat palas, daun palas mmg payah nk jumpa dh skunk ni.... Seikat rm5 kot..' Next year jual la daun palas ye....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. boleh buat meniaga nih.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...