19.4.13

Hadis | Azan Telinga Bayi


sepanjang ber-clerkship di hospital bersalin Pulau Pinang untuk bahagian Obstetrics and gynaecology, aku lihat, hospital bersalin Pulau Pinang ni bagus juga. siap ada bilik khas untuk si bapa melaungkan azan dan iqamat kepada bayi selepas bayi dilahirkan lagi..


dari Abu Rafi’ r.a. dia berkata:

"Aku melihat Rasulullah S.A.W. membacakan azan ke telinga Al-Hasan bin ‘Ali ketika ia telah dilahirkan oleh Fathimah”.

(Hadits diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud, Al-Imam At-Tirmidziy, Al-Imam Ahmad dan yang lainnya)

adapun hadis ini dan beberap lagi hadis lain berkenaan azan ditelinga bayi adalah hadis dhoif[1], namun, menurut Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz – rahimahullah- :

"telah datang riwayat dalam Sunan Al-Tirmizi hadith yang disahihkan oleh sebahagaian ulama dan mengamalkan – hadith ini-  oleh sebahagian mereka sesungguhnya azan pada telinga bayi di telinga kanan, adapun iqamah – pada telinga bayi pula- telah datang dari hadith yang dhaif dan ia diamalkan oleh sekelompok daripada Salaf misalnya ‘Umar Abdul ‘Aziz rahimahullah" 
(rujuk: Ahkam Al-Maulud, ‘Abdul ‘Aziz bin Sa’d, Multaqa’ Ahl Hadith, 2008M)[2]


wallahu a'la w a'lam...


rujukan :
1. Minda Tahwil. (2009). Azan Di Telinga Bayi. retrieved from : http://mindatahwil.blogspot.com/2009/08/azan-di-telinga-bayi.html
2. Ansarul Hadis. (2011). Kenapa Imam Al-Tirmizi men'sahih'kan hadith azan di telinga bayi? satu analisis. retrieved from: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/kenapa-imam-al-tirmizi-mensahihkan.html



maa'ssalamah,

Pha is


15 comments:

  1. Like seriously? Dah ada bilik azan di hospital sekarang? Kenapa macam x pernah jumpa? hehe Bagusnyaa

    ReplyDelete
  2. satu perkembangan yang baik bagi sebuah hospital.. ;)

    ReplyDelete
  3. wah..bagusla camtu..kemudahan terbaru tuh!

    ReplyDelete
  4. siap ada bilik khas lagi. bagusnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..? kalau budak perempuan excited tengok baby, pha is excited tengok ada bilik nih.. hehehe

      Delete
  5. hadis dhoif tapi kalau perkara baik. boleh kita amalkan kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam.. tapi, kalau nk kata bid'ah, hadis dah ada, cuma dhaif je.. so, pha is tak berani kata apa-apa.. nanti nak kena tanya ulama' yang lebih a'lim tentang perkara ni..

      Delete
  6. sepatutnya semua hospital menyediakan bilik azan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital lain saya tak tahu.. cuma pernah bertugas di hospital pulau pinang je..

      Delete
  7. bagusnya... for me, better azan/iqamatkan anak depan moms nye.. sure terharu...

    ReplyDelete