Thursday, August 8, 2013

Dah Besar Pun Dapat Duit Raya?

setiap kali hari raya menjelang, aku selalu terfikir sendiri. aku ni masih layak ke dapat duit raya? ye la, nak kata budak, dah tua bangka dah. member yang sama umur ramai yang dah kahwin. yang dah ada anak pun ada.

tapi, aku tak kerja lagi. masih bergelar student. so, kira boleh la kan? hehehe... ah, kalau orang bagi, aku ambil je la. apa susah. kan?

sama ada korang nak percaya atau tak, sekarang ni, aku masih lagi dapat duit menjelang hari raya. raya pun belum, duit dah masuk poket. Alhamdulillah.. rezeki..

tapi duit yang aku dapat tu bukan duit raya. dapat je time nak dekat raya, tapi bukan duit raya. duit lain. tahu duit apa?

duit zakat..!!! tapi bukan zakat fitrah. ada yang bagi zakat harta, zakat padi, dsb.

buat pakcik2 dan makcik2 yang sudi bayar zakat kat saya, terima kasih la. jazakumullahu khairan katsira...


maa'ssalamah, 
Pha is

10 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...