Tuesday, August 6, 2013

Balut Ketupat Daun Palas

dulu masa aku kecik-kecik, ayah aku rajin buat ketupat nasi. ayah akan cari pucuk daun nyor, buat balut ketupat. masa tu aku boleh tengok je la. kecik lagi kalau nak belajar balut pun. tapi, bila aku dah cukup besar untuk belajar, ayah selalu sakit sehinggalah arwah meninggalkan kami masa aku darjah 5.

so, aku tak sempat berguru dengan ayah aku macam mana nak balut ketupat nasi. sebab tu sampai sekarang aku tak reti nak balut daun ketupat nasi.

on the other hand, mak aku pulak hanya pakar dalam seni balutan ketupat daun palas. so, aku sempat berguru dengan mak je la. kali ni, just nak share cara-cara nak balut ketupat daun palas a.k.a ketupat pulut ni.

aku tunjuk cara balut je tau. kalau nak resepi penuh, aku tak ingat sangat detailnya, sebab aku tukang balut dengan rebus je. selebihnya mak aku yang buat.

secara asasnya ;
1. balut daun palas (tanpa pulut) sehari sebelum nak buat ketupat. (seperti dalam gambar kat bawah)
2. simpan daun yang dah dibalut kosong tadi dalam bilik air semalaman. tujuan kita balut kosong supaya nanti masa nak letak pulut, senang nak balut. tujuan letak dalam bilik air, sebab daun ni perlukan kawasan yg humidity tinggi. kalau tak, nanti dia kering.
3. tanak beras pulut separuh masak dengan santan.
4. balut pulut dengan daun palas
6. rebus pulut yang dah dibalut tu dengan air penuh 1 kuali, tutup kuali tu. rebus sampai air kering.

untuk cara balut pulak:
mula-mula, buka daun palas. 

gulungkan dulu daun tu, supaya nanti senang nak balut dan supaya daun tak mudah koyak. ala, macam nak balut rokok daun la. kalau tak pernah tengok orang balut rokok daun, abaikan.

buat lubang macam ni. nanti kita akan sumbat pulut yang dah ditanak separuh masak dalam ni la (step no. 4 kat atas tu). 

lepas tu, lipat.

lipat lagi. dalam lipatan ke-2, buat sampai bucu tu berada di tengah daun dan bukannya di tepi daun. step ni penting supaya korang berjaya buat ketupat jantan. ketupat pun ada jantina tau! nanti aku cakap apa bezanya. 

lipat sampai jadi macam ni.

kemudian, tarik. dan siap!


tadi aku ada sebut pasal ketupat jantan dan betina kan? tengok gambar ni. gambar yang atas tu, kedua-dua ketupat tu nampak sama kan?
tapi bila tengok bahagian belakang ketupat (gambar bawah) nampak lain. yang sebelah kanan tu ketupat betina, yang sebelah kiri tu ketupat jantan.

ketupat jantan dengan betina ni tak de beza pun dengan rasa ketupat tu. cuma cara balutan je lain. orang selalunya akan belajar balut sampai jadi ketupat jantan. selalunya, orang yang 1st time buat, akan jadi ketupat betina. tak de masalah apa-apa pun.

cuma kalau buat ketupat betina, just menampakkan yang korang tu "noob" la.. hahahaha....
selamat mencuba...

maa'ssalamah,
Pha is 



22 comments:

  1. kalau orang hidang akak makan tapi baik kat rumah mak akak atau rumah MIL memang tak buat ketupat daun palas ni.. ntah.. tak kena dengan tekak memasing kot.. ;)

    ReplyDelete
  2. kita selalu tukang gulung daun jer bagi bukak dan tak koyak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dulu masa kecik2 jadi tukang gulung gak.. dah besar sikit, kna balut..

      Delete
  3. Kat kampung aku tak de orang buat ketupat palas, ketupat nyor je. Tu yang aku jakun sikit kalau kawan2 bawa ketupas palas kat U. Tapi sedap jugak cicah dengan rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? ktupat pulut la, baru lemak.. nk mcm lemang skit. ktupat nasi plain je rasa dia.. hehehe

      Delete
  4. pandainya bungkus.. akak selalu buat jadi betina je.. mak akak selalu marah..

    ReplyDelete
  5. suka sangat ketupat palas makan dengan rendang
    tapi tak pandai buat

    ReplyDelete
  6. hahaha dalam family klau anak dara tak reti buat ni bahan teruk . bolat kdg2 buat jadi betina kdg2 jdi jantan . msih baru lagi -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dalam family pha is, yg anak dara x reti balut. geng anak teruna jugak yg tukang balut.. geng ank dara buat kuih lain..

      Delete
  7. Sama...famly rietta pown buat ketupat palas...ketupat beras xlayan....ekekeke...lemang....rietta biasa tukang buka daun dan buat jerr..isi ngn rebus adik adik....itu projek esok hr...ekekkee...petang raya bru feel....

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya orang utara memang banyak layan ketupat pulut kot..

      Delete
  8. Assalamualaikum....
    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)

    ReplyDelete
  9. Pha is,

    Nanti bila lapang, buat post pasal cara orang balut rokok daun, okay? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x pandai sangat buat bnda tu..x pernah buat pun.. dok tengok org buat ja.. lagipun skrg dah jrg org pkai rokok daun.. susah nk cari.. hehehe

      Delete
  10. saya belajar dengan orang-orang lama..memang sedap ketupat ini..setiap kali raya boleh buat ketupat ini.

    ReplyDelete
  11. Bertahun2 saya makan ketupat palas, saya baru tahu ada ketupat jantan dan ketupat betina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kira ilmu baru la nih. heheh

      Delete