Friday, June 21, 2013

Google Earth Flight Simulator

flight simulator

bila nak dekat dengan exam, ada je la benda-benda baru yg boleh distract aku dari study. kalau sem-sem sebelum ni, time minggu exam la paling ketagih dan kempunan nak main game. padahal sebelum-sebelum tu, tak rasa nak main pun.

tapi sem ni, setiap kali aku nak start study, rasa nak main google earth flight simulator. padahal sebelum-sebelum ni, tak terasa nak main pun. lagipun, benda tu bukannya game. sekadar nak merasa jadi pilot, bawak pesawat dalam google earth.

masa mula-mula dulu, pening jugak nak kontrol. tapi bila dah paham sikit, boleh tahan jugak best-nya. bagi sesiapa yang nak try, pertama sekali, mesti la kena download google earth. kalau tak ada, boleh download kat sini :Google Earth download

lepas dah install, buka google earth, pergi ke Tools > Enter Flight Simulator atau CTRL + Alt + A (untuk windows) macam kat gambar bawah ni:

google earth

lepas tu, korang kena pilih antara dua pesawat ni. F-16 atau SR22. untuk permulaan, ambik SR22 tu dulu, senang sikit.

google earth flight simulator

lepas click 'start flight', klik kat tengah-tengah skrin, kemudian kontrol guna mouse. selamat mencuba! untuk rujukan tambahan, boleh tengok kat sini : Use Google Earth flight simulator

google earth flight simulator

1.Speed (knots)
2. Heading
3. Bank angle
4. Vertical speed (feet per minute)
5. Exit flight simulator feature
6. Throttle
7. Rudder
8. Aileron
9. Elevator
10. Flap and gear indicators
11. Pitch angle (degrees)
12. Altitude (feet above sea level

sapa yang teringin nak jadi pilot tu, boleh la try. anak sedara aku dulu pernah apply temuduga untuk jadi pilot. masa temu duga, ada test untuk flight simulator. dia fail kat situ. tapi aku tak sure la flight simulator yang situ punya macam mana. mungkin lebih komplicated kot. yang ni simple je...

mula-mula aku praktis bawa pesawat langgar bangunan KOMTAR. (pastikan klik '3D building' sebelum start). sekarang, tgh praktis bawak pesawat lalu bawah jambatan pulau pinang. baru sekali jadi. yg lain, sama ada tak sempat masuk, atau crash masuk dalam laut. hehehe..

p/s1 : pagi tadi exam lagi. dh 3 mlm tak tidur malam. harapkan qada masa tidur petang je. biological clock pun dah berubah. isnin ni last paper. sikit je lagi. lepas tu, merdeka.


p/s2 : paper tadi susah... Big tears





maa'ssalamah,
Pha is

16 comments:

  1. salam jumaat adik pha is.. tak pernah lagi akak main benda tu.. best ye? good luck untuk exam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. skrg dah merdeka dah.. hehe

      Delete
  2. yeyyy, merdeka! haha, maannajah abg pha is

    ReplyDelete
  3. Cm best jert...xpernah pkak rietta try....klu free t nk donlod kt PC....hehehe....

    ReplyDelete
  4. good luck phais untuk paper next monday :)

    ReplyDelete
  5. time nak exam la mcm² dugaan..nak main game la..nak baca novel la..haha sama la..apa pun good luck!
    #nmpk cm best je google earth ni..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..
      ha ah... dah ketagih nk main dah ni..

      Delete
  6. Dia macam main game ke Pha Is , macam susah je main game ni ? huhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan game.. just seronok2 bawa pesawat jalan2 pusing google earth..

      Delete
  7. waduh2, langgar KOMTAR? tarikan plancong tu..

    ReplyDelete
  8. masuk paper mana hang langgar KOMTAR tu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya bukan terrorist.. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...