Skip to main content

Orang Kita Memang Sensitif

Orang kita memang sensitif… 


Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, Tak sedar ke selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi?


Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, tak sedar ke ramai rupanya selama ini anak-anak kita berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini?


Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, tak sedar ke selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV?


Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, tak sedar ke selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari?

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, tak sedar ke selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini?


Orang kita memang sensitif dengan berita makanan yang disyaki ada DNA babi, tak perasan ke sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini?


Teguran dan muhasabah ini untuk kebaikkan bersama ....


sumber : facebook kawan

Comments

  1. Alah bisa tegal biasa. Itulah perumpamaan Melayu yang kita duk bawa sampai ke la (amboi I komen lagak macam bagus jer pulak hihi). Selamat hari raya Pha Is.

    ReplyDelete
  2. setuju ngan apa yang ditaip tu..... untuk kesedaran kita bersama kan..
    selamat hari raya pha is.....

    ReplyDelete
  3. ada betulnya entri saudara pha is ni...

    ReplyDelete
  4. wow..nice.. mohon berita harian dan metro upkan entri ni di dada akhbar memasing bagi membuka mata semua pihak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bertuah diorg nk keluarkan berita ni...

      Delete
  5. setuju dengan komen najihah sahami..

    ReplyDelete
  6. sensitif sehinggakan benda kecil dibesar2 -_-

    btw Selamat Hari Raya Phais

    :D

    Maaf jika ada terkasar bahasa ye

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. gajah di depan mata x nmpak, kuman seberang laut nampak..

      Delete
  7. terbaik... memang orang kita semua sensitif dengan benda benda cenggini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal