Friday, April 19, 2013

Turutan Doktor Sakit Puan

sepanjang clerkship minggu ni, aku agak sedih saat melihat ward round disini. batasan aurat ibu yang mengandung agak longgar. aku ingat lagi dalam suatu ceramah seorang ustaz sampaikan kepada aku, katanya walaupun untuk hal-hal darurat seperti bersalin, sebolehnya hal berkaitan aurat masih kena jaga.

gambar hiasan
(ehsan google)

kata beliau, bagi wanita muslimah yang hendak bersalin kena usaha cari doktor mengikut turutan berikut [1]:

1. doktor wanita Muslim
2. doktor wanita non Muslim
3. doktor lelaki Muslin
4. doktor lelaki non Muslim

*adapun turutan no.2 dan no. 3 berlaku sedikit khilaf...

yang pasti, doktor lelaki non-muslim memang pilihan 'last choice' kalau dah sungguh doktor yang lain tak ada. tapi kat sini, hal macam ni seakan kurang diberi penekanan. mungkin kurangnya kesedaran para ibu mahupun para suami, atau mungkin juga disebabkan masalah kekurangan doktor pakar sakit puan dalam kalangan muslimah. hmmm...

jadi, saya menyeru mana-mana muslimah yang berniat dan berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang doktor sakit puan, teruskanlah niat dan usaha murni anda. anda mampu mengubahnya..!


rujukan : 
1. Klinik Ummi. (2009). Nak Jumpa Doktor Lelaki Atau Perempuan? retrieved from : http://klinikummi.blogspot.com/2009/01/hmmnak-jumpa-doktor-lelaki-atau.html  

maa'ssalamah,

Pha is

14 comments:

  1. bukan setakat brsalin ja,bab2 lain yg melibatkan sentuhan antara bukan muhrim kena jaga jugak..

    ada sekali tu km sakit dan melibatkan kena buka aurat depan doktor,km terus pi klinik yg khas untuk pempuan ja..Poliklinik Pakar Puteri dekat A.Setaq kalau tak silap..tak sanggup nak pi klinik yg ada dktor lelaki walaupun dekat..sanggup pi jauh dan sanggup bajar 2 kali ganda dari klinik biasa..asalkan aurat terjaga..^_^

    *ada simpan angan2 nak bersalin dekat klinik tu bila kahwin nanti sebab staf dia mesra dan doktor pun baik..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. untaz cakap, bagi yg berkemampuan, bayar lebih sikit x pe... janji syariat terjaga.. hehehe

      Delete
  2. kadang-kadang takde pilihan kot? contohnya orang yang agak susah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tu la.. kalau kita berjaya meramaikan dr sakit puan dlm kalangan wanita muslimah, dalam hospital kerajaan khususnya, skurang-kurangnya yg kurang berkemampuan juga akan ada pilihan untuk mendapatkan dr sakit puan dari kalangan wanita muslimah jika mereka bersalin di hospital kerajaan sekalipun..

      Delete
  3. Kdg2 tu prmintaan kita x dlayan pha is... nk wat canner huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tu la.. kalau kita dah usaha mintak, mungkin x dilayan krana kekurangan tenaga pakar dari kalangan wanita muslimah...

      Delete
  4. Itu la sebab klu ada sedikit kewangan yg lebih, kwn kwn rietta akan pilihan hospital bersalin swasta muslimah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. kalau ada duit lebih sikit, bolehla.. kesian bagi mereka yg kurang berkemampuan.. hmm...

      Delete
  5. kdg2 bukan tak nak cari yg pompuan kan. tapi tak ada pilihan. yg ada kebanyakannya lelaki. akak nik dulu pun sama.dia cari jugak dr pompuan tp mmg tak ada.

    tapi skarang dah ada hospital swasta yg bercirikan islam.dan tgk ramai jea kwn2 bersalin ngn doc pompuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. masalahnya x de pilihan, sbb kekurangan golongan wanita muslimah dalam bidang ni.

      bagi hospital swasta tu, yg ada duit lebih sikit, boleh la...

      Delete
  6. saya nanti nak minta mak saya yang jadi bidan. dia pernah jadi doktor bidan. doakan mak saya sihat sehingga saya kahwin dan dapat bersalin dengan bantuan mak saya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa... bagus la... ameen...

      pha is pun dok mintak adik yg balajr ngan keje nurse spaya ambik bahagian perbidanan.. nanti, senang kalau kakak ipar diorang nak bersalin.. hehehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...