Skip to main content

Makan2 Penang 7 | Puncak Mutiara Cafe

Puncak Mutiara Cafe 

kali ni, aku nak bawak korang "singgah" ke Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  (coordinate :   5°24'54.01"N 100°27'23.15"E). tempat ni memang agak popular. dah ramai orang yang suggest kat aku. antara suggestion-nya, berbunyi :

"kambing kat situ fresh, sebab restoran tu tepi kandang kambing."

menunya aku tengok ada macam-macam jenis jugak. serius, macam-macam ada. boleh pi try sendiri, atau boleh tengok kat laman web rasmi diorang, di http://www.puncakmutiara.com/.aku juga jumpa menu diorang yang boleh di-download. untuk download, klik SINI. (2013)

bagi peminat makanan-makanan exotic, tempat ni memang patut korang singgah. kat sini ada daging lembu, ayam, kambing, rusa, ostrich, arnab, dan sebagainya. tempat ni mula beroperasi dari jam 10.00 a.m hingga 2.00 a.m.

tempat makan dia pun special. kalau dulu aku pernah kata yang tempat makan kat "Nurul Ikan Bakar Special" tu paling style, sekarang aku rasa tempat makan kat sini lagi style habis..!!! lengkap. dah macam taman rekriasi dah aku tengok tempat makan ni. tak percaya, mai tengok sendiri.

setelah baru dua kali aku merasa makan kat sini, selain tempat, something yang aku boleh puji berkenaan tempat ni adalah order yang cepat, makanan yang sedap, dan waiter yang ramah. korang tanya je apa beza makanan, harga, pilihan terbaik, suggestion menu, dan sebagainya. diorang akan jawab dengan penuh sabar. (macam-macam yang kami tanya malam tu) hahaha..  so, servise memang terbaek.

masa nak order, bila waiter tu bagi menu, aku tanya kat dia : 
"dik, kat sini apa yang special?"
"antara yang special kat sini, nasi biryani paha kambing"
"kalau macam tu, saya order yang tu satu".

Puncak Mutiara Cafe
briyani paha kambing. RM 22.80
 aku, dato', dan shahir yang order. sangat sedap dan puas hati

Puncak Mutiara Cafe
susu kambing milk shake perisa cokelat RM 8.50
tak cukup dengan briyani kambing, aku ambik plak susu kambing. keluar je dari situ, memang sendawa bau kambing je.  

Puncak Mutiara Cafe
ABC Puncak Mutiara.  RM 5.80

Puncak Mutiara Cafe
lai chee kang RM 5.80

Puncak Mutiara Cafe
lamb chop RM19.00

Puncak Mutiara Cafe
satay ayam (60 sen), lembu (60sen), rusa (RM2.50), dan ostrich (RM2.00) untuk setiap cucuk.
saja nak rasa satay daging exotic. 
setelah dikira-kira semuanya, kami berlima malam tu berjaya menghabiskan bajet makanan sebanyak RM 190.80 (termasuk government tax sebanyak 6%). fuh. tapi makan memang puas. masa entri ni ditaip, mulut aku masih bau kambing. hehehehe...


[EDITED ON 19 Apr 2013]

first time aku pi, dapat pelayan melayu. kali kedua aku pi, dapat pelayan melayu jugak. tapi kali ke-3, dapat pelayan yang tak beberapa nak melayu (bangla gitu-gitu la). untuk dapat servis terbaik, pastikan pelayan korang melayu. 

aku pergi semalam, yang ambik order tu (yang nak macam bangla sikit tu), aku tak tau dia paham or tak apa yang kami order. lain yang diorder, lain yang sampai. lepas tu, yang aku punya makanan pulak, sampai ke sudah tak sampai-sampai. 

member-member aku yang lain semua dah habis makan dah, tapi aku punya tak sampai lagi. kemudian nak kena bagitau 2-3 kali kat waiter lain, baru makanan aku sampai. tu pun tersilap hantar.

dah la pelayan yang nak macam bangla tu tak 'mesra pelanggan' langsung. bila mintak suggestion, dia geleng kepala. bila tanya apa yang sedap kat situ, dia jawab: "tak tau..!!" langsung tak macam pelayan yang aku dapat masa aku pi dulu.

hmm.... buat penat aku merempit naik moto dari USM ke situ (28.2 km, menurut google earth), semata-mata nak merasa daging kambing. bila dah jadi macam ni, terbantut selera aku. hmm.. sabor je la...

kemudian, bila nak bayar, tetiba boleh pulak muncul makanan yang tak diorder ada dalam resit. nasib baik kami check. kalau tak, memang bayar lebih la malam tu. hmm...

aku bukan nak racist, tapi Quality Control (QC) kena ada. so, lain kali kalau nak pi, kena berhati-hati. 




Puncak Mutiara Cafe
lot 179, MK 3, kampung Pelet, 
14400, Bukit Mertajam
Pulau Pinang

tel : 04-522 8502 / 04-522 8503
fax : 04-522 8501
email : query@puncakmutiara.com



maa'ssalamah,
Pha is


Comments

  1. Cik tak suke makan kambing..sebab cik suke membayangkan masa hayat kambing2 berkenaan..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kalau mcm tu, semua menatang x bleh makan la.. hehehehe

      Delete
  2. wahhh banyaknya makan . serius tak pernah makan kambing , rusa pun . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nnti.. rugi x rasa kambing wooo. hahah

      Delete
  3. lain kali kalau pi lagi, try nasi beriani kambing grill pulak. tapi paha kambing tu memang takleh lawan arr (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 mlm sebelum tu, dah try la briyani kambing grill.. hehehe...
      ada member yg order peha kambing grill, tapi letak black paper sauce, jadi mcm lamb chop, tapi bahagian paha.. pergh... sedap kot...

      Delete
  4. Betul2 punya makan...3 org RM190+ boleh puasa 3 hari nie...
    Tapi tgok menu & makanan pun memang menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kami berlima, bukan bertiga.. kalau 3 org 190, tudia baru.. hahha

      Delete
  5. kambing? teringat pulak kambing jiran sebelah yg suka merayau dan akan masuk dalam umah kalau kita terlupa nak tutup pintu..^_^

    km tak suka makan apa2 yg berkaitan dengan kambing..hehehe..

    ReplyDelete
  6. mkn mkn mkn~ terliur tgk TT__TT

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac