Skip to main content

Makan2 Penang 10 | Pak Hussin Tomyam

kalau kat penang, restoran berasaskan makanan tomyam / thai yang popular, antaranya ialah restoran Pak Hussin Tomyam ni. restoran ni terletak di Kampung Tersusun (Sg Ara), Bayan Lepas, Penang.(coordinate :   5°19'23.10"N, 100°16'27.62"E)

penang
Pak Husin Tomyam

kalau antara budak farmasi usm, restoran Pak Hussin Tomyam ni antara port popular untuk senior belanjan junior. (kami ada tradisi dimana senior yang bakal grad akan belanja junior under family diorang. untuk keterangan lanjut, boleh tengok entry INI) budak usm yg lain pun selalu gak lepak kat sini.

antara yang member selalu cakap pasal restoran Pak Hussin Tomyam ni, servisnya terbaik. selalunya, (menurut diorang) makanan yang diorder cepat je sampai. tapi malangnya, masa aku pi baru-baru ni, macam lambat pulak dapat makanan. so, mungkin ikut nasib jugak la.

pak hussin tomyam
menu : set C

makanan kat Pak Hussin Tomyam ni, korang boleh pilih untuk try makanan set atau asing-asing. kalau set, ada banyak jenis jugak, aku bagi contoh, macam kat dalam gambar atas tu, set C, untuk 6-7 orang, harganya RM 89.00. untuk lauk, klik gambar atas ni untuk tengok dengan lebih jelas.

baru-baru ni, kami order makan asing-asing. aku order tomyam campur. rasanya boleh tahan la. tapi, sejak aku balik dari kelantan, semua tomyam yang aku rasa kat penang, semuanya aku rasa ceroi (cair) sebab aku dah terbiasa tomyam kelantan yang agak pekat. tapi, tomyam kat sini kira okay la sebab dia pekat sikit. so, terasa jugak la "kick" dia. heheh..

pak hussin tomyam
Tomyam campur

si zul plak pekena ayam pakapau. rasa okay je. tapi, zul makan tak habis sebab minyak banyak sangat. aku tengok pun, memang agak berminyak sikit.

pak hussin tomyam
ayam pakapau dan sambal belacan

harga, nak kata mahal sangat, aku rasa tak de la sangat. standard biasa-biasa je. contohnya, yang aku makan, nasi putih (nasi lebih), tomyam campur dan jus carrot susu, kena dalam RM 10.50. selain makanan ala thai, ada jugak yong tau fu, sotong kangkung, satay.

selain tu, tempat makan kat restoran Pak Hussin Tomyam ni pun agak special. waiter pun ada pakaian seragam yang agak style. lagi satu, area situ (sungai ara) ada banyak lagi kedai makan ala-ala thai yang bercambah. merata ada. macam sungai ara ni medan makanan ala thai.

pak hussin tomyam

okay, dah habis. bye...



Pak Hussin Tomyam
Kampung Tersusun (Sg Ara),
Bayan Lepas, 11900
Penang.

maa'ssalamah,

Pha is

Comments

  1. Replies
    1. pha is kalau bab mkn, smua selera.. hehehe

      Delete
  2. yummy....dah lamer rietta xmam sana....rietta suka sup yang kat simpang sebelah tu...dengan nasi goreng seafood dekat flat TNB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. pnah makan kat area ni la.. hehehe

      Delete
  3. My feberet ni...kalau M sampai sana bleh try,,nampak best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la.. antara tempat popular kat area situ.. hehehe

      Delete
  4. Dah macam Jalan-Jalan Cari Makan plak hang ni..hehehe

    Time study kat Merbok dulu, aku slalu gak la makan kat kedai ni...servis cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merbok..? ada cawangan kat sana ka? ni y gkat sungai ara, penang, area rumah bomb..

      Delete
  5. lamanya tak makan tomyam. kecur air liur tengok.. siap licin pulak tu dia makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mmg pha is slalu mkn mcm tu... slagi tak licin, slagi tu pha is hirup kuah..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac