Saturday, June 22, 2013

Makan2 Penang 12 | Tomyam Udang



dah lama tak sambung siri jelajah makanan Penang. kali ni, aku nak bawak korang singgah restoran masakan ala thai, Restoran Tomyang Udang. kedai ni terletak di tepi Jalan Gelugor, Jelutong. (coordinate :   5°23'9.75"N,100°18'39.75"E )


tempat makan kat sini pun okay. boleh tahan. malam tadi, aku order nasi putih + tomyam campur + sotong goreng tepung + barli suam. komen aku untuk makana ni:


nasi putih : harga RM 1, tapi agak sikit dari segi kuantiti. bukan aku sorang je, tapi arief juga turut bersetuju dengan aku. jadi, kalau berselera besar kena order nasi tambah.

tomyam campur : harga RM 6.50. first time aku makan kat sini dulu, aku rasa sedap gila tomyam dia. tak pekat sangat macam tomyam kat Pak Hussin Tomyam, tapi masam lebih. tu yang aku suka tu. tapi tadi aku rasa macam biasa la plak. so, tak consistence, tapi still boleh tahan rasanya.

sotong goreng tepung : harga RM 6.50. aku dulu tak beberapa berkenan sangat kalau sotong atau cendawan goreng tepung yang jenis 'tepung lebih banyak dari isi.' kalau macam tu, lebih baik tukar nama, dari sotong goreng tepung kepada cucur sotong sebab memang dah macam cucur. dah la bila buat macam ni, konfom la sotong dapat sikit je berbanding tepung. so, mahal kat tepung je la.

tapi, bila aku rasa semalam, boleh tahan jugak la rasanya, sebab bahagian 'cucur' dia tu sedap. so, walaupaun aku kurang prefer goreng tepung yang macam ni, tapi malangnya aku agak puas hati untuk rasa dia.


arief plak, order nasi putih + tomyam ayam + telur bungkus + teh O ais. aku sempat jugak merasa telur bungkus arief. boleh tahan rasanya. okay, cukup dulu setakat ni. chow..!



 maa'ssalamah,
Pha is


20 comments:

  1. kunjung balik ya kisahlabil.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. jauhlah jelutong.

    psss kat area prai takde tempat best ke?

    hihi

    ReplyDelete
  3. macam best je tomyam. leh nk try ni. hehe

    ReplyDelete
  4. licin bekas tomyam tu.. akak suka sotong goreng celup tepung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mesti licin.. x elok membazir.. hehehe

      Delete
  5. Aishhh Tom Yam kegemaranku , wuu >_<

    ReplyDelete
  6. sedapnye! sabar je lah nengok makanan

    8share..dulu dikenali sebagai says
    macam iklan nuffnang gak
    1 per klik akan dpt 20sen

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. kalau says tu, pnah try join, tapi join kejap je. hehehe

      Delete
  7. bila try kat sesuatu tempat kalau sedap.. confirm akan pergi lagi.. tapi kalau tak sedap.. itulah sekali je order menu tu.. pastu lenkali order lain pulak.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Pha Is,

    Aku rasa lah kan.. hang suka masakan Siam sebab
    (1)makanan Siam sedap
    (2)hang pernah study kat Kelantan. Sana kan banyak makanan Siam
    (3)hang punya taste = marka Siam

    hahaha ... jangan marah naaa ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. mana ada... suka tomyam sebelum ke kelantan lagi.. kalau bab taste marka siam, tak kot... mesti mak tak berkenan.. hehehe

      Delete
  9. perghh tomyam dia..favorite² ni!!^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...